5 Punca Kerja Semakin Tak Seronok

Ada 5  Punca Kerja Semakin Tak Seronok.Entri ini khas ditujukan kepada golongan pekerja makan gaji.Bukan kerana bekerja makan gaji itu tak elok tetapi kerana faktor-faktor yang akan HB kongsikan selepas ini.Bagi golongan profesional mungkin tak masuk senarai  kerana kerjaya sebegitu memerlukan kelayakan iktisas yang tinggi.Ini cerita untuk kerja kerja yang biasa biasa sahaja.

kerja tak seronok

1)Salah bidang

Tidak dinafikan menceburi bidang yang salah menyebabkan seseorang bekerja dalam keadaan terpaksa.Hari-hari yang dilalui menjemukan baik semasa bekerja maupun berada di rumah.Mungkin pada mulanya nak cuba menceburi bidang yang baru.Rupa-rupanya tersalah pilih dan kesannya merana badan.

2)Gaji kecil

Ada yang bekerja semata-mata faktor gaji.Apabila mendapati gaji kecil dan asyik tak mencukupi setiap bulan tentulah hilang rasa seronok bekerja.Gaji yang diperolehi tak lepas makan minum,bayar sewa itu ini dan sebagainya.Kesempitan hidup amat terasa dan mengganggu emosi bekerja.

3)Kerenah ketua

Dalam setiap pekerjaan kita memang memerlukan seorang ketua.Ada kedapatan ketua yang kurang bijak dan skill pengurusan yang lemah.Pekerja bawahan menjadi mangsa.Mereka mangsa keadaan menyebabkan perasaan bekerja kurang seronok.Tambahan pula berlaku politik pejabat.Siapa yang tak tahan memang rasa nak berhenti kerja.

4)Jiwa usahawan

Pekerja yang ada jiwa usahawan sukar untuk bekerja makan gaji seumur hidup.Jarang-jarang mereka sanggup bekerja sampai pencen.Mereka lebih rela mencari rezeki dengan berniaga.Mungkin menjadi usahawan BestMobile adalah contoh yang cukup ketara kepada mereka yang ada jiwa usahawan.

5)Faktor agama

Jika melibatkan soal agama memang agak sensitif.Pekerja yang dilarang untuk menunaikan kewajipan solat boleh memprotes dengan berhenti dengan cara yang baik.Buat apa lama-lama bekerja sedangkan jiwa mereka memberontak.Buat itu salah dan buat ini pula tak betul terutama melibatkan soal hukum halal dan haram.

 

Kesimpulan dari admin

Jalan penyelesaian kepada 5 punca kerja semakin tak seronok ialah berhenti kerja.Jika tak berani hadapi risiko cari kerja lain dahulu sebelum meletak jawatan dengan penuh bergaya kepada majikan.

Selain dari itu boleh tukar kerjaya kepada networker.Bab bagaimana  nak berjaya sebagai networker boleh baca dalam blog mrhanafi.com 

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.

41 ulasan

no 2 3 5 tu pernah rasa masa kerja dulu...kawin jer terus bhenti 24jam...tauke macam komunis...

kerja best ke tak, tetap kena kerja.redha je la

http://kucenmaster.blogspot.com/2015/04/bihun-goreng-special.html

macam marah sangat tu..

itulah..selagi tak de pilihan terpaksa redha dulu.la.

kerja buat tak ada minat payah juga sebab tak datang dari hati ikhlaskan..itu taka da aura semangat nak kerja tu hu..

1-4 memang tengah tasa

hu...hu..keikhlasan bekerja sangat penting..

mesti rasa tak best kan..he.he.

Setuju dgn HB, terutamanya ttg bekerja salah bidang. Ramai yg bekerja sbb nk gaji shj. Bila ditanya, jawabnya sbb bukan bidang yg diminati hhmm...

kerja sendiri lagi puas hati... tapi tuhla disiplin tuh jadi kurang sangat... susahnya... huhu

ketua yang mainkan peranan,,, kalau pandai jaga hati pekerja, kita pun seronok,,, xdelah nk keja pun xde mood

Selalu yang buat rasa tak seronok ni bila geng-geng kita yang ngam berpindah ke tempat lain or berhenti kerja. Nak mulakan balik dengan orang yang kita baru kenal tu agak susah sikit memandangkan kita baru nak kenal hati budi masing-masing.

kita hidup hanya sekali, baik buat benda yang kita suka..tp pastikan di landasan yang betul

tepat bro memang akan ada salah satu faktor diatas akan buatkan kita tak rasa seronok lagi...tapi yang paling utama pada aku adalah faktor gaji dan bebanan kerja

5 faktor ini memang boleh bikin resign dari pekerjaan

Walaupun saya bekerja dalam bidang yang saya minati...tapi kadang2 stress melanda juga. Faktor birokrasi dan boss yang x best juga memainkan peranan...

gaji dan kdg2 stress tempat kerja

kalau asyik pilih kerja sampai bila pulak nak bekerja tuan..

janji yakin dengan Allah SWT..mesti boleh punya

itulah kan..memang betul tu!

itulah cabaran golongan macam kita nie..

ya..hidup hanya sekali di dunia ini.

faktor gaji memang main peranan..

nomer 5..paling kuat sekali.

cuba Fidah jadi bos pulak..

stress juga ada di rumah ..

Dalam beberapa keadaan, kena redha je tapi bab susah nak solat ni tak boleh buat main-main. Solat Jumaat pun tak boleh, mana boleh redha!

Kalo nak gaji besar..berusaha sampai berjaya...jgn ambil mudah
http://aljukimong.blogspot.com/2015/04/cuti-cuti-malaysia-pantai.html

No.4...

Suka kerja skrg. Tp klau dapat bt sendr punya lg suka.. lagi masyukkkk... hihi...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

bila kerja ikut mood payah juga ya...huu..

solat jumaat yang kena tinggal kerana kerja mana boleh redha..

betul bro...jangan ambil mudah..kerja keras la..

yalahkan kerja mana boleh ikut mood..

Politik kerja memang memening kepala.
Malas nak hadap benda macam tue.

Tak perlulah memilih, tp klu dah ada kerja buatlah betul2. Jngn semata2 nak gaji dan buat kerja sambil lewa dgn alasan kerja bukan bidang yg dikehendaki.. :D

kalau macam tu..cepat-cepat buat bisnes..jika ada potensi jangan dibiarkan ..

Salah satu yang juga boleh menaikkan semangat kita apa bila ada rakan sekerja yang nsem or cun, kompem bersemangat punya lah.. ahahahahaha....

hai sei men..ada juga macam tu..


EmoticonEmoticon