Cara Selesaikan Kes Pasangan Curang

Dengan hati yang berat HB nak berkongsikan cara selesaikan kes pasangan curang.Pada hakikatnya istilah curang membuat para suami atau isteri menjadi seriau..Boleh mengundang perasaan kurang senang.Malah lebih dahsyat membawa hati terluka yang mendalam.Para suami atau isteri yang menderita dan trauma.Begitu juga dengan anak-anak.Gangguan emosi pasti akan berlaku.

Pasangan curang baik kepada para isteri atau suami banyak berlaku di mana-mana ceruk rantau bumi yang sangat luas ini.Ia melibatkan soal hati dan perasaan seseorang.Mungkin ada yang belum tahu bahawa hati dan perasaan boleh berubah-rubah setiap masa.Sebab itu cinta dan kasih sayang dalam rumahtangga mesti dibajai selalu.Jika alpa tentang perkara ini maka kes curang bisa akan  berlaku lambat launnya.Minta dijauhkan sejauh-jauh.Amin.

pasangan curang

Berikut adalah cara-cara untuk mengatasi kes pasangan curang.Sebelum itu pastikan ada bukti yang kukuh.Bukan berdasarkan gerak hati walaupun ia kadang-kadang banyak membantu,HB tak nak mengeruhkan keadaan atau menjadi batu api kepada sesuatu yang tidak benar aka fitnah.

1.Bawa berbincang dari hati ke hati

Perbincangan dari hati ke hati adalah proses kepada cara penyelesaian banyak masalah dan kemelut hidup.Cari waktu paling sesuai.Pilih tempat yang mendamaikan.Dapatkan  suasana kondusif.Jika ada yang mampu boleh tempah bilik hotel bertaraf 5 bintang.

Jika semuanya sudah disediakan maka pihak yang bertelagah disarankan untuk solat sunat hajat untuk memberi kekuatan dari segi spiritual.Banyakkkan berzikir serta jangan lupa buat rakaman suara secara tersembunyi.Ia adalah bukti yang ada hitam dan putih,

Nak lebih ‘grand’ siapkan juga surat pangkuan aku janji yang boleh ditandangani oleh kedua pihak.Buat dua salinan kerana mungkin ada pihak yang tak puas hati akan mengoyaknya nanti.Rasanya tidak akan berlaku jika perut dah kenyang selepas ‘candle dinner’ yang ala-ala romantik.

Seandainya isteri didapati curang maka si suami mohon rayuan untuk pengakuan yang penuh rela.Dengar kata-katanya penuh fokus walaupun dah dipasang lagu sentimental tangkap leleh.

Biarkan dia meluahkan apa yang terbuku dihatinya selama ini.Sediakan tisu sekotak kerana tangisan air mata dan air hingus pasti bersilih ganti.Tolong lap untuk pasangan kalian walaupun hati di dalam panas mengelegak.Mungkin lebih panas dari lahar gunung berapi.

Bila dah habis luahan hati maka si suami sila buat keputusan penuh berhikmah.Si suami boleh memberi peluang kedua dengan syarat si isteri berubah dan insaf.Jika boleh bawa pergi umrah dan bertaubat di tanah suci.Insya Allah proses damai akan berlaku dengan 100 peratus.

Jika suami buat keputusan yang kedua iaitu mengakhiri ikatan perkahwinan tersebut maka selayaknya baca langkah dibawah ini.

2.Bawa ke mahkamah syariah

Kalian baik suami dan isteri yang ada kemelut rumah tangga tolong fikir semasak-masaknya pilihan kedua ini.Ia adalah pilihan terakhir dan memberi implikasi yang sangat besar kepada anak-anak,Belum ada anak mungkin tak apa lah.

Di mahkamah kalian boleh memutus untuk jatuhkan talak secara sah.Hak penjagaan anak dan harta pencarian juga boleh diuruskan dengan sempurna berdasarkan undang-undang Islam.

Ketika membawa kes  ini ke mahkamah sediakan bahan bukti yang mencukupi.Sekiranya dapat dibuktikan pasangan kalian curang maka peluang untuk hak penjagaan anak akan memihak kepada suami atau isteri.Pihak yang curang tak layak untuk mendidik anak-anak menjadi soleh dan solehah.Namun jika insaf dan taubat nasuha mungkin boleh dipertimbangkan.

Selepas keputusan mahkamah diumumkan maka terima dengan hati yang redha.Anggap sudah suratan takdir.Kedua pihak berilah kemaafan.Jangan berdendam kerana ia tak akan memberi manfaat kepada dua belah pihak.

Kesimpulan dari admin,

HB berharap artikel ini memberi kecerahan minda kepada mereka yang menghadapi kes pasangan curang baik kepada pihak suami maupun isteri.

HB memohon doa dari kalian yang menyokong rumahku syurgaku agar menghindarkan diri dari menjadi curang kepada pasangan masing-masing

Fikirkan kesucian iman dalam Islam,masa depan anak-anak yang tak bersalah dan hati nurani pasangan yang memang ikhlas dalam membina rumahtangga bahagia.

Ingat doa orang dizalimi dan dianiya tiada hijab.Mudah dimakhbul oleh Allah SWT.Jika doa mereka untuk turunkan bala dan kecelakaan bagaimana mungkin cara mengelaknya.Waallahualam.

Sekian.Salam penuh keinsafan dan marilah membina kehidupan yang penuh bahagia.

29 ulasan

nauzubillah..zaman sekarang nie mmg bnyk kes cerai..gara2 curang...lbh2 lagi pasangan muda..

perkongsian yang baik ..

terima kasih..semoga kita dihindarkan dari perkara ini

Semoga dihindarkan dari perkara2 yang sebegini. Aamiin..

Semoga dihindarkan dari perkara2 yang sebegini. Aamiin..

minta dijauhkanlah semua ni daripada ahli keluarga aku

memang sukar nak terima jika pasangan curang.

amin..harap begitulah hendaknya

yalahkan ..minta dijauhkan

minta dijauhkan
apa pun kita kena ada usaha untuk sentiasa berlaku jujur

Bersabarlah.. dan cari jalan penyelesaian. Sebaik-baiknya elakkan dari berlaku perpisahan.

berbincang dari hati ke hati tu agak susah kalau suami atau isteri anda seorang yang payah dibawa berbincang..memang perlukah orang tengah membantu..

jujur itu paling pentimg..

saya suka pandangan ini

orang tengah yang dipercayai sahaja..jika tidak boleh mengeruhkan keadaan

Curang hanya akan memusnahkan kehidupan sendiri dan rumahtangga. Setiap rumahtangga pasti dilanda badai, namun pokok pangkalnya pada hati. Mudah-mudahan kita semua terhindar dari dugaan ini

komunikasi tu paling penting apatah lagi dalam sebuah perhubungan..

semoga tak terjadi dalam keluarga kita namun bagus juga untuk dipelajari bila suatu saat menghadapi kes seperti ini

Memang wajib dibawa berbincang dulu dari hati ke hati, namun sekiranya susah sangat nak dapatkan penyelesaian maka harus lah dirujuk kepada pihak kaunselor pula

dugaan ini memang berat..

sapa-sapa pun tak nak perkara ini berlaku..

pihak kaunselor lebih wajar tangani kemelut ini..

Semoga dijauhkan dan dihindarkanlah dari kita semua... aamiin.

memang itu doa buat kita semua..

Dalam hidup berumahtangga nih, bertolak ansur amat-amatlah di perlukan.. Jangan hanya pentikkan diri sendiri sahaja...

Sekarang aku rasa ni smua,slagi aku mmpu mengekang aku kn teruskan.kalau nanti aku dah penat,aku trima ketentuan yg maha mngetahui:p

ya..itu yang sebaiknya

banyakkan bersabar dalam hidup ini


EmoticonEmoticon