3 Panduan Merangsang Pemikiran Positif

Serius.Ada 3 Panduan Merangsang Pemikiran Positif.HB  harap sesiapa yang sudi membaca entri blog ini akan mengalami pemikiran positif.Dalam istilah biasanya pemikiran positif ialah berprasangka baik kepada apa-apa sahaja.Pendek kata setiap kejadian ada hikmahnya.Tak kira kita bersangka baik kepada diri sendiri,orang lain,kehidupan sekeliling.Paling penting sekali kepada Allah SWT.

Setiap hari kita bercakap dengan diri sendiri tanpa disedari atau tidak.Itu dinamakan monolog.Setiap percakapan itu akan dirakam bawah minda bawah sedar.Percakapan positif akan masuk dalam benak fikiran secara positif.Begitu juga sebaliknya.Wajar sekali kita bermonolog dengan input-input positif.Jangan merokok sudah.Tak baik untuk kesihatan.

pemikiran positif

1)Perbanyakkan doa

Inilah senjata orang mukmin.Senjata paling ampuh.Lebih hebat dari apa jua senjata yang dicipta oleh manusia.Dengan berdoa yang baik-baik maka segala pemikiran positif akan menghapuskan pemikiran negatif.Kalian boleh berdoa setiap masa dan dimana jua.Doa tak semestinya selepas solat walaupun pada waktu tersebut amat mustajab.Doakan supaya hati tenang.Doakan supaya pemikiran hebat.Doakan juga untuk main instgram boleh dapat duit.

2)Membaca skrip saranan minda

Ramai yang tahu kaedah ini.Ia adalah kaedah memasukkan skrip saranan minda supaya minda bawah dapat mengawal pemikiran sedar.Golongan pengamal para normal seperti dukun dan bomoh menggunakan jampi serapah sebagai skrip mereka.Pakar hipnosis juga tidak ketingggalan menggunakan skrip saranan minda untuk membuat hipnosis kepada klien.Sebab itu jika kalian sukar nak mendapat pemikiran positif maka amalkan membaca skrip saranan minda.Boleh rujuk dalam entri HB sebelum ini yang bertajuk Pelajari Cara Buat Program Minda

3)Bergaul rapat dengan orang yang berjaya

Ciri-ciri utama orang berjaya ialah berfikiran positif.Mereka melihat sesuatu perkara dari sudut positif dan cuba minimum perkara negatif,Tutur kata mereka elok sahaja.Orang menyenangi mereka kerana mereka ada tabiat hebat.Jadi jika ada orang nak berjaya dan ingin sentiasa hidup dalam keadaan positif maka berkawan lah dengan mereka.Golongan ini tidak tamak kepada realiti dunia,Lambat laun  kalian yang selalu bergaul  dengan mereka terpalit dengan aura kejayaan

Kesimpulan dari admin

Kepentingan pemikiran positif dalam kehidupan tidak dapat disangkal dengan apa jua alasan negatif.Lebih-lebih kepada para usahawan telekomunikasi yang berjuang mencipta kejayaan sekarang ini.

Tahniah untuk kalian dan HB amat percaya pemikiran positif adalah peneraju utama kepada semangat juang untuk berjaya.

35 ulasan

Nombor satu tetap yang utama, pemikiran positif ini sangat berguna dalam melaksanakan kehidupan sehari-hari

Sentiasa berfikiran positif agar hidup tenang dan aman....
Thanks for the tips HB :)

poin pertama yang paling penting,fikiran positif kita yang ciptakan,jadi untuk selalu mendapatkan yang terbaik harus selalu berfikiran positif.Terimakasih tipsnya :)

ya..salah satu caranya tu

fikir positif maka dapat yang terbaik

Setuju tu HB..jika ada aura negatif Kena pandai tukarkan jadi positif sebab aura negatif ni melemahkan badan juga...

berkawan dengan orang berjaya untuk tahu bagaimana untuk berjaya
berkawan dengan orang gagal untuk tahu kenapa mereka gagal

ramai yang tak tahu buang aura negatif..

itu cara yang bijak tuan..

kadang2 susah nak berfikiran positif..lebih2 lagi ada situasi yang tak boleh berfikiran positif..

Nak ade pemikiran positif kna brcampur ngn org positif..tp kdg2 pemikiran negatif pun perlu jugak..huhu

Pemikiran positif datang karena diawali dengan kegiatan yang positif pula.
semoga dengan pemikiran positif kita bisa mendapatkan hasil yang positif juga

banyakkan berlatih..dah biasanya semuanya akan menjadi ok.

memang tidak dinafikan pemikiran negatif dalam situasi tertentu.

ho..ho..itu sudah semestinya mas.

positif atau negatif tu ikut situasi

http://kucenmaster.blogspot.com/2015/04/kucing-beranak-lagi.html

bergaul dengan orang berjaya, MJ setuju sebab bila berada dikeliling orang berjaya, aura positif tu pun sampai jugak pada kita..

sentiasa berdoa selain usaha selalu.dpaatkan doa restu dari ibu bapa juga ya

untuk berjaya haruslah usaha dan berdoa kepada ALLAH.

Pemikiran positif ni mmg penting utk membina kehidupan yg berjaya. Sentiasa mencari rakan yg positif, berdoa, berusaha dgn istiqamah... in shaa Allah, pasti berjaya. T kasih atas perkongsian HB.. :)

Syukurlah ditemukan dengan kawan2 yang positif. Dulu tak pernah tahu pun perkara ini.

betul tu bro ..ada masa pemikiran negatif memang diperlukan

ha..ha..tepat sekali

doa ibubapa adalah mustajab

itu penting sekali..

yalah kan..kawan-kawan memang banyak membantu

jauhkan diri org2 yang negatif juga en


hehehhhe

kalau antibodi kita kaut..tak pe..dapat lawan orang-orang negatif nie.

sentiasa berfikiran positif..bykkan membaca buku motivasi dan paling penting jauhkan diri dari golongan negatif :)

Bercakap dengan diri sendiri ,itu dinamakan monolog ka... oh baru lah saya tahu...

Benar tuh, kalau betul pilih kawan, insyallah kita takkan hanyut.. alhamdullilah...

Kunci kepada kekal awet muda dan terhindar dari penyakit..tapi susah nak buat huhu

Kunci kepada kekal awet muda dan terhindar dari penyakit..tapi susah nak buat huhu


EmoticonEmoticon