Panduan Supaya Orang Suka Kita

Panduan Supaya Orang Suka Kita…Entri ini adalah sambungan entri sebelum ini.HB buat pengubahsuaian pada tajuk untuk menggantikan bahagian dua atau sebagainya.Lagipun nampak lebih menarik supaya orang bertambah suka.Dah suka maka bertambah sayang.Itu dinamakan kehidupan ini mesti didasari nilai kasih sayang.

HB ajak pembaca yang belum baca entri Petua Buat Orang Suka Dengan Kita.Ini penting agar kefahaman kalian lebih jelas dan lancar.Baiklah HB terus sahaja kepada perkongsian panduan supaya orang suka kita.Tak susah.Senang je.

1.Jangan syok sendiri

Pantang larangnya jangan terlalu obses dengan diri sendiri.Dalam setiap perbualan kita kurangkan penggunaan kata saya.Jangan pula perasan dan syok sendiri.Orang lain dikatakan salah dan kita sahaja yang dianggap betul.Jika begini sikap kita sampai bilapun orang tak akan suka dengan kita.Lebih baik masuk hutan dan berkawan dengan binatang liar.Mak oii.Marahnya HB..

2.Bersetuju dengan pandangan orang lain.

Tidak dinafikan akan timbul perselisihan pendapat.Ini tidak bermakna kita membangkang macam nak rak.Dalam banyak perkara kita harus bersetuju dengan pendapat mereka.Cara ini akan mengwujudkan rasa suka orang kepada kita.Gambarkan perasaan kita sama dengan nilai-nilai hidup orang lain.Jika orang bujang boleh guna tips ini.Gadis idaman akan mudah cair dengan teknik put yourself in other shoes.Senang cerita.Kita tunjukkan rasa empati terhadap orang lain.

3.Seorang yang positif

Kalian bakal disukai ramai dengan adanya sifat positif diri,Orang yang positif tidak mudah mengeluh,sukar marah,tidak emosi dan kurang gemar kepada teknik mengkritik.Mereka yang positif mudah bergaul dengan sesiapa sahaja.Malah mengikut kajian pakar, orang positif sangat berpotensi untuk berjaya dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.

4.Ungkapkan kata-kata supaya orang lain seronok mendengar

Pilih perkataan yang baik-baik.Cari ayat yang sedap orang mendengar.Memang cara ini memerlukan seni kemahiran komunikasi yang tinggi.Jika rajin berlatih dan membuat kajian tidak susah sebenarnya,Sebab itu ada pepatah Melayu ada mengatakan kalau hendak seribu daya dan alah tegal alah biasa.Bagi HB sendiri menulis juga sama.Ayat yang sempoi dan santai lebih suka dibaca berbanding penulisan ilmiah macam buku teks sejarah.

Kesimpulan dari admin,

Nampaknya kita sudah dipenghujung entri.Nak baca lagi tak.Kalau nak boleh baca >>>Tips Sangat Luar Biasa Untuk Berjaya.

Semoga ceria hendakya dan jumpa lagi,

 

p/s: Jom minum kopi sambil cari idea untuk tulis blog yang satu lagi tu..Cari sendiri la ye..

panduan supaya orang suka kita

31 ulasan

Assalamualaikum warahmatullah,
Salam singgah di sini. Terima kasih atas perkongsiaan yang sangat bermanfaat. Insya-Allah akan cuba amalkan..

salam..

terima kasih kerana sudi singgah..

Sangat setuju dengan panduan HB ni, kena pandai jaga pertuturan..kalau orang sakit hati dengan apa yang kita cakap lama-lama takder siapa pun nak berkawan dengan kita ..

Assalam,

salam singgah dari BUNDA...

Moga semua orang suka dan selesa dengan kita kaan...

nk melayan sikapanusia mmg meletihkan...lbh baik tak ramai kawan dari selalu kena jga hati kawan..

Betul tu HB. Satu lagi Mek ila suka orang yang sedang-sedang @ sederhana. Maksudnya boleh masuk semua perkara. Tidak terlalu obses atau over dalam sesuatu perkara. Boleh dibawa berbincang dalam apa-apa jua perkara.

Bersederhana...itu satu kata kunci..
Manusia ni macam-macam ragamnya. Kadang-kadang tu memang harus pandai membawa diri dan sesuaikan dengan keadaan.
Semoga tips-tips tersebut menjadi panduan...nice sharing HB

sabojelahh suruh cari sendiri palk hihi, Hana tambah beri hadiah mesti org suka atau belanja org lain makan.. mesti org suka jugak kan..hihi

soal hati orang ni kita susah nak baca dan ubah..tapi kena dengan caranya kita dapat tawan hati orang

terima kasih kerana sependapat

wsalam..terima kasih kerana singgah

insya Allah jika itu nak kita nak..

ye,ke..macam tu boleh ke?

bukan orang atas pagar...

ya...terima kasih kerana sudi membaca

itu sudah semestinya..

kalau kita iklhas akan tercermin pada wajah..

Betul, kadang-kadang, topik sama tapi bila buat pendekatan berbeza, penerimaan orang pun tak sama

Yang penting juga kita menjadi diri sendiri tapi masih menjaga tatasusila pergaulan

Memang pun, sape tak suka orang blanje makan atau beri hadiah :)

Betul, perkara yang simple tapi banyak manfaatnya :)

orang yang faham pun berbeza..

betul macam orang putih kata be yourself!

Dalam hal ni, kita tak boleh pentingkan diri sendiri. Kita kena sedia mendengar dan menapis pandangan orang lain jugak

Bukan mudah tapi yang paling senang ialah dengan banyak mendengar daripada bercakap, serta senyum selalu..

orang kata..give and take..

senyum itu yang biasa yang menjadi kunci

aku memang macam ni
banyak diam dan senyum je masa makan di kamtin

Klu ramai yg suka, ia pun jadi satu doa buat kita kan.. mudah2an...

panduan yg sgt berguna... tahniahh


EmoticonEmoticon