Petua Buat Orang Suka Dengan Kita

Petua Buat Orang Suka Dengan Kita..Antara kriteria untuk menjadi orang berjaya dan kaya ialah kita mesti disukai ramai orang,Sebelum orang suka dengan kita maka kalian wajib suka dengan orang dulu.Apa macam boleh tak? Kalau belum boleh cubalah untuk memahami pepatah lama ini.Berkasih biarlah satu dan berkawanlah biar seribu.Baik teruskan bacaan kalian dalam perenggan berikut.

petua buat orang suka dengan kita

Tak susah sebenarnya untuk membuat orang suka dengan kita.Syaratnya kita mesti memahami dan menghayati petua yang HB kongsikan ini.Jika tak berkesan juga jangan susah hati.Kita cuba alternatif lain pula.Buat masa sekarang cuba dulu petua dibawah ini.

1.Suka tolong orang

Orang yang ringan tulang untuk menolong orang lain memang akan disukai sesiapa sahaja.Lebih-lebih lagi orang yang pernah mendapat pertolongan.Perlu HB ingatkan kita tolong orang bukan untuk disukai tetapi memang ikhlas nak menolong.Yalah.Orang dalam kesusahan akan terkesan jika kita menolong mereka penuh keikhlasan.

2.Menjadi orang yang jujur

Tidak dapat disangkal bahawa orang jujur akan disenangi ramai orang.Perkataan dan perbuatan yang jujur akan terlihat pada seseorang.Oleh itu berusahalah menjadi orang jujur kerana dengan kejujuran persahabatan lebih erat.Pemimpin pula lebih disukai rakyat.Pendek kata pilihan ramai.

3.Pendengar yang bijak

Seseorang yang hebat berkomunikasi bukan kerana pandai bercakap tetapi kerana pendengar yang bijak.Cikgu HB pernah berkata kita dijadikan oleh Allah SWT dua telinga untuk lebih mendengar berbanding satu mulut untuk bercakap  perkara yang perlu sahaja.Memang diakui kebenarannya setelah HB menginjak usia tua begini.Nak suruh orang suka kita maka berlatih untuk menjadi pendengar yang bijak.

4.Selalu memberi perhargaan

Jika buat baik buatlah pujian dan jika buat tak baik tegurkan dengan berhikmah.Dengan pujian dan perhargaan manusia lebih terasa diberi perhatian.Senang cerita bahawa manusia suka dipuji  berbanding dikeji.Cara begini pasti membuat orang suka dengan kita.Dalam pada itu jangan memuji tanpa sebarang bukti yang sah,Kita tidak mahu dicopkan sebagai manusia pembodek yang handal pula.

5.Guna bahasa positif

Ketika berbual dengan teman sepejabat atau rakan perhatikan gaya bahasa  yang kita guna.Berlatih untuk megguna bahasa positif dan ayat membina.Jangan terlalu kerap menggunakan perkataan negatif.Orang positif akan berbicara harapan pada masa yang akan datang.Mereka tidak mengeluh walau susah manapun.Orang macam ini pasti orang suka mendampinginya

Kesimpulan dari admin

Dalam entri ini HB cuma menyenaraikan 5 sahaja petua buat orang suka dengan kita.Ada lagi maka tunggu keluaran entri yang akan datang pula.

Sejak akhir ini HB perlu meluangkan lebih masa untuk isteri blog cawangan terbaharu pulak.Jika ada dikalangan kalian yang tahu kat mana kewujudan blog tersebut maka jemputlah singgah.

HB saja je tak buat publisiti blog tersebut dalam blog ini.Lainkan untuk blog Buku Online.Lebih-lebih lagi HB pernah tulis entri tentang Rahsia Temuduga Kerja Yang Terbongkar. Pasti ramai yang nak tahukan dan HB akui petua ini amat sesuai untuk pencari kerja supaya boleh membantu mereka disukai bakal majikan kelak.

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.

40 ulasan

Nice tips HB... Bila orang suka pasti apa yang kita nak buat dapat sokongan yer tak...

bebrbuat baik semua ini hendaknya bukan karena ingin orang suka kepada kita saja tapi utamanya karena mengharap ridha Allah SWT

tu kerja yang ikhlas namanya

Good sharing...berkawan biar seribu..
Menjaga silaturrahim juga sgt penting dalam kehidupan..

ilmu tentang kehidupan sempurna perlu dipelajari tipsnya juga kan...tq perkongsiannya.

Nice tips. InsyaAllah bila kita selalu ikhlas dalam memberikan pertolongan dan menjadi diri sendiri, orang pun akan mudah suka kita tanpa perlu disuruh-suruh kan. Ada aura gitu!

Betul3.... Sangat2 betul tu En. Hanafi. Saya dah berkunjung ke blog buku online tu. Memang smart templatenya tu. Baguslah isi kandungannya

Betul3.... Sangat2 betul tu En. Hanafi. Saya dah berkunjung ke blog buku online tu. Memang smart templatenya tu. Baguslah isi kandungannya

orang yang menjalankan silaturrahim..murah rezeki

terima kasih...pergilah selalu..he..

Bagus tips nie...yang penting jangan sakitkan hati orang lain...

bagus tipsnya terutama suka membantu dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa2 ganjaran tu..

Di saat kita berbuat baik kepada orang lain, sesungguhnya kita sedang menanamkan kebaikan bagi diri kita sendiri...

bila ramai org suka, ramai juga org akan sayang dkt kita... maka ramai juga org akan doakan utk kita...

Entri terkini Manan : Tidur Yang Cukup, Membantu Menurunkan Berat Badan.

Jenis yang banyak bercakap dan bercerita pun petua orang suka dengan kita. :D

buat baik dengan orang penting kalau nk irang suka dengan kita :)

yalahkan..tak boleh sakiti orang lain

itulah keikhlasan namanya

ya..kebaikan memang akan kembali kepada kita

doa itu penting untuk kita semua

itu jenis peramah bro..

ya..memang tidak dinafikan

pada saya, kalau tak pandai buat orang suka kita, jangan pandai2 buat orang jadi benci kita...

Kadang-kadang orang suka ada makna. :)

Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali

itu yang penting nya..

ada udang sebalik mee la tu..

ada juga yang bergurau..buat baik sekali sekala dan buat jahat --jahat sekali.

Aamiin...semoga selalu dapat menjaga silaturrahim dan di murahkan rezeki selalu

Tolong menolong, jujur & ikhlas sangat penting dalam pergaulan.. Jadikan amalan...

Mudah sebenarnya jika dilakukan dengan ikhlas kan..

Selalu senyum ikhlas dari lubuk hati yg paling dalam

sebab itu ikhlas adalah penting


EmoticonEmoticon