Pelajari Cara Buat Program Minda

Ada sesiapa yang berminat untuk pelajari cara buat program minda..Kalau ada jom belajar bersama HB.Sebelum itu jangan pula letak pengharapan terlalu tinggi kepada hasilnya, dengan hanya membaca entri ini.Ia cuma satu pengenalan asas secara sepintas lalu.Nak belajar lebih boleh cari buku atau sertai seminar yang HB pihak berkaitan  anjurkan.

 Program minda

Program minda ialah satu kaedah khas untuk memasukkan input dan data yang bagus kedalam minda bagi melupuskan maklumat lama yang terlalu negatif sifatnya.Dalam istilah mudahnya buat reformat ke atas minda supaya lebih segar,bertenaga dan memberi keputusan akhir yang menakjubkan ke atas pemiliknya iaitu kalian.

HB telah ringkaskan kepada 3 langkah sahaja.Jika kalian serius dan sungguh-sungguh dengan penghayatan langkah tersebut maka hasilnya akan menjadi kenyataan.Usah ragu-ragu kerana yakin adalah teras dalam semua perkara yang melibatkan minda.

1.Buat gambaran matlamat

Kalian nak jadi apa?.Gambarkan dalam fikiran bahawa kalian memang nak sangat jadi apa yang kalian inginkan.Sebab apa HB suruh buat gambaran kerana minda kita berkomunikasi dengan optimum menggunakan visual.

Ciptakan matlamat dalam bentuk bayangan.Ingatkan bayangan tersebut supaya berlegar setiap masa dalam benak minda.Lagi jelas lagi bagus.Jika susah nak buat gambaran boleh cari gambar yang diingini dalam internet.

Contohnya si jejaka kacak nak memikat si gadis jelita untuk dijadikan isteri maka buat bayangan muka pasangan itu setiap masa.Insya Allah kedua-dua akan jatuh cinta dan mengakhir cinta  dengan pernikahan.

2.Cari maklumat tentang matlamat

Mencari maklumat sangat penting.Maklumat yang tepat dan lengkap akan memberi gambaran yang jelas kepada matlamat yang dingini.

Kalian boleh membaca buku,blog atau apa sahaja yang sahih sumbernya agar maklumat yang masuk ke dalam minda kalian itu berkualiti.Cuba elakkan GIGO (gabage in gabage out).Kalau orang Sarawak kata ‘gago’.Itu lain la maknanya

Maklumat tentang kisah kejayaan atau ebook kisah impian kalian boleh juga dapatkan di mana-mana sekarang ini.Kalian boleh cari dalam blog Buku Online

Buku online

3.Fokus terhadap matlamat

Sebagaimana  HB katakan awal-awal tadi gambaran matlamat yang jelas mesti ada.Pada tahap ini, matlamat yang berada gambaran minda jangan dialih-alih lagi.Fokus betul-betul.Buat secara serius.Jangan separuh jalan walaupun mengambil masa yang lama.Insya Allah berkat sungguh-sungguh kalian boleh berjaya mencapai apa yang telah diprogramkan dalam minda.

Ibarat seorang pemanah.Dia mesti fokus untuk memanah supaya tepat pada sasaran.Jika hilang fokus maka hilang sasaran.Senang sahaja kan.

Begitu juga dalam program minda untuk mencapai matlamat yang kalian ingini.Sekiranya kalian nak jadi blogger maka terus fokus menulis dan menulis.Lama kelamaan tabiat menulis kalian menjadi sangat bagus dan berkualiti sehingga blog kalian boleh dinobatkan sebagai Malaysia Best Blog 2015

Kesimpulan dari admin,

Dalam ruangan kesimpulan ini biar HB ceritakan kisah peribadi kejayaan HB sebagai blogger dengan penggunaan cara buat program minda sejak tahun 2012 lagi.

Sebelum membina blog yang pertama dulu,HB telah berimaginasi untuk menjadi blogger.Setiap hari membuat latihan menulis dalam buku log.Macam diari budak-budak  zaman sekolah rendah.

Ketika itu belum ada laptop kerana laptop sebelumnya dah kena jual untuk bayar insuran kereta.Nostalgia lama sewaktu kegawatan kewangan yang sangat runcing pada suatu ketika dahulu.

Mahu tak mahu HB buat imaginasi menjadi blogger yang suka menulis dan membaca.Sampaikan orang rumah puji HB macam gaya seorang pensyarah universiti.Hakikatnya poket kosong dan masih kosong sehingga tarikh yang ditentukan kemudian.

Kini HB telah berjaya menjadi blogger dengan  konsisten menulis.Yang tak konsistennya income yang sen-sen itu jarang datang bertandang.Tak pe.Itu kisah lain yang tak sedap didendangkan pada masa ini.HB telah sukses sebagai pemilik blog motivasi yang wajib kalian kunjungi setiap hari.

Sekian.Selamat mencuba dan salam motivasi.

29 ulasan

ternyata minda bisa dibuat program juga memang banyak pegetahuan menarik dari blog buku online anda

ya..memang boleh...janji mahu sahaja

Menarik perkongsian saudara..saya pernah mendengar webinar tentang magnet minda..memang betul..apabila kita membayangkan dan mengingati seseorang, kita seperti menghantar aura positif kepada mereka..mereka juga mungkin merasai aura tersebut..

Selangor Mencatatkan Kes Tertinggi Demam Denggi?

terima kasih atas nasihat yang baik ni... saya akan fokus arah tuju impian saya dan saya doakan tuan blog akan terus berjaya dalam dunia blogging... salam sahabat... sama2 kita bantu membantu... saya pun teringin nak menjadi penulis yang baik yang orang suka...

terbaik bro..harap bro sambung lagi cerita pasal nie

menulis memang menjadi suatu keharusan bagi seorang blogger dan itu adalah modal kesuksesan.

Perkongsian yang bagus bro. Sikboh gago gago...

Perkongsian yang bagus bro. Sikboh gago gago...

kalau matlamat jelas, tentu lebih jelas utk kita berusaha kan..

kalau matlamat jelas, tentu lebih jelas utk kita berusaha kan..

Perkongsian yg bermanfaat.. potensi minda mampi membuka jln utk kita berjaya dan mencapai apa yg diimpikan.. thanks sharing HB.

visualize..MJ pun selalu gak minat bab visualize ni..visualize tentang apa yang dimahukan..

selalu mengamalkan tapi tak terfikir ianya satu kepentingan ...

magnet minda juga dikenali sebagai..hukum tarikan

sehingga hari ini bro dah boleh menulis sehingga ada nilai komersial

insya Allah kalau tiada aral melintang..

saya suka komen tersebut..terima kasih ya..

he..he..gago ngan perkara bagus.sik hal juak

ya..betul sungguh tu!

memang tak syak lagi.

kalau minat senang faham..

sebenarnya ia adalah perkara penting..

Tips yang bagus ni...boleh cuba dipraktikkan..
Tq HB

Memang Sangat Bagus Tips ini. Terima kasih di atas perkongsian. Fikir dan bayangkan yang baik-baik , InsyaAllah hasilnya juga baik.

No 1 tu macam best, kena selalu ingat muka dia INSYA ALLAH akan dapat bersama dengan si dia. Yang pasti dengan usaha.

hukum tarikan memang macam tu..dalam Islam pun ajar kita bersangka baik lebih-lebih lagi dalam perkara bukan maksiat

muka sahaja bro..lain-lain tak boleh tau!

programkan benda-benda positif, maka cas positif juga akan datang..


EmoticonEmoticon