10 Ciri Isteri Ideal Buat Suami

10 Ciri Isteri Ideal Buat Suami…Ideal membawa maksud sempurna dan terbaik dalam serba serbi.Hakikatnya belum ada betul-betul sempurna yakni 100 peratus tanpa cacat cela.Namun konsep ideal yang ingin dikongsikan ini keupayaan sifat dan tabiat isteri yang boleh menyenangkan suami secara umumnya.Perlu ditekankan hampir sempurna sudah memadai buat para suami.

Isteri ideal

1.Bertakwwa kepada Allah.

Tidak dapat dinafikan.Ia adalah tuntutan yang paling jelas.Kalau dah ada sifat isteri yang bertakwa  kebahagiaan sudah berada dalam tangan.

2.Mencintai suami secara hakiki

Isteri yang mencintai suami untuk dunia dan akhirat.Hatinya tidak berbelah bagi.Suami adalah segala-galanya dan telah mendahului kepentingan kedua orang tuanya.Namun masih meletakkan kepentingan agama pada tempat paling atas sekali.

3.Setia yang sempurna

Isteri yang memastikan dalam hatinya cuma ada suami.Bukan kawan-kawan atau teman sejati.Malah setia sepanjang hidup.Suami dah meninggal dunia pun sanggup tidak kahwin buat kali kedua.

4.Penyimpan rahsia terbaik

Alangkah beruntung dapat isteri yang boleh menutup segala aib dan kekurangan suami pada pengetahuan umum.Rahsia yang bersifat peribadi dan bukan rahsia simpan dadah tau!

5.Minda yang cerdas

Tak guna wajah yang cantik tetapi minda kosong.Suami ajak berbincang tentang Best Mobile Prepaid tetapi memilih untuk berdiam diri dan senyum sorang-sorang.Faham tak apa yang HB maksudkan ini.

6.Ambil berat tentang kesihatan

HB tabik spring kepada para isteri yang menceburi bisnes shaklee.Mereka fokus untuk kesihatan luar dan dalam.Badan yang sihat lebih menarik berbanding badan yang selalu sakit-sakit.

7.Berhias untuk suami semata-mata

Tidak dinafikan ada sang isteri cuma bersolek untuk bos mereka jika mereka bekerja.Tak kurang kurang juga bersolek khas untuk pelanggan jika mereka ada bisnes produk kecantikan.Semua tindakan ini kurang bijak.Sepatutnya isteri berdandan secantik yang boleh  untuk suaminya  sahaja.Lebih molek kalau kepada  suaminya yang gatal-gatal tu supaya tak pandang wanita lain.

8.Menghormati suami

Meskipun seorang isteri itu berpangkat ketua pengarah sekalipun dia tidak boleh bersikap kurang ajar kepada suami yang cuma bekerja sebagai kerani cabuk.Apa yang hebat sangat pangkat dalam dunia ini sedangkan tiket ke syurga lebih kepada rasa tunduk dan taat kepada suami.

9.Tidak cemburu membabi buta

Cemburu penting namun cemburu membabi buta sudah keterlaluan pulak.Suami yang keluar rumah mencari rezeki diwajibkan membawa mobile CCTV supaya pergerakan mereka dipantau 24 jam.Ada ke patut?

10.Rela dimadukan jika ia adalah keperluan

Aduh!.Tentu para isteri panas hati pulak dengan HB.Adalah lebih baik redha dengan ketentuan jodoh jika suami berpoligami,Itupun jika si isteri tadi tidak mampu melahirkan zuriat,keinginan libido suami terlalu tinggi dan paling penting suami adalah insan yang adil,bertakwa dan mampu serba serbi.

Kesimpulan dari admin,

Kini terpulang kepada pembaca sekalian terutama para isteri untuk berusaha menjadi isteri ideal buat suami.Jika susah-susah dengan point yang lain maka point yang 10 tu patut juga diambil kira dengan serius.

Seandainya susah juga nak jadi ideal buat suami maka HB ajak kalian baca artikel Cara Isteri Untuk Sayang Suami.

Bagaimana pendapat para isteri diluar sana.Jomlah kongsikan dalam ruangan komen bawah ini.

Sekian.Salam motivasi dan hargailah kebahagiaan rumahtangga setiap masa.

47 ulasan

Di pejabat isteri berpangkat tinggi, di rumah menghormati suami.

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Setuju dengan semua perkara di atas kecuali yang no 10...sebab perlu tapisan pemeringkatan melebihi 18x...hohoho

tak sanggup tengok nombor 10 tu. keh3

Memang seronok kalau dapat jadi isteri yang ideal buat suami. Harapnya suami juga begitu, jadi janganlah buat yang nombor 10 tu ye, hihi...

Jom kita semua jadi isteri yang ideal untuk suami kita.. :)

no 9 tu lawak...boleh buat tu kat suami...hahahaha

No. 10 tu mereka fikir banyak kali..

masih banyak belajar dan mencari kekurangan lagi ibarat masih belajar dapat baby baru..hari demi hari mahu terbaik dan muhasabah diri ;)

Alamak nombor 10 tu bikin panas hihi
yang nombor 1-9 tu setuju sangat terutama jadi penyimpan rahsia... :)

WAJIB Hormat suami walaupun si isteri berpangkat tinggi. Syurga isteri di bawah kaki Suami.. :)

yg ke -10 yang susah skit ya...hihihihi..

Perlu iman yang kuat tu DT.. huhuhu..

Teringat kisah LAWAK seorang ustazah..
Sy sangat2 setuju kalo suami mau beristeri lagi..
Tapi..
Biarlah bukan suami saya..

hehehehe

Kalo si Suami tu kuat escape masa kerja..mcm mana tu? hihihihihi

Mungkin susah nak dpt suami yang betul2 boleh bersikap adil kan kalo bermadu,, :)

10 tu yg eeemmmm.... hihihi

selalu jadi gurauan suami yang nombor 10 tu... selalu juga saya cakapkan silalah cari...

memang penting muhasabah diri..

satu saranan yang baik sangatlah..

gurau-gurau macam memang tak akan ada punya..percayalah

orang yang diam-diam tu yang bahaya..

biarlah isteri itu yang cerdik dan solehah, penyejuk mata penawar di hati

Yang no 10 tu berat sikit rasanya,,yang lelaki memang suka...

Dalam perkahwinan ni semua nak jadi yang terbaik, tapi dua-dua perlu saling membetulkan kekurangan. Mesti suami suka sangai kalau dilayan bagaikan seorang raja, tapi jangan lupa buatkan isteri terasa bagaikan permaisuri :)

bagi seorang lelaki syurga bawah tapak ibu..

Kalau mampu jadi seperti Saidatina Khadijah yang pandai menjaga penampilan diri dan tidak berleter maka tiada sebab suami perlu mencar MADU untuk isterinya :)

memang itu yang kita nak..

kalau bukan keperluan abaikan sahaja..ia adalah kehendak bagi kebanyakan orang..

Wah... tips menarik nih... boleh perbetulkan memana yang kurang.

memang perlu timbal balik..baru harmoni

betul tu..satu cabaran buat isteri

begitulah hakikatnya kita perlu sentiasa membaiki diri supaya lebih baik

Kena sentiasa menyemarakkan perasaan cinta kepada pasangan... Jangan pernah ada rasa bosan...

istri harus selalu menyadari bahwa suami adalah ladang pahala untuk mendapatkan surga yang dijanjikan oleh Allah SWT

Sempurna di mata suami walaupun tidak sempurna di mata orang lain kan.

Wah, yang no . 10 tu memang macam "hot" sikit hehe. Suami isteri dijadikan untuk saling melengkapi. Tolak ansur dan jangan cepat melenting. InsyaALlah aman rumah tangga.

Bagaimana pula dengan 10 ciri suami ideal buat isteri?

hahaha..tiada yg sempurna cuma pasangan tu melengkapkan..yg no 10 tu suami kena la didik isteri betul2..klu suami x mampu didik isteri agar redho & terima madu seadanya, kte cari 10 ciri lelaki ideal utk pilih sbgai calon suami...hihihi

Rahsia Kaya dan Bahagia Terbongkar!

bestnya kalau ada isteri berfikiran begini

kalau macam tu..untung sungguh jadi sang suami

saya suka dengan komen ini..

he..he..tak mau nak mengalah ke?..boleh puan tulis tu

ini cabaran sebenar buat lelaki yang bergelar suami.

Isteri yg baik pasti memudahkan jln sekeluarga ke syurga...

Beruntung suami dapat isteri solehah..

alamak...kenapa perlu ada no 10 tu.haha...
sebelum nak buat yg no 10 tu, pastikan sunnah yang lain lengkap terlebih dahulu..
kalau rasa tidak mampu lengkapkan tahajud, subuh di masjid, solat awal waktu tanpa fail...lupakanlah ye..haha


EmoticonEmoticon