5 Tips Sempoi Mudah Kurus

5 Tips Sempoi Mudah Kurus …Ada satu ketakutan bagi golongan ibu selepas melahirkan anak ialah badan cepat naik.Mereka merasakan satu tekanan jika mendapati tubuh yang berkembang macam belon ditiup.Dulu cantik menawan.Sekarang comel pulak bagaikan beruang gergasi panda yang berwarna hitan dan putih tu.Jangan pulak terasa.

sempoi untuk kurus

Antara tips yang berjaya HB kutip dari sumber-sumber online adalah seperti dibawah ini.Ada yang boleh diterima pakai.Tak kurang juga boleh ditolak mentah-mentah jika informasi untuk mudah kurus membahayakan kesihatan kita.

1.Menyusu badan

HB akui susu ibu adalah makanan terbaik buat bayi yang baru lahir.Biarkan bayi kalian menyusu sehingga usia 2 tahun,Sekiranya pengeluaran susu tidak begitu lancar HB ajak kalian untuk dapatkan produk set menyusu Shaklee di----> [SINI]

Itu manfaat untuk bayi.Namun manfaat untuk si ibu pula ialah dapat menguruskan badan.Dikata 500 hingga 800 kalori digunakan untuk menghasilkan susu.Tambahan pula penyusuan badan boleh menjarakkan kehamilan secara semula jadi.Selang masa yang panjang untuk hamil semula  adalah peluang untuk jaga badan supaya kekal kurus macam anak dara.

2.Banyakkan minum air kosong 

Minum air kosong jauh lebih baik dari minuman yang manis.Air manis ada kalori sedangkan air kosong memang kosong pun .Apa nak dihairankan.Fungsinya sama iaitu menghilangkan rasa haus.

Dengan meminum air kosong segala toksin  yang bersarang dalam badan dapat dikeluarkan.Pengumpulan toksin boleh memudaratkan kesihatan dalam jangka masa yang panjang.Sudah pasti ia juga boleh meningkatkan berat badan.

3.Makan makanan yang seimbang

ini adalah faktor teras untuk menjadi kurus dan baik untuk kesihatan bagi golongan ibu yang baru bersalin.Makanan seimbang membekalkan khasiat melalui susu ibu.

Si ibu boleh mengambil makanan berlemak dalam kuantiti yang  dibenarkan sahaja.Itu pun sebagai gantian kepada seseorang untuk mengekal kadar kolestrol yang diperlukan badan,Makanan yang seimbang memberi khasiat dan memanjangkan rasa kenyang.Kalian akan kurang rasa mahu makan.Akibatnya kalian akan lebih ramping dan mudah kurus

4.Menjalani terapi hipnosis

Terapi hipnosis boleh dilakukan sendiri atau dengan bantuan pengamal hipnoterapi yang bertauliah.Proses memasukan program baru ke dalam minda supaya lebih slim dan sentiasa menawan.Biar minda bawah sedar yang bekerja untuk kalian dalam usaha menguruskan  badan.

Perlu diingatkan terapi hipnosis boleh dilakukan oleh mereka yang bertauliah atau diri sendiri tetapi memang mempunyai asas ilmu hipnosis yang kukuh.

5.Rehat yang mencukupi

Rehat yang mencukupi bukan bermaksud tidur berlebihan.Orang yang cukup rehat maka fikiran lebih tenang.Ketenangan begini membantu mereka makan dengan teratur.Tidak ada alasan untuk makan melepaskan geram.Tau-tau sahajalah kalau makan ikut emosi.Mau tak makan 4 pinggan nasi beriani kambing.

Fungsi fisiologi badan juga lancar kerana rehat mencukupi.Pendek kata semuanya ‘steady’.Jadi apa nak risau lagi. Ini membolehkan orang yang mahu kurus kerana berat badan berlebihan  dapat melakukan dengan jayanya.

Kesimpulan dari admin,

Senang cerita ikut sahaja tips sempoi untuk kurus tersebut maka kalian akan mendapat hasil yang mengkagumkan nanti.

Tak percaya.Cubalah kalau berani.

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.

 

p/s : Ingin menjadi kumpulan pertama menjana pendapatan melalui peluang perniagaan telco terbaru jom klik di pautan >>.Dapatkan Info Best Mobile

38 ulasan

First time baca pasal hipnosis merupakan salah satu kaedah untuk kurus...Yang lain tu, in shaa Allah boleh di lakukan kalau berdisiplin...Mudah-mudahan dulu dan sekarang cantik menawan...huhu

Bab menyusu baby tu memang betul HB. Mek ila pun kurus semulajadi sebab susukan baby. Cuma pastikan kalori yang diambil tidak melebihi jumlah yang digunakan untuk aktiviti seharian. Kalo idak, memang susah nak kurus, hihi...

yeeyyy..menyusu ank mmg plg senang nk kurus..ank sulong x menyusu lama,mama pun kebabom..ank kedua Alhamdulillah menyusu badan & mama slim..hoyeayy!!!

Rahsia Kaya dan Bahagia Terbongkar!

yan tak berani cuba tips diatas

Kena belajar hipnosis la yer ^^

Badan sy pun mcm dipam2 lepas lahir anak kedua

Breastfeeding memang bakar lebih kalori tapi bukan bermaksud boleh makan lebih-lebih.. Hihi

minum kosong mmg sangat membantu spt kata bro...
selain tu, kurangkan makan pada waktu malam juga membantu..

Seorang Ibu selepas melahirkan memang biasanya selalu naik berat badannya...cara alami yang ampuh untuk diet yaitu minum air kosong/air putih...

semangat nak kena kuat gak
kena amalkan tips untuk kurus
buat 'sokmo'

Ya..hipnosis merupakan cara paling berkesan sekali.

kurus dan sihat bagus!

rugi kalau kaum ibu tidak gunakan peluang ini..

kalau tak berani..lebih baik jangan

fungsi hipnosis bukan itu sahaja

oh kasihan juga tu..

makan lebih-lebih memang la mau gemuk

makan malam memang cepat boleh naik

betul la..minum air sejuk memang bagus untuk kesihatan

semangat tu memang tidak dinafikan

Masa mengandung makan banyak, dengan alasan makan tuk 2 orang.. bila dah bersalin, haa... baru nyesal... ekekeke...

tak pe..rezeki budak tu

Macam-macam cara hendak teknik diet tetapi perlu lihat kesuaian. Tidak semua diet boleh tangkap muat nanti akan menjejaskan fungsi organ lain didalam tubuh.

wah informasi yang sngat bermanfaat nich, sayang banget untuk dilewatkan. :D
Salam kenal dari Pekalongan Indonesia. Salam satu rumpun :D

Nak kurus hati kena kuat..

terima kasih ya..sudi berkunjung ke blog ini

hati kuat dan cekal dengan dugaan..

Setakat ni badan masih kurus lagi.. tapi kena jaga juga amalan pemakanan kan.. thanks sharing HB.. :)

part terapi saya tak pernah buat heee.bab menyusu bayi bunyi macam menarik

Terapi hipnosis tu belum pernah mencuba lagi...

Saya sudah terlalu kurus hehe :)........ Jadi mesti mahu besar haha

bilaa boleh gemuk tuan..

ada baby baru memang dapat rasai pengalaman tersebut bro..

jangan cuba kalau belum ada asas yang kukuh dalam ilmu hipnosis..kesannya amat dahsyat

umur bro masih muda..perlukan makan lebih sedkit

Sebenarnya kita sudah diberikan panduan 1400 tahun dahulu, Makan bila lapar dan isikan hanya 1/3 ruangan perut. malangnya kita hari ini makan bersuap lima jari, tak cukup dua pinggan pulak tu..

ha..ha..itulah dinamakan nafsu..


EmoticonEmoticon