4 Mac 2015

Habis SPM Nak Buat Apa

Keputusan SPM baru sahaja diumumkan.Kalian akan hadapi dilema habis SPM nak buat apa?Ada yang berjaya cemerlang dan ada juga yang kurang menyerlah keputusan akademik mereka.Kepada mereka yang tiada hati lagi nak sambung belajar apa kata cari kerja.Kelayakan SPM itu sudah memadai untuk kalian bekerja sama ada di sektor awam atau swasta.

kerja kerajaan

Bukan niat HB nak menghalang kalian untuk mendapat pendidikan lebih tinggi.Kalian yang cenderung untuk bekerja atau berniaga jangan pula paksa diri untuk menyambung belajar semata-mata ikut kawan-kawan.Takut tak kesampaian kerana laluan selepas SPM ada dua sahaja.(sebenarnya lebih pun boleh)

Kalian boleh melanjut pelajaran di tingkatan enam atau pra universiti selama 2 tahun.Targetnya adalah untuk mendapat tempat ke universiti selepas berjaya dalam STPM.Perlu diingatkan peperiksaan ini sangat mencabar dan ramai yang kecundang dengan keputusan yang cukup-cukup makan.

Adapun kalian boleh melanjutkan pelajaran dalam bidang teknikal  atau profesional seperti pusat Giatmara,politeknik,Uitm atau ILP.Jika keputusan SPM cemerlang boleh menjadi guru di IPGM.Pilihan ini kurang risiko untuk tidak berjaya.Jadi HB amat galakkan untuk jimat masa atau belanja.

Ini pula pilihan untuk bekerja.Kalian boleh memohon pekerjaan melalui SPA secara online.Rezeki kalian untuk dapat kerja kerajaan yang boleh menjamin masa hadapan.( nak cakap 100 peratus tak boleh juga).Jika kerja swasta dengan kelayakan SPM gaji tak sebesar mana.Kalian akan terhimpit dengan kos hidup yang kian mencengkam.Sebelum nak dapat kerja kalian mesti kuasai dulu kemahiran temuduga.Boleh semak dalam:

buku online

HB amat memahami lepasan SPM yang nak sambung belajar tetapi keputusan pulak kurang mengizinkan.Boleh dikatakan mereka dalam situasi nak peluk gunung tapi tangan pulak tak sampai.
Apa kata kalian cari kerja dan belajar sambil bekerja.Kalian pergilah memohon di OUM atau pengajian luar kampus.Cuma untuk mereka yang berhati cekal sahaja.Cabaran sangat tinggi dan nilai kejayaan kalian anda tinggi nilainya.

Jika kalian sudah habis ikthiar dan ingin menjadi blogger pun boleh.Bidang ini amat luas potensinya.Sudah tentu kalian yang suka menulis dan membaca digalakkan menceburi kerjaya blogger.Penulisan blog sangat mudah dan tak terikat seperti karangan zaman sekolah.Maksudnya tak pandai tulis bukan alasan la.

jadi blogger

Kesimpulan dari admin,

Jadi selepas habis membaca entri ini kalian sudah ada idea selepas habis SPM dah tahu apa nak buat,Ya.kan.Jangan cakap dengan HB nak kahwin.Zaman sekarang kahwin tanpa faktor kewangan yang kukuh seperti berumah ditepi pantai.Ada ombak dan badai sahaja  boleh menghanyutkan rumah kalian nanti.

Sekian.Salam penuh sukses dan jumpa lagi.

32 ulasan

Masa lepas habis SMP dulu, saya belajar masak dan memandu kereta... :D
Sebenarnya ada bayak peluang untuk adik2 memilih kerjaya. Pelbagai jenis latihan kemahiran juga di sediakan. Cuma kena tahu saluran dan sumber maklumatnya.

Kalau nak berniaga, mulakan secara kecil-kecilan. Jangan sampai menyusahkan ibubapa sebab saya pernah terjumpa seorang ibu yang tak makan tengah hari di pejabat kerana duit gaji beliau habis diberikan kepada anak untuk memulakan perniagaan.

Bagi yang dapat result gempak or result total failure tu, mungkin tak pening sangat nak fikir pilihan. Paling pening bagi yang dapat result sederhana yang pening tu. Nak sambung, tak dapat tajaan. Nak bekerja, rasa sayang pulak dengan result SPM tu.

pada aku selepas SPM kena sambung belajar..tak kira dekat mana..asalkan kita mendapat kemahiran...

selesai spm istirahat dan melaju membawa kereta senja

belajar masak..wow bagusnya!

duit jika tak diurus dengan bijak boleh merana jadinya

untungnya kalau mereka ada pengalaman bekerja dan peluang belajar

semangat macam tu la yang saya suka

boleh juga istirehat..tenangkan fikiran

Tengok sekarang ramai sangat lepasan SPM yang lulus cemerlang.
Ramai straight S kan.
Pastikan kena buat pilihan yang tepat.

ramai yang bijak-bijak..

Tak kiralah apa-apa pilihan, asalkan yang terbaik. Kalau result biasa-biasa jer, tu bukan penghalang untuk berjaya. Ramai jer orang yang bangkit hingga menjadi manusia luar biasa :)

kan, biar ada target yang jelas, nak yang ngadap lecture atau tambah skill

saya lepas habis spm terus sambung belajar kemudian baru kerja itu kerja kilang heee..lama sikit dapat ofer tapi tak tahan jawatan QA tu memang best hari-hari makan biskut julis heee tapi sebab tak tahan jagan oven sehari 3 ke 4 oven running huu..panas masuk dalam oven kilang..akhir dapat kerja pejabat sesuai dengan apa saya belajar.tak banyak persamaan dengan apa kita belajar tapi sugguh bernilai dalam kehidupan dalam pengalaman berkerja.

Smabung belajar kat poli, u or mana tempat atau ipt yg sesuai..

orang hebat macam MJ boleh dijadikan contoh

saya juga bekas pekerja kilang..alamak terbongkar rahsia

mana-mana pun boleh jadi boleh capai impian dan cita-cita

Jauh lagi perjalanan sebenarnya lepas spm tu kan.. dulu bila lepas spm rasa mcm dah dewasa je. Bila skrng rasa nak sekolah balik pulak hehee. Semoga semua lepasan spm dpt mencari jln yg baik utk kehidupan yg berjaya... aamiin...

saya lepas exam spm, terus kerja kilang sementara menunggu result spm.. dapat juga duit..

selepas spm adalah permulaan hidup..

so..jangan buang masa.

Ada banyak aktiviti yang boleh dibuat selepas SPM, saya ada ceritakan di blog saya.

banyak sebenarnya boleh buat lepas SPM, kalau ada kelayakan boleh je sambung belajar, sambil-sambil kalau rajin nak berbisnes inilah masanya nak mula..

Menarik entri ni..Etuza ada terdetik nak buat entri seperti ini..ialah bagi panduan kan pada remaja lepas SPM bagus ni..tahnia ya HB..inilah namanya HERO baru best!!

Tampilkan HERO pada artikal blog ,..heheh gurau ja ya

kalau macam tu jom baca blog tuan Ikhwan

kalau belajar bisnes sangat dituntut..

saya buat apa yang termampu gitu..

terima kasih atas saranan yang hebat..in shaa Allah boleh buat selepas ini..


EmoticonEmoticon