Kisah Hebat Kejayaan Pengasas Hyundai

Seperti yang dijanjikan, HB ingin melanjutkan semula kisah hebat kejayaan pengasas Hyundai iaitu Chung Ju-hyung.Beliau bukan setakat kaya raya tetapi cerita kejayaannya itu amat bermakna buat kita semua.HB pasti semua nak berjaya dalam bidang yang diimpikan.Semua mahu mencapai impian supaya menjadi kenyataan.

kisah hebat

Kisah hebat masa kecil Ju-hyung telah HB tulis panjang lebar dalam entri bertajuk Kisah Orang Kaya di Korea Selatan.Jika belum baca boleh layari link tersebut.

Ketika pendudukan Jepun di Korea semua premis perniagaan telah dirampas termasuklah kedai Ju-hyung iaitu Kedai Kyongil di Tiongkok.Ju-hyung terpaksa pulang ke kampung untuk menenangkan fikiran dan perasaan yang kecewa.

Semasa di kampung Ju-hyung kembali terfikir bahawa segala usahanya pasti akan berhasil jika usaha sungguh-sungguh.Dia kemudiannya kembali ke Seoul dengan semangat dan cita-cita yang baru.

Ju-hyung berminat untuk mencuba perniagaan bengkel membaiki kenderaan bermotor.Pada pendapatnya perniagaan ini memerlukan modal kecil dan cepat pula pulangan modalnya.Lagipun orang Jepun tidak gemar perniagaan bengkel kerana dianggap ‘kerja  kotor tangan’

kerja kotor

Pada tahun 1940,Jun –hyung telah mengambil alih perniagaan bengkel ‘A-do Service’.Pengambil alih bengkel ini memerlukan modal permulaan 5000 won.Memang bersusah payah Ju-hyung nak memulakan perniagaannya.Dia terpaksa mengeluarkan wang simpanan dan meminjam modal dari para pelanggan.

Akhirnya bengkel tersebut berjaya dimiliki.Namun setelah beroperasi 5 hari,bengkel ini telah mengalami malapetaka dengan dijilat api.Ia hangus sehingga tiada apa-apa lagi yang tinggal.

api hangus

Pada ketika itu Ju-hyung tetap dengan pendirian bahawa biar api menghanguskan bengkelnya namun impiannya untuk berjaya tetap kekal walau apa keadaan sekali pun.Beliau yang pada masa itu tiada satu sen pun masih berdegil untuk mencuba kali kedua.

Bengkel ‘A-do Service’ dibangunkan semula di tempat baru.Ju-hyung terpaksa berhutang kepada pelanggan lamanya sebanyak 3000 won.Beliau mengupah 50 pekerja bagi menjalan operasi bengkel tersebut.

Peringkat permulaan operasi bengkel kurang lancar.Pihak Jepun selalu sahaja menggangu sehingga memaksa Ju-hyung meletakkan papan tanda perniagaannya di tempat yang tersembunyi dan mengelirukan.Dengan taktik ini pihak Jepun seolah-olah tidak menyedari kewujudan bengkel tersebut.Itupun hasil cadangan pihak Jepun sendiri.

papan tanda

Dengan cara ini bengkel ‘A-do Service’ terus berkembang pesat.Perkhidmatan bengkel ini mengutamakan kepantasan dan mengenakan kadar caj yang tinggi.Walaupun cara ini kurang popular namun orang kaya pada masa itu tidak kisah kerana mereka mahu khidmat yang cepat tanpa mengira kos yang mahal.Pelanggan semakin bertambah dan untung pula semakin tinggi.Prinsip tersebut masih diamalkan oleh Syarikat Hyundai pada masa kini.

Selang tiga tahun kemudian iaitu pada tahun 1943,bengkel ‘A-do Service’ dipaksa bergabung dengan syarikat Jepun.Tindakan ini seperti meranapkan kerja keras selama tiga tahun  dalam masa sehari.

Ju-hyung tidak menyerah kalah walaupun bisnesnya telah berpindah milik.Beliau kemudiannya mengalih perniagaan kepada bidang pengangkutan  dengan pembelian 30 trak.Operasi perniagaan ini adalah untuk membawa  bijih emas ke pusat pemprosesan.

Namun Ju-hyung dipaksa menjual syarikatnya ini kepada pengusaha Jepun dengan harga sangat murah iaitu 50,000 won atas desakan pihak tertentu.Ternyata pihak Jepun cuba menganggu kebangkitannya dalam perniagaan.

Sungguhpun halangan bertali arus,Ju-hyung yang terkenal dengan kedegilan  masih berimpian dan bercita-cita luar biasa untuk berjaya.Beliau mengambil keputusan untuk membeli tanah yang strategik di kota Seoul.

Ju-hyung kemudianya mengasaskan ‘Hyundai Industri Co’ dan ‘Auto repair works’ dan secara rasminya telah menggunakan jenama Hyundai dalam sejarah Korea.

Sekitar tahun 1946 kedatangan tentera Amerika Syarikat ke Korea.PihakJepun diusir keluar.Peristiwa ini memberi hikmah kepada Ju-hyung.Mereka perlukan penyelenggaraan kenderaan armada perang.

Oleh itu mereka memilih Hyundai kerana kepakaran Hyundai adalah membaiki kenderaan termasuk kenderaan perang angkatan Amerika Syarikat.Hyundai kini mendapat kepercayaan dari pelanggan besar dari luar.

Syarikat Hyundai berkembang pesat dan telah mengaji pekerja seramai 100 orang.Ketika nak membesarkan perniagaannya beliau cuba meminjam 1 juta won.Secara tidak sengnaja Ju-hyung mendapat idea untuk melebarkan perniagaan dalam sektor pembinaan pula kerana keyakinan yang tinggi dari pihak pelabur.

Nak diringkaskan cerita,Ju-hyung terus menubuhkan syarikat Hyundai yang berasaskan pembinaan.Ia sangat maju sehinggalah Perang Korea Utara-Selatan meletus.

Semasa perang tersebut perniagaan Hyundai turut musnah sehingga menyebabkan Ju-hyung jatuh muflis yang sangat teruk.Namun Ju-hyung pantang berputus asa dan harapan.Beliau terpaksa hidup kais pagi makan pagi buat sekalian lama.

Akhirnya sinar bahagia turut menyapa Ju-hyung.Pihak Amerika telah berminat untuk mendapat perkhidmatan pembinaan syarikat Hyundai Contruction.Kerjasama Hyundai Contruction dengan syarikat Amerika Syarikat semakin bagus.Para pekerja dihantar ke Amerika dan mereka wajib belajar bahasa Inggeris.

Pada tahun 1966 jenama Hyundai semakin berkembang dengan penubuhan Hyundai Motor Company.Ju-hyung ingin melibat Korea ada kereta jenama sendiri dan bukannya sekadar mengimport dari negaranJepun.

Kesimpulan dari admin,

Cerita kejayaan Hyundai terus berkembang ke seluruh dunia.Namun pengasas Hyundai telah meninggal dunia pada tahun 2001.Beliau sebenarnya masih hidup dalam hati orang Korea.

Chung Ju-hyung adalah hero Korea yang sebenar.Cita-citanya ingin menjadi raja dalam pelbagai industri telah menjadi kenyataan.

HB berharap ada insan yang cekal dan tabah dalam mengejar impian mereka.Ingat kejayaan terlalu manis dan berharga jika berjaya melepas pelbagai  cabaran dan dugaan.

 

Sumber : Ubahsuai dari Buku Jangan Berputus Asa Terus Berjuang!

 

buku online

40 ulasan

begitu banyak kisah-kisah hebat kejayaan di dunia ini , terimkasih bang sudah berkunjung ke blog aku ini

kisah begini patut diteladani..

berusah tangga kejayaan...chung tak kenal erti putus asa..kalau kita dapat semangat sepertinya kan bagus...

Super duper kuat semangat kedai dah hangus terbakar tapi masih lagi degil berusaha.
Patutlah jadi antara orang terkaya dunia.

Banyaknya halangan dia nak berjaya..
Tapi tak give up. Like3333..

malu kita sebagai umat Islam kalau kalah dengan semangat yang dia tunjukkan

nak kaya mesti ada sifat yang luar biasa..

siapa yang sanggup macam dia..hu..hu..

Kuatnya semangat beliau. Sangat menginspirasikan. Pantang berundur sebelum berjuang. Kejayaan pasti dalam genggaman.

Bukan senang nak senang. Nak usahakan sesuatu sampai kita puas hati memang banyak halangannya. Nak berhenti tu, senang je. Hehe

Mmg bagus artikel nie.. Nak jadi usahawan, kena ada jiwa kental dan tidak mudah menyerah kalah...

Menarik sangat cerita sejarah perjalanan usahawan Hyundai ni, boleh dijadikan sumber inspirasi bagi orang seperti saya. Terima kasih ambil masa tulis dan kongsikannya kat sini.

hyundai membangun dengan penuh derita.

macam nak menangis saya baca... peritnya penderitaan dia... terbayangkan orang2 melayu selalu komplen yang perniagaan mereka susah bersaing dengan perniagaan bangsa lain... tapi yg dicerita ni jauh lebih dahsyat... kita ada usaha dan doa... mereka hanya ada usaha saja... tapi tengok lah hasilnya...

Walau apa pun cabaran, manusia bangkit untuk berjaya dari kegagalan. Pengalaman adalah cikgu yang paling terbaik :)

http://www.kakyongcun.com

bagusnya...semoga kita orang Islam pun cekal walau diduga bermacam dugaan

owh ada sambungan lagi kisah nie..terbaik lah..jadi nama Hyundai tupun diambil semperna nama dia la kan

orang biasa tentu tak sanggup..

ya..senang berhenti memang mudah

jiwa kental boleh dibentuk bro..insya Allah

memang tuan..usahawan memang perlu sumber inspirasi seperti ini..

ya..lah bro..kisah hyundai banyak derita berbanding bahagia..

hukum dunia..siapa yang berusaha dia dapat..

betul tu..pengalaman adalah cikgu terbaik

sepatutnya orang Islam lebih cekal lagi..

nama tu..dekat sahaja dengan nama dia..dan memang beliau yang beri nama tu..

Memang sangat kental jiwa raganya untuk berjaya,walaupun banyak halangan yang menimpa

harus dicontohi oleh kita semua..

Kalau baca kejayaan orang yang telah berjaya pasti akan susah ataupun tersungkur dulu.
Ada yang sampai 10 kali terjatuh.
Tapi bangkit meneruskan usaha lagi.
Memang wajib contohi.

Semangat yang tidak pernah putus, azam yang tinggi dan mungkin juga skill 'pemikiran luar kotak' adalah kriteria yang sangat penting untuk mendapatkan sebuah 'kejayaan'

Nice sharing HB. Dari semalam nak komen entri ni..cuma tak berkesempatan..huhu

memang hebat kejayaan hyundai nih.

proton dan produa pun hebat gak sebenarnya. :)

memang hebat kejayaan hyundai nih.

proton dan produa pun hebat gak sebenarnya. :)

Hebatnya semangat juang beliau. Banyak rintangan tetapi tidak pernah ber putus asa

sifat tak mudah putus asa dan kreatif dalam menangani cabaran; antara yang dapat saya ambil teladan daripada kisah beliau..

hukum dunia..susah dulu.senang kemudian

bukan mudah nak dapat semangat begini..

kalau ada info tentang kejayaan proton dan perodua mahu juga saya kongsikan untuk pembaca.

tak berputus asa itu semangat untuk berjaya

semoga puan juga beroleh kejayaan nanti..amin

Sepatutnya kita jadikan contoh ikutan utk berjaya.. thanks sharing HB


EmoticonEmoticon