Jangan Fobia Sertai Bisnes Networking

Jangan Fobia Sertai Bisnes Networking..Menyertai mana-nama bisnes networking  boleh jadi fobia bagi sesetengah orang.Pengalaman lampau yang kurang berjaya dan tertipu telah menjadi alasan utama.Namun jauh dalam lubuk hati mereka masih mencari ruang dan peluang untuk mencuba lagi.Itupun jenis yang tak pernah serik.

Pernah satu ketika HB menemui seorang prospek yang meluahkan rasa kecewa terhadap bisnes networking.Beliau menceritakan bagaimana deritanya akibat kejatuhan dalam bisnes networking tersebut.Kisah ini dah lama.Kira-kira 9 atau 10 tahun yang lepas sewaktu HB aktif mengusahakan bisnes networking jenis binari.

Biar HB namakan  beliau sebagai Mr Ahmad (bukan nama sebenar).Bekerja sebagai seorang Guru Besar di sebuah sekolah rendah.Ada kerjaya mantap dan tetap.Ketika masa lapang dia telah mengusahakan satu bisnes networking yang berasasan tumbuhan herba.Rezekinya cukup lebat dan beliau mengakui menerima pendapatan yang amat lumayam.

Tanpa menoleh kebelakang Mr Ahmad mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Guru Besar.Dengan itu Mr Ahmad telah menjadi seorang usahawan networking sepenuh masa.Ada pangkat dan pendapatan yang sangat tinggi.

Tiada siapa menduga.Syarikat tempatnya bernaung telah mengalami kemerosotan dan kerugian.Ada yang mendakwa ia adalah konspirasi pihak lembaga pengarah syarikat.Demi menyelamatkan modal maka syarikat tersebut telah menukar bisnes networking kepada bisnes jual-beli barang sahaja,

Berbalik kepada kisah Mr Ahmad tadi.Beliau turut menerima tamparan yang hebat.Pendapatannya yang lumayan hilang sekelip mata.Kerjaya yang memberi pendapatan  tetap dah lama tiada.Ditambah lagi kejatuhan bisnes networkingnya menyebab Mr Ahmad tersungkur.

Selepas itu Mr Ahmad kembali bekerja makan gaji di kilang papan.Tujuannya supaya boleh menampung keluarga kerana isterinya tidak bekerja dan anak-anak masih kecil.Lama-kelamaan Mr Ahmad tidak betah makan gaji.Upah yang diperolehi sangat sedikt dan tidak berbaloi.Dia pun terfikir untuk buat bisnes kembali.

Semangat juangnya dalam bisnes tak hilang.Mr Ahmad mencuba rezeki dalam perniagaan runcit di rumah.Ketika HB melawatnya, beliau masih kelihatan bergaya.Almaklum bekas guru besar dan pemimpin tertinggi bisnes networking.Karisama dirinya masih kekal.

HB cuba closed kes dengan Mr Ahmad.Ternyata pengalamannya sebagai leader masih utuh dan kuat menyebabkan HB tak berjaya menarik prospek berprofil tinggi tersebut .HB pada masa itu masih muda.Umur bawah 30 tahun.Semangat usah kata.Berkobar-kobar.Anak muda katakan.Namun HB terus buat follow up sebanyak 3 kali.Ternyata beliau masih fobia dan tertutup hatinya untuk bisnes tersebut.

jangan fobia

Kesimpulan dari admin,

Kisah tersebut masih masih kekal dalam ingatan HB.Semangat juang dan ciri-ciri karisma pada dirinya tetap utuh.Namun sayangnya beliau fobia untuk sertai bisnes networking..

Sehingga ke hari ini HB terus mengambil kisah ini sebagai sumber inspirasi .Tambahan pula HB kembali ke dunia networking bersama BESTMobile.

---------------------------->>Dapatkan Info Best Mobile<<---------------------

Salam motivasi dan jumpa lagi.

38 ulasan

Benar tu HB. Bisness networking cara terbaik untuk menjana pendapatan. Namun pastikan kita memilih syarikat yang betul-betul kukuh dan dipercayai, mempunyai sistem networking yang terbaik serta mempunyai produk yang bagus. Bila produknya bagus, pengguna sendiri yang akan mencari.

aku tak ada pengalaman macam ni
tak pernah terlibat dengan bisnes networking

bisnes netwrking tak salah...cuma kadang-kadang orang yang di dalam sistem tersebut yang merosakkan sendiri bisnes ni...

memang kalau pernah mengalami kegagalan dalam suatu hal seseorang cenderung phobia untuk mengulangi hal itu kembali seperti ikut dalam network

orang yang berfikiran macam nie..tak ramai

jika tak minat..tak pe

ada yang tamak dan tak sabar nak kaya..

Phobia itu sebenarnya boleh dihilangkan..

Terlalu banyak putar belit MLM ni. Semua cerita pasal juta-juta, walhal yang jadi jutawan cuma leader..

Kena kaji selidik dulu syarikat networking nie.
Apa yang dirawarkan dan dah berapa lama dah beroperasi.
Tetapi kita juga kena ambil risiko kan.
Kalau tak memang takda cabaran la hidup.
Jatuh bantun itu lah rencah kehidupan kan.

nak kaya yang berkat jangan tipu downline..

dalam bisnes networking..jangan main modal terlalu besar..menapak pelan-pelan jalan selamat

Betul ramai yang fobia. Yang ada pengalaman tu sudah tentulah. Yang tak de pengalaman pun kena tempias. Hana xde pengalaman buruk dengan MLM cuma skeptikal sahaja. Husband memang anti sangat dengan MLM. Tapi end up Tuhan tunjuk Hana terlibat dgn MLM tanpa disangka. Tapi Alhamdulillah tiada unsur penipuan, tiada permulaan ribu riban kena buat modal. Sebenarnya bila faham betul2 pasal MLM ni ianya satu sistem yang menraik. Yang merosakkan MLM adalah individu2 yang tidak bertanggungjawab, tamak serta pentingkan diri sendiri..

setuju dgn pndapat hana syed

Betul tu, kadang-kadang sistem dan syarikat dah ok tapi peserta pula yang tak ok, mengadakan apa yang tiada untuk tujuan menarik ramai ahli untuk join. Jadi pokok pangkalnya kita juga, kena kaji betul-betul sebelum menyertai sesuatu bisness networking. Jangan percaya cakap orang bulat-bulat.

Bisnes networking ni bagus & merupakan salah satu teknik utk berjaya. Namun, ada sesetengah yg berniat tak baik membuatkan bisnes spt ini menjadi satu mimpi ngeri kpd sesetengah yg lain. Mmg kena berhati2 dgn siapa kita berurusan kan.

Bagi saya bisnes networking adalah the best way..but kene pandai pilih syarikat yg utuh..contohnya sy pilih utk bersama syarikat yg da 50 thn di pasaran..

Satu lagi tips nak memulakan biz termasuklah biz networking ni, pastikan modalnya rendah. jadi kalau berlaku sesuatu di luar jangkaan, taklah jatuh terduduk.

Betul, mereka lebih mementingkan diri sendiri. Sepatunya konsep tolong-menolong dan berjaya bersama perlu seiring

Alhamdulillah, dapat rezeki sama cam hana :)

Betul, MLM sebelum ni banyak yang menekan downline, tapi kalau jenis siapa buat kerja, dia yang dapat untung, itu yang sebetulnya. Bukan yang bawah teruk kerja, yang atas goyang kaki tapi kumpul banyak duit.

Bagus juga bisnes mlm yg ada produk nie... sekurang2 dpt melatih kita skill menjual produk dan marketing.. Nanti dah ada produk sendiri, boleh aplikasikan skill tersebut dlm bisnes sendiri...

Ramai yang tak berapa konpident dengan business networking nih.. sebab itu aa yang kurang penglibatan tuh...

bisnes networking ni kalau betul caranya memang boleh bagi pendapatan lumayan, tp kalau awal2 nampak tanda-tanda tak betul maka lebih baik jauhkan..walaupun begitu MJ pun sbnrnya berada dalam bisnes networking. selagi ia berasaskan jual beli yang sah dan tidak menindas, tiada apa yg perlu dirisaukan melainkan kita terjebak buat perkara-perkara dil luar batasan

mungkin dia kena ambil masa untuk bina kembali keyakinan

itu adalah pendapat yang betul.

saya pun terfikir ada juga berani joint syarikat itu pada peringkat permulaan dulu..

modal rendah adalah playsafe.

tak pernah join mana mana bisnes networking, tapi kalau betul2x minat dengan bisnes lakukan dengan bersungguh2x dan berani tanggung risiko.

Belum pernah sertai mana-mana bisnes networking. Tiada aura untuk berjaya dalam bisnes ini, mungkin sesuai untuk orang lain.

Apapun kita boleh buat tauladan dari kisah Cikgu Besar tersebut.

ya..itulah yang sebaiknya tu

tak semua nampak apa yang kita nampak

ya memang macam tu yang sebaiknya..jika ada unsur kezaliman lebih baik tinggalkan,

bukan mudah mudah nak hilangkan fobia

minat perkara utama..bila buat sungguh-sungguh memang boleh berjaya punya

yang penting ada kemahuan..jika memang tak nak jangan paksa diri

Bisnis networking butuh "modal" dan Pengetahuan yang banyak. Supaya bisnesnya berjaya...
Saya juga tertarik dengan bisnis networking, lebih mudah dan simpel

bagus sebenarnya MLM ni tp pilihla yang syariah compliant dan pastikan sistemnya adil. saya pilih shaklee sebab kedua-dua perkara ini.


EmoticonEmoticon