Kisah Orang Terkaya Di Korea Selatan

Mari HB kongsikan satu kisah orang terkaya di Korea Selatan.Mana kita tahu kisah ini bakal menjadi inspirasi kepada kita semua untuk berjaya sebagaimana kejayaan beliau.Sebab kalau nak berjaya mesti ikut cara orang kaya dan berjaya berfikir serta  bekerja.Maksud HB ikut yang baik dan tinggalkan perkara yang kurang sesuai.

jalan ke korea selatan

Orang terkaya yang HB maksudkan ialah Chung Ju-hyung.Nama ini  ramai juga tidak mengenalinya.Namun pada mereka yang suka dengan budaya dan negara Korea mungkin tahu siapa dia Chung Ju-hyung.

Chung Ju-hyung ialah pengusaha perusahaan terbesar kereta jenama Hyundai.Kehebatan kisah kejayaan Chung Ju-hung amat menyentuh hati HB.Betul-betul memberi tamparan hebat kepada kita semua.Jom kita baca kisah selanjutnya.Sekali lagi HB tulis dengan gaya penulisan sejarah kerana ada juga rakan blogger yang suka sejarah macam HB.

Pada tahun 1915,Chung Ju-hyung telah dilahirkan di Asan-Ri,Song-myun,perfektur Tongchon,Kwangwon-do di kawasan pergunungan Korea Utara.Orang tuanya merupakan petani miskin dan hidup dalam kemelaratan.

Adik beradik Chung Ju-hyung seramai 7 orang dan dia merupakan anak yang sulung.Bapanya nekad untuk mengajar dia menjadi petani.Ketika berusia 10 tahun lagi, Chung Ju-yung telah bangun pada pukul 4 pagi dan berjalan sejauh  8KM untuk bekerja.

Waktu usianya mencecah 16 tahun, Chung Ju-hyung telah berhenti sekolah.Menurutnya dia tak belajar apa-apa pun kerana terlalu sibuk membantu keluargannya bertani.Dalam hati Chung Ju-hyung memberontak kerana bekerja keras membanting tulang tetapi hasilnya tidak memadai.

Chung Ju-hyung telah bertekad untuk lari dari rumah untuk mengubah nasib keluarganya.Memang benar dia telah pernah lari dari rumah sebanyak 4 kali tetapi dapat dibawa pulang oleh bapanya.

Keinginan untuk mengubah nasib telah tercetus dalam jiwa Chung Ju-hyung akibat kegemarannya yang suka membaca akhbar harian Dong-a.Ada satu kisah hasil tulisan Lee Kwang Soo telah mengilhamkan Chung Ju-hyung untuk berimpian dan berimaginasi tentang masa hadapan.Dia ingin menjadi orang kaya dan raja dalam pelbagai industri negara.

Kisah Chung Ju-hyung lari buat pertama dari rumah adalah untuk  ke Chungjhin.Ia merupakan satu pelabuhan yang letaknya beratus-ratus kilometer dari kampung halamannya.Semasa dalam perjalanan ke sana Chung Ju-hyung dan temannya pernah tinggal di tepi jalan dengan kesejukan,kelaparan dan berteman gigitan nyamuk.Sampai di sana mereka berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai kuli pembuat jalan kereta api.

pembuat jalan keretapi

Selama dua bulan sahaja Chung Ju-hyung bekerja di sana sebelum dibawa pulang oleh ayahnya semula ke kampung halaman.

Semasa di kampung halaman Chung Ju-hyung bertekad untuk lari lagi kali buat kedua.Dia telah mengambil 70 won wang ayahnya untuk membeli tiket kereta api,sekolah,makanan dan tempat tinggal.

Chun Ju-hyung masuk ke sekolah akaun dan sangat giat belajar.Habis sekolah dia menghabiskan masanya membaca buku.Dia telah membaca buku tentang Napoleon,Abraham Lincoln dan Sam Koh ( Tiga Kerajaan).Hasil pembacaannya ini dia cukup bersemangat untuk berjuang mencapai impiannya yang cukup besar.

Tanpa disengnaja keratan iklan sekolah akaun telah ditemui bapanya di rumah.Jadi sekali lagi bapanya mencari Chung Ju-hyung untuk dibawa pulang ke kampung.Bapanya memberi alasan bahawa keluarganya di kampung hidup menderita akibat perbuatanyan yang telah mengambil 70 won dulu.

Ketika kembali ke kampung halaman Ju-hyung lari buat kali ketiga kerana tidak tahan dengan suasana bencana alam.Kali ini dia terus ke Seoul.Di sini dia mula bekerja sebagai kuli di Universiti Korea.Selain itu dia juga pernah bekerja kedai gula dan kedai hasil pertanian.

kedai hasil pertanian

Sifatnya yang suka bekerja keras dan rajin memikat pelanggan telah memberi kepercayaan kepada majikannya untuk melantik Ju-hyung menjadi pengurus.Ketika ini barulah Ju-hyung dapat menarik nafas lega.Ada pendapatan yang agak lumayan.Dengan pendapatan tersebut  dia mampu membeli tanah untuk diberikan kepada  keluarganya di kampung.

Ketika pulang kampung atas permintaan keluarga,Ju-hyung telah dijodohkan dengan gadis muda bernama Byun Joong-seok.Mereka bernikah atas pilihan keluarga.Umpanan keluarganya supaya dia menetap di kampung tidak menjadi.

Ini kerana impian yang sangat kuat telah membawa Ju-hyung kembali ke Seoul.Pada waktu ini dia telah berjaya membuka kedai hasil pertanian yang sama seperti tempat dia bekerja dahulu.Nama kedai tersebut ialah Kedai Kyongil.

Sayangnya ketika dua tahun beroperasi,Jepun telah menguasai Korea ketika perang Korea Jepun.Habis semua kedai dirampas dan telah memaksa Ju-hyung kembali ke kampung halaman.

Kesimpulan dari admin,

Kisah orang terkaya di Korea Selatan sebenarnya baru bermula.Kita lihat sendiri bagaimana kekuatan emosi dan besarnya impian Chung Ju-hyung dalam mengubah hidupnya.Dia tidak pernah mengalah.Dia terus bangkit walaupun kesukaran dan rintangan bertali arus mendepani hidupnya.
Kesan kehebatan itu hasil tabiat Chung Ju-hyung yang suka membaca buku.Jadi jangan segan atau malu untuk mencari ilmu melalui buku.

 buku online

Persoalannya bagaimana sikap kita bila menghadapi halangan yang tak seberapa demi mengejar impian yang sipi-sipi tu.Malunya!

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi untuk cerita seterusnya tentang Chung Ju-hyung.

28 ulasan

cekal nya hati dia....siapa sangka dari kuli je boleh jadi org terkaya..

memang perlu usaha terus tanpa kenal lelah kemudia setelah itu tawakkal

Tak pernah mengalah...sudah terbukti itu antara sikap orang2 yang berjaya.
Nice sharing HB

biasanya orang kaya ni memang historynya dulu pernah susah
Itu dijadikan sbg push factor untuk dia berjaya

Untuk mendapat 1 juta yang pertama, hanya Allah sahaja yang tahu kesukarannya, namun untuk mendapat 1 juta yang seterusnya, hanya Allah saja yang tahu betapa mudahnya.. ~Kata-kata semangat untuk diri sendiri..;)

orang kerja keras pasti boleh berjaya..

itu yang sebaik-baiknya orang Islam..setelah berusaha mesti bertawakal

nak berjaya..itulah resepinya

ada yang terus susah kerana cata pemikiran tidak mahu berubah

kata-kata ini memang best la..

Sejak dua tiga hari ni ramai pula yang dok cerita pasal orang kaya ehhh ..

memang kuat betul semangat dia..lari balik..lari balik...terbaik

biasalah..masing-masing nak kaya juga tuan !

ada sesiapa tak yang challenge kedegilan dia tu..

Janganlah bandingkan dengan kita kita nih...memang takkan sama... bila kita dah gigih menggila dan berjaya baru lah kita nampak siapa sebenarnya kita... kalau kita masih kat bawah penuh dengan rungutan non stop... maka takkan berakhir masalah kita... terima kasih... kita kena belajar dari orang yang telah berjaya untuk kita berjaya

kita pun boleh jadi orang terkaya... percayalah..

ha..ha..betul tu bro..perlu banyak belajar

amin..semoga doa ini diperkenankan

Hebatnya beliau. Percaya sebelum berjaya. Dengan azam dan tekad serta usaha yang bersungguh-sungguh, akhirnya nasib yang tersurat dapat diubah.

Bukan semua org mampu tempuhi ujian sptnya.. mmg wajarlah dia berjaya...

kebanyakan jutawan bermula dgn segala kepayahan . org sekrg x sabar . terus je nak jadi jutawan segera ...

betul lah pepatah kata kejayaan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa... sa suka ba baca blog ko ni bro...

Balik lagi,lari balik boleh tahan lgi bro. Bgun jm 4pgi brjln sjauh 8km prgi krja tu yg...perghhhh...sandii..
apa2pn mmg trbaekk..

cerita ini memang penuh inspirasi

orang luar biasa tu tuan..semoga kita kuat dan tabah seperti beliau

jadi jutawan segera lebih senang jatuh

terima kasih kak..harap saya ada idea yang lebih menarik untuk ditulis

nak berjaya mesti sanggup bersusah payah


EmoticonEmoticon