Gempar Terima Wang Palsu RM100

Gempar Terima Wang Palsu RM100…Baru-baru ini HB tersentak dengan info yang disampaikan pihak pengurusan.Premis perniagaan tempat HB mencari rezeki telah dicemari oleh penerimaan wang palsu RM100.Heboh satu tempat kerja kerana ia baru pertama kali berlaku.

wang palsu

Antara orang yang gempar adalah HB sendiri.Mana tidaknya HB sepatutnya boleh mengelak perkara tersebut dari berlaku,Ini kerana juruwang tidak menggunakan ‘money detector’ ketika menerima dari wang dari para pelanggan.HB sepatutnya bertegas dalam pelaksanaan mesin ini.

Perkara sudah berlaku.Pihak pengurusan minta kami bertanggungjawab.Tiada pilihan selain membayar harga wang palsu tersebut.Nasib baik ada staff yang terlibat termasuk penyelia bersetuju untuk membuat ganti rugi.Kalau seorang yang bayar memang mengeletar juga tangan nak mengeluarkan sejumlah wang benar bernilai RM100.

HB pesan kepada staff supaya jadikan ia satu pengajaran dan juga kepada semua juruwang yang diluar sana supaya berhati-hati dengan wang palsu.Dalang yang menyebarkan wang palsu patut ditangkap dan sumbatkan dalam penjara.Mereka zalim kerana menganiaya kita yang menerima wang palsu.

Sekiranya ada mangsa yang rasa tak puas hati tu,harap bersabar dan titipkan doa agar mereka yang terlibat, hidup merana dan sengsara.Jahat ke HB?

Biarlah balasan ‘tunai’ itu terus menimpa mereka di dunia ini.Mudah-mudahan dengan balasan sedemikian rupa supaya mereka segera insaf dan menyesali perbuatan terkutuk itu.

Mari HB bawa kalian semua untuk membayangkan sendiri bagaimana dahsyatnya penangan wang palsu.Bagi dalang atau pengedar yang mengedar wang palsu akan merasa betapa mudahnya mendapat duit.Dapat rasai kemewahan dan kesenangan ‘palsu’ buat seketika.

Sebagai contoh mereka mengedar wang palsu RM100 berjumlah RM1000 dalam pasaran.Wang ini akan berlegar kepada 10 orang penerima melalui transaksi jualan.Wang tunai asli masuk poket mereka dan mereka dapat nilai sebenar dari wang palsu.Adakah ini adil untuk orang lain.Sudah semestinya tidak.

Wang palsu terus bertukar tangan kepada orang yang kurang mampu dan orang hidup susah.Sebelum itu mereka bertungkus lumus mencari rezeki halal tetapi menerima wang yang bukan halal iaitu palsu.

Bagaimana perasaan mereka ketika itu.Mereka akan bertambah susah sekiranya wang palsu yang mereka terima itu ditolak oleh pasaraya.Sedang pada masa tersebut duit itu sepatutnya untuk membeli susu bayi,beras,gula dan apa sahaja keperluan harian yang mendesak.Mana nak cari ganti.

Kisah ini sekadar contoh.Kalau kisah benar memang dah kena dengan HB.Dalam kes tersebut HB terpaksa mengorban sejumlah RM14.30 seorang.Sedangkan wang ini untuk bajet membeli broadband.Bayangkan berpuluh orang( blogger lain beribu.malunya) sehari menunggu entri penulisan HB tetapi HB tak terbitkan kerana bajet internet dah lari.Apa perasaan mereka?

Kesimpulan admin,

Penyebaran wang palsu tak kira RM50 atau RM100 sama sahaja kesan buruknya.Si pengedar tidak berhati perut langsung untuk mengenang jerit payah dan kesengsaraan orang lain yang bakal menerima wang palsu tersebut.

HB percaya setiap kejadian ada hikmahnya.Walaupun berita gempar terima wang palsu RM100 semakin pulih namun HB diberi peluang oleh Allah SWT untuk menulis dalam blog ini.Dengan perkongsian ini,HB berharap pihak yang berisiko tinggi untuk menerima wang palsu meningkatkan tahap waspada.

Kepada mereka yang kini aktif membongkar >>> Rahsia Main Instagram Dapat Duit.Hati-hatilah ya..

Sekian.Salam ceria dan jumpa lagi.

29 ulasan

Memang sedih bila ada yang tidak bertanggungjawab dan menggunakan wang palsu. Hakikatnya setiap perbuatan yang kita buat pasti ada balasan, mungkin hari ini kita guna wang palsu RM100, esok mungkin kita pula yang kehilangan duit dengan cara yang berbeza!

Kita harus hati-hati, sekarang sudah banyak peredaran uang palsu...bisa untuk pengajaran untuk kita semua, ketika melihat wang dalam jumlah besar harus di periksa dengan money detector’..

3 tahun lepas pernah ada di sek cheq da...orang kantin menerima wang palsu rm10...xsempat nk check sebab pelajar berebut2 membeli makanan...sekrg dah xde...

Ayah zumal berniaga dan memang pernah terima wang palsu, sedar pun masa nak bank in duit tu... Sekarang ayah dah guna money detector tu...

Wujud rupanya duit2 palsu nie ek.. selama nie duk COD barang. mana pnh terpkir bab duit2 palsu nak check bagai. Semoga Allah lindungi la kita dari ditipu..

Kesiannya HB, banyakkan bersabar & kena xtra carefull lah selepas ini nampak gayanya.

Betul tuh Mek Ila, mereka yang tak bertanggung jawab nih, sebenarnya tak sedar akibat dari apa yang dia buat. Balasan pasti menanti.

Kedai2 memang sepatutnya ada mesin tuh... memang kena periksa duit2 yang masuk supaya kita tak kerugian nanti.

Iye ke.. kadang tak leh nak salah kan depa gaks kan... depa pun tak tau duit tuh palsu ke tidak tuh... hurm...

Alhamdullilah, kadang-kadang ujian memang amat perlu untuk buat kita sentiasa beringat.

Pernah orang kampung SP bisnes lingkup gara-gara dibayar guna duit palsu. Memang sial orang yang menipu dengan duit palsu ni..

Jalan mudah untuk nak senang.
Mak saya dulu selalu terkena bila orang datang makan di kedai makan tapi tukar duit dengan 100.
Kenyang dapat, duit pun dapat.
Tapi pasti ada balasannya kan.

tak berhati perut org macam nie..tahu nak senang dgn jalan mudah..

wang macam tu tak berkat

kes macam ini jarang-jarang berlaku dan sebab itu ramai yang alpa.

orang yang terima duit itu perlu hati-hati..walaupun jarang berlaku

terima kasih kerana prihatin dan berharap kes itu dijadikan iktibar untuk pembaca blog ini

yalahkan..memang zalim sungguh dalang wang palsu.

mangsa itu yang teruk..

yalah kan..memang ada yang ambik jalan mudah

uang palsu ini memang sepatutnya dicegah dengan money detector supaya tak terjadi lagi

kedai runcit mak aku pernah dapat duit palsu ni
rm50
terpaksa aku bakar saja

kalau terus tersebar orang lain pula menjadi mangsa..

itu memang betul-betul burn kata orang putih

Wang palsu mmg agak berleluasa juga.. dulu ada seorang peniaga pasar malam nak bank in duit di bank, tapi beberapa keping dipulangkan sbb wang palsu. Kesian pulak dah penat2 berniaga terima wang palsu pula. Buat report pun bukan boleh dapat ganti.. kesian..

pernah juga berlaku semasa aku tolong emak aku berniaga dulu...oran ghulur duit RM50 berlipat..emak tak perasaan..terus ambil dan pulangkan duit baki...bila malam tengah kira hasil..baru perasan yang itu adalah duit palsu

itulah kesan buruk kalau terima wang palsu..

orang kalau nak tipu memang licik..so memang perlu hati-hati

Macam-macam cara orang sekarang guna untuk menipu. Kesian kat orang yang menjadi mangsa


EmoticonEmoticon