Cahaya Harapan Di Hujung Terowong

Cahaya Harapan Di Hujung Terowong…Tajuk entri ini macam novel atau cerpen pulak.Namun percayalah kalian bukan  salah buka blog.Memang betul ianya blog HB.Jika tak percaya.Cubit paha atau lengan.Ada rasa sakit tak? Jika ya maka memang kalian sedar dan bukannya bermimpi.Opss.HB sengnaja nak merapu seketika.

Di kala ini HB akui ramai yang menghadapi cabaran hidup.Tidak kira gentir atau berat macam mana pun,percayalah dihujung terowong nanti ada cahaya harapan.Bayangkan kalian dalam perjalanan yang menggunakan terowong  sangat getap untuk ke satu destinasi.

cahaya harapan

Dalam perjalanan tersebut kalian sudah hampir kehilangan tenaga,sumber makanan terhad tetapi semangat untuk sampai ke destinasi masih membara.Dari jauh kelihatan cahaya yang sayup-sayup.Antara nampak dengan tidak.

Kalian berasa tidak sabar untuk ke penghujung.Namun realitinya sabar atau tidak masa untuk ke penghujung tetap ada,Mahu atau tidak  kalian mesti melaluinya sehingga ke satu masa yang telah ditetapkan.

Percaya dengan terus berusaha dan terus menghadapi suka duka untuk ke penghujung maka kalian akan menemui cahaya yakni erti kejayaan buat kalian,

Kesimpulan dari admin,

Penulisan ini adalah nukilan hati.Tiada fakta dan informasi.Penulisan yang menggunakan kata-kata yang membawa minda kalian untuk memterjemah setiap perkataan yang HB sendiri susah nak faham.

Susah-susah faham baca sahaja hasil tulisan HB yang bertajuk  Tips Sangat Luar Biasa Untuk Berjaya

Sekian.Salam motivasi dan semoga menemui cahaya tersebut.

38 ulasan

Benar tu HB. Harapan tetap ada pada mereka yang tak putus asa dan terus berusaha, InsyaAllah. Kata orang, jangan mengaku kalah atau mengalah sebelum tiba waktunya kerana usaha tangga kejayaan.

Assalamualaikum,
Ujian dan cabaran adalah rukun hidup. Bahkan, kehidupan itu sendiri adalah ujian. Tatkala diuji barulah kita dapat menginsafi kelemahan diri, ketika itu kita terasa mahu mengadu. Tetapi pada siapa? Mintalah dengan sabar dan solat...Sabar adalah berusaha dan solat adalah doa permohonan. Bukankah Dia yang Maha Mendengar rintihan setiap hamba-Nya?

Zumal pun akan berusaha supaya sampai ke cahaya di hujung terowong ^^

Yang harus kita yakini bahwa Allah selalu memberikan yang terbaik Bagi hamba yang taat

Setiap kesuksesan pastilah melalui proses dan perjuangan yang luar biasa.. tulisannya inspiratif :)

Cahaya itu wujud cuma rasa hati manusia yang hilang keyakinan merasa selalu gelap..

sentiasa berdoa
moga2 kita sentiasa diberi cahaya

saya doakan kamu berjaya bro, jom sama sama kita berjaya

Mendalam kalau nak ditafsirkan "Cahaya dihujung terowong'.... Apa yg pasti, tiada siapa yg nak duduk kat dlm terowong yg gelap tu

cahaya di hujung terowong..wow rasa macam novel pula. tapi memang betul pun. teruskan usaha & sebelum itu serahkan pada Allah swt. moga akhir nanti cahaya tu kita dapat.

pendek kata jangan berputus asa..

Waalaikumusallam,

Memang tepat komen tuan...

bagus..semangat yang membaca tu..

hu..hu..terima kasih bro.

itulah yang dinamakan dugaan..

doa adalah senjata orang mukmin..

terima kasih bro..itu yang sebaiknya

saya pernah membaca teks sastera tentang cahaya dihujung terowong..sampai sekarang susah nak faham

paling saya nak cahaya iman dan hidayah

tajuk dia penuh maksud tersurat...bagi yan cabaran itu perlu sekata iman..kalau iman lemah cabaran walau sekecil zarah tetap kecundang jua..

Selagi hidup, selagi itulah harapan ttp ada.. in shaa Allah. Semoga kita semua sentiasa tabah dlm menghadapi dugaan yg mendatang... aamiin.

Dah cuba tampar muka dan hantuk kepala ke dinding...huhu..tersa sakitnya. So..konfem, saya tidak bermimpi...heh..heh
Semua orang tidak terlepas dari pelbagai dugaan dan cabaran. Moga tabah menghadapinya.
All the best & semoga suksess selalu HB :)

putus asa itu dilarang sebab itu akan membuat kita terpuruk

ya..kita kuatkan iman

semua harus kita lalui sebab dengan bgitu kita menjadi orang yang sabar dan ikhlas

betul tu..bro..mari kita kuatkan hati dan sentiasa tabah

hu..hu..dahsyatnya sampai hantuk kepala ke dinding..

thanks to support.

ya..saya setuju tu,,

Sentiasa bersangka baik pada Allah, pasti kita akan sentiasa yakin yang harapan tetap ada.

hehehe...memang betul-betul bersemangat nie. Xpe, saya pun yakin ini bukanlah satu mimpi...hehe

Setuju, berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa jemu, pasti yang diinginkan dalam genggaman.

Setuju, Allah pasti beri yang terbaik untuk kita

Nak sampai ke penghujung terowong tu memang perit. Boleh give up jadinya. Tapi bila dah nampak cahaya, Allahuakbar indahnya tak terkata.

harapan ada maka boleh berjaya

itulah nikmatnya kejayaan setelah melalui jerih payah dalam terowong tadi.

HB memang penulis apa?
Cuma belum dinovelkan je kan.
Hihi..

Hahaha.. baru teruja nak bace kot HB ada buat novel terbaru ker... ekekek...


EmoticonEmoticon