Tips Bagaimana Hadapi Ujian Hidup

Tips Bagaimana Hadapi Ujian Hidup…Selagi kalian bernama manusia maka ujian hidup adalah pasti.Tidak seorangpun akan terlepas.Tak kira siapa,agama,budaya dan etnik.Malah ujian hidup tak memilih sama ada kalian orang paling kaya ataupun orang paling miskin.

ujian hidup

Bentuk ujian hidup memang berbeza antara satu sama lain.Ada yang tersangat berat.Tak kurang juga sipi-sipi sahaja,Sebab selagi kalian bergelar manusia ujian hidup adalah mainan dunia buat kalian.Kan dalam permainan ada masa seronok,derita dan biasa-biasa sahaja.

Cuma yang HB nak kongsikan dalam enrti yang ringkas ini adalah tips bagaimana hadapi ujian hidup.Terpulang nak ikut atau tidak,HB tak kisah kerana masing-masing punyai pendapat yang berbeda.

1.Terbitkan rasa syukur

Dah diuji pun nak bersyukur.Biar betul HB nie.Ahh..tutup sahaja blog ini.Opss..nanti dulu.HB serius ini.Mari kita semak rasionalnya ujian hidup.Mungkin tempat kita berbeza.Rupa paras juga berbeza.Namun hakikatnya kita dicipta oleh Maha Pencipta yang satu yakni Allah SWT.Kita masih hidup.Kita menghirup udara yang sama secara percuma setiap hari.

Sudah pasti Alllah SWT  Maha Mengetahui akan kehadiran kita di dunia ini.Maka sebab itu Dia uji kita sama ada kalian atau HB bersyukur atau tidak.Orang bersyukur diberi nikmat berganda-ganda.Tak semestinya hanya bersyukur dengan pemberian sejuta ringgit.

Bersyukur juga diberi sejuta ujian hidup.Sebab Allah suka kepada kita.Allah sayang kita.Allah rindu dengan ingatan kita terhadapNya.Jadi sebaik-baiknya kalian dibagi ujian supaya mesej kasih sayang Allah sampai ke sanubari kita setiap masa.Malunya kita kalau  mesej dalam Whatsapp,Facebook atau Tweeter disanjungi tinggi sebaliknya mesej dari Allah SWT kita abaikan begitu sahaja.

3.Tingkatkan rasa sabar

Ayat skema.Ada ujian bawa bersabar.Namun betapa ramai dikalangan kita yang faham maksud sabar dalam ertikata yang sebenar.Pergh..ayat karangan sekolah dulu-dulu.

Sabar adalah satu indikator perasaan yang ada skala tertentu.Tahap kesabaran manusaa sangat berbeza.Ada yang rendah.Ada yang tinggi.Mereka yang mempunyai kesabaran yang tinggi menampilkan ciri-ciri tenang,wibawa dan cool.

Rasa sabar dapat dibentuk dengan cara pemikiran.Orang yang berfikir positif dan selalu bersangka baik mendatangkan perasaan sabar ke dalam hatinya.Memang cara paktikal sabar mudah disebut tetapi penghayatan secara dalaman siapa yang tahu.Ingat sabar adalah sebahagian dari iman.

Andainya kalian ketika ini menghadapi ujian yang gentir dan berat maka HB sarankan untuk bawa bersabar.Sebab dengan bersabar dan solat,insya Allah banyak ujian dan rintangan dapat diatasi dengan mudah.

3.Kekalkan rasa tenang

Rasa tenang amat perlu ketika menghadapi ujian hidup.Tiada siapa yang boleh menyangkalnya.Melalui ketenangan sahajalah daya pemikiran kita lebih waras.Lebih fokus tanpa dipengaruhi emosi.

Sebagai orang yang meminati ilmu hipnosis, rasa tenang adalah intipati untuk menghipnosis diri atau para klien.Sedar atau tidak kita yang beragama Islam dituntut solat lima waktu supaya jiwa lebih tenang.Dengan ketenangan itu kita boleh melakukan sebarang aktiviti harian dengan lebih sempurna.

Persoalannya bagaimana nak dapat ketenangan jika ujian hidup terlalu berat,sukar dan mencabar kemampuan diri.

Jawapan yang boleh HB berikan ialah baca tips no.1 dan no.2 dan seterusnya no..3.Jika tak berkesan juga jumpa kaunseling kerana mereka lebih pakar dan arif untuk mengurus emosi yang terganggu.

 

Kesimpulan dari admin,

HB faham bahawa ujian hidup adalah ‘makanan’ bagi orang yang hebat,terbaik dan kuat.Siapa mereka ini kalau bukan kalian.Ingat minda separuh sedar kalian adalah koordinator hidup  untuk berjaya atau sebaliknya mengharungi ujian hidup.Ia boleh berakhir namun kitaran akan bermula setelah ujian yang pertama berakhir.

Sekian.Semoga kalian faham apa yang HB tulis ini.Jika tak faham juga alihkan pembacaan ke blog Buku Online pula.

31 ulasan

Selama kita hidup kita akan terus menghadapi ujian untuk melihat kesabaran dan keimananan kita dan pahala yang tidak terhitung telah disediakan untuk orang yang terus bersabar
Terimakasih atas penilaian templatenya satu pekan ini memang lagi sibuk ganti template cari yang terbaik

ha..ha..memang betul...dah nama hidup pasti ada ujian!

Ujian memang menguji kesabaran. Ujian juga memberikan pengalaman. Tapi harus sentiasa berfikiran positif...setiap atau sesuatu yang Allah atur itu, mesti ada sebabnya. Wallahua'lam.

Nice sharing HB. Tq

Ujian memang menguji kesabaran. Ujian juga memberikan pengalaman. Tapi harus sentiasa berfikiran positif...setiap atau sesuatu yang Allah atur itu, mesti ada sebabnya. Wallahua'lam.

Nice sharing HB. Tq

Ketiga-tiga tips itu semuanya ada dalam solat, kan.
Subhanallah. Untung kita sebagai Muslim kerana Allah dah ajar kita untuk dapatkan ketiga-tiga perkara itu dengan satu ibadat saja. Belum kira ibadat-ibadat lain lagi.

syukur kerana bila diuji kita semakin kenal realiti hidup..kalau tak diuji mungkin kita semakin jauh..

memang betul tu..mesti berfikiran positif!

ya..memang sangat beruntung menjadi orang Islam..

ada sebabnya kita diuji tu..

Setiap insan pasti menghadapi ujian yg berbeza. Semoga kita semua sentiasa diberi ketabahan utk menghadapi segala ujian yg diturunkan... aamiin.T kasih atas perkongsian tips & nasihat ni HB.

Allah takkan menguji kita diluar kemampuan kan? Stay positif and yakin Dia sentiasa ada.

thanks for the tips.. :)

orang yang tabah lebih rilek..

semoga kita semua berfikir macam nie,,,

Betul tu. Menjadi insan hebat memang tak mudah tapi jika kita dapat mempraktikkan
3 perkara yang HB tuliskan pun dah kira hebat benar dah tu. Saya kena banyak muhasabah diri.
Terima kasih untuk perkongsiannya HB.

bab muhasabah diri..sangat penting

Ujian boleh dalam bentuk kesusahan tapi boleh juga dalam bentuk kesenangan

ada lima gan dalam hidup yang perlu kita fahami
1. berpikir
2. berencana
3. bekerja
4. menikmati
5. bersyukur
semua tidak bisa kita tinggalkan dan semua harus dijalankan dengan keyakinan, kesabaran, dan ketenangan.

dalam bentuk kesusahan lebih sakit ho..ho..

terima kasih kerana berkongsikan pendapat ini..

ujian hidup pasti ada... yakinlah kita boleh hadapinya kerana Allah tahu kita mempu melalui ujian yg diberikan....

Entri terkini Manan : Rumah Selangorku, Dibuka Untuk Jualan.

ya...tepat sekali tuan!

Diuji sebagai tanda peringatan dan juga kasih sayang Allah kepada hambaNya. bayangkan jika selalu sahaja senang mesti kita akan leka

http://www.kakyongcun.com

Syukur, sabar dan tenang memang yang paling diperlukan untuk menghadapi ujian hidup

sebagai manusia..kita hidup takkan lari daripada menerima ujian

Di setiap ujian itu ada rezki melimpah ruah yang akan hadir, itupun kalau kita bersabar dan redha.

sabar dan redha itu paling utama..

Ujian yang Allah berikan kepada kita adalah mengikut kemampuan kita...Allah tak pernah zalim kea tas umatnya....

Kita kena kuat dan tabah dalam menghadapi setiap ujian dari NYA

Insyallah hidup akan aman dan tenteram

tip yang bagus sekali yang boleh kita amalkan. Allah memberi ujian ke atas hambanya mengikut iman. sekarang ini, dunia kita penuh dengan cabaran dan dugaan. kita kena banyak bersabar dan berdoa kepada Allah untuk mnghadapi cabaran hidup. nk berhijrah menjadi baik ada ujiannya. so, kena la banyak bersabar dan pandai mengatasi ujian yang dihadapi dalam hidup.

tip yang bagus sekali yang boleh kita amalkan. Allah memberi ujian ke atas hambanya mengikut iman. sekarang ini, dunia kita penuh dengan cabaran dan dugaan. kita kena banyak bersabar dan berdoa kepada Allah untuk mnghadapi cabaran hidup. nk berhijrah menjadi baik ada ujiannya. so, kena la banyak bersabar dan pandai mengatasi ujian yang dihadapi dalam hidup.


EmoticonEmoticon