Bos Marah Apa Perlu Buat

Bos Marah Apa Perlu  Buat…Sebagai seorang pekerja kalian dan juga HB tidak akan lari dari perkara tersebut.Mahu dan tak mahu terpaksa menerima kenyataan bahawa setiap kemarahan bos perlu diterima dengan lapang dada dan fikiran yang terbuka.Sudah adat bekerja makan gaji kita semua akur dengan kehendak dan penilaian pihak atasan.

bos marah

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini prestasi kerja HB agak menurun.Ada sahaja perkara yang menjadi kesilapan dan titik tak puas hati pihak atasan buat HB.Apa kesannya terhadap HB.Boleh jadi  dua situasi.

HB boleh marah dan emosi terganggu.HB boleh mencari pula kelemahan pihak atasan untuk dibesarkan.Namun tak boleh macam tu.Soal kerja perlu etika yang tinggi.Bos marah maka HB terima dan nilai kembali punca kemarahanan tersebut.Jika benar buat apa nak marah kembali.

Keadaan kedua pula HB kawal minda supaya sentiasa berada pada landasan positif,gembira dan tenang.Memang sukar kerana manusia biasa.Ada emosi dan hati yang boleh berdolak balik.

Ramai pengamal motivasi termasuk HB (motivator blogger) akui bahawa perbezaan orang yang sukses dengan yang gagal berpunca dari cara mengawal pemikiran.

Orang sukses dapat mengawal pemikiran untuk berada dalam keadaan berhikmah dan bijak emosi setiap masa.Sebabnya anasir negatif mudah menyerang  emosi dan mengganggu fikiran.Tambahan pula persepsi kita terhadap sesuatu perkara berbeza dengan apa yang orang lain fikirkan.

Melihat kepada situasi sebenar iaitu HB kena marah bos maka HB mesti kawal diri supaya bijak emosi dan mengurangkan bayangan negatif dalam pemikiran.Mungkin tidak dapat 100 peratus.Sekurang-kurangnya 80 peratus dah kita terbaik supaya minda tidak letih memikirkan perkara tak baik yang berlaku ketika itu.

Apa kesannya terhadap HB dengan cara berfikir begini?.Sudah tentu HB lebih tenang dan waras menjalani kehidupan ini.Biarpun hakikatnya HB tak suka lagi bekerja makan dan tersangat ingin pula bekerja menjadi bos kepada diri sendiri.

Kesimpulan dari admin.

Bos marah merupakan cabaran bekerja.Ada banyak lagi dan jenisnya  ada pelbagai.Terpulang kepada persepsi kalian untuk bijak emosi atau emosi stress dengan cabaran tersebut.

Bagi HB mudah sahaja.Walau apapun pahitnya cabaran bekerja terima dengan hati yang rela paksa.Bila  bertemu masa yang sesuai maka ucapkan selamat tinggal kepada pekerjaan tersebut.Sungguh hidup ini ada pelbagai pilihan.Mengapa mesti buntu untuk mencari pilihan yang terbaik.

Mungkin sudah tiba masa untuk menulis ebook sebagai pilihan terbaik menjana pendapatan.Tak tahu nak tulis ebook dengan hebat boleh merujuk artikel yang HB tulis. >>>>>>Panduan Menulis Ebook Yang Terbaik

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.

53 ulasan

Mengawal emosi ketika marah memang sesuatu yang mencabar..
Utk peringatan kepada diri sendiri juga..harus sentiasa positif dan memperbaiki kelemahan diri..

dulu masa jadi kerani..klau bos marah..rasa cam nak cari kerja lain je..tapi tetap besabar coz tempat kerja tu best

Betul Islam seseorang tu bukan dilihat kepada pakaiannya, bukan pada nampak wara'nya, tetapi bagaimana dia kawal perasaan bila marah, bersabar dengan dugaan kesusahan, dan bagaimana menghadapi cemuhan apabila berada di puncak

Betul, bukan senang, api kalau lawan dengan api, akan jadi lagi marak, nanti habis rentung terbakar

Semua orang mesti ada pengalaman kene marah bos. tapi kalau kita ada staf, jangan lepaskan kemarahan pada mereka plak

Dulu-dulu pernah juga kena marah dengan boss yang tidak profesional. Apa pun itu satu pengalaman yang berharga dan menjadi satu iktibar agar kita tidak melakukan perkara yang sama.

saya suka dengan pandangan ini..

ambik pendekatan positif..

buat tak tahu aje la..hahaha...mesti ada kita buat silap sebab tu bos marah

Bos marah itu perkara biasa. Ambil positif dan berusaha tingkatkan prestasi.

ikutkan hati memang nak macam tu..

ya..insya Allah cuba tingkatkan prestasi

Mengawal emosi ketika marah sebenarnya kita bukan shj mengawal diri kita, malah mengawal bisikan syaitan yg suka dan mahukan kita marah.. wallahualam. Thanks sharing HB..

memang tepat sekali..marah hanya dibenarkan pada situasi tertentu sahaja

Dalam alam pekerjaan nih kita nak kena pandai mengawal emosi supaya keadaan dapat di kawalan

http://supernifzvitamin.com/category/video-testimoni/rahsia-tambat-hati-suami/

nasib baiklah sekarang ni MH lah kuli, MJ lah bos. jadi takde sapa nak marah hhaha

Beza orang yang berjaya dengan tak apabila dia boleh mengawal pemikirannya sendiri.

bos marah kita diam jer jangan lawan..pas duduk kat temapt duduk kita boleh kita pok pek jap heeee...

Bos Marah biarlah ia marah memang tempatnya ia marah kita kena diam saja kecuali bila kita tak buat kesalahan dan ia marah perlulah kita membela diri sikit

Bila Boss marah angguk jelah, diam, kalau salah perbaiki tapi kalau kita yang betul, nanti tak sampai 1 hari dah nampak boss yang salah hehe

orang paling kuat adalah orang yang boleh mengawal marahnya..

belajar pon ada masa kena marah . huhuu

Orang kata marah itu tanda sayang? Apa yang pasti adalah kita sebagai pekerja tidak boleh mudah melenting. Jika memang salah kita cuba terima segala teguran dan cuba yakinkan bos yang kesilapan berkenaan tidak akan dilulangi lagi. Jika bukan slaah kita pastikan kita terangkan pada bos dengan cara yang baik dan berhemah. Api tak boleh lawan dengan api :)

bila bos marah sabar je la..mungkin ad kesilapan yg kita bt tanpa sedar kan..

itu yang bestnya jadi tauke

begitulah yang sebetulnya

ha..ha..biasanya kita ada buat salah sebab itu mereka marah

memang ada logiknya..cara Rasullullah

belajarlah dari kesilapan kan..

api lawan air memang boleh

itu yang sebaiknya..

bos marah, kita marah dia balik.. hahaha

Kena banyak beristighfar kalo marah... :)

Kalo bos sy marah..dan mmg salah sy, sy akan diam dan mohon maaf..kadang2 senyum je... tidak akan bagi seribu alasan..sbb kalo kita banyak alasan.. bos akan lagi marah..

Aya pun suka dan setuju dengan pandangan ni.. :)

Diam2 je..dan jgn lawan.. diam tak semestinya kalah..hihi

sbb kalo lawan, tambah bos marah

Cuba perbaiki diri apa yang kurang..

Kalo nak marah..biarlah boleh menimbul keinsafan kat staf tu.. dan bukannya memalukan dan menjatuhkan maruahnya..

Aya pun nak jadi macam MH.. hihihhi

Setuju.. bukannya 6 pax ye...hihihii

Masa Aya jadi pelajar U dan doktor pelatih... selalu kena marah...hihi

tapi pekakkan telinga je.. tp pekak2 pun, Aya cuba baiki diri.. :)

tp xla pekak lagi..kihkihkih..nauzubillah.

kalau bos tgh berapi.. ambil air paip..siram kat dia....hihi

confirm dipecat.. hahaha

just kidding.. :)

Hahaha.. confirm dipecat tanpa notis...hihi...

Dulu masa kerja time bos marah memang diam je, sebab prinsip bos ni apa dia cakap semua betul kan?

Setiap orang ada pasang dan surutnya kan.. inikan pula Boss, banyak tekanan kalau.. memang siap sedia aaaa staf2nya...

Itu lah masalahnya, ada kalanya bos-bos nih EGOnya tinggi, tak nak dengar pendapat org bawahan

kalau bos marah, kita bersabar. dan ambil yang baik.
balik ke rumah, tinggalkan semua kerja di luar rumah, dan hidup seperti biasa ceria dan gembira. :)

Susah nak cari boss yang nak mendengar pendapat orang bawahan nih.


EmoticonEmoticon