Rahsia Tabiat Wanita Berdasarkan Payudara

Rahsia Tabiat Wanita Berdasarkan Payudara…Maaf dipinta sekiranya entri yang HB tulis ini kurang menyenangkan setengah pihak.Namun itulah realitinya dalam bidang perkongsian ilmu.Ada juga yang teruja nak tahu terutama golongan hero seperti HB.Ilmu yang bagus cuma tidak perlu diyakini 100 peratus.

Wanita adalah pelengkap kepada kehidupan lelaki.Tanpa wanita apalah ertinya lelaki.Namun wanita beriman adalah sebaik-baiknya perhiasan dan mereka ada pakej kecantikan yang mempersonakan.Antara perkara yang boleh memukaukan lelaki (lebih manis kalau suami) ialah payudara.Ia ada aura dan boleh memberi tafsiran tabiat wanita berdasarkan bentuknya.

payudara

HB temui ilmu ini dalam sebuah buku ‘Membongkar Rahsia Hidup Masyarakat China’ hasil penulisan Budi Liong.Memandang sumbernya dari penulis buku bukan Islam maka HB anggap ia adalah satu bentuk ilmu penambah rasa.Bukan penambah iman.Wajib tahu membezakannya.
Dah bersedia semua.Jika dah jom kita telusuri info ini dengan penuh keterbukaan minda.Bukan dengan kerakusan nafsu semata-mata.Bak kata kawan kelas HB dulu,ikut rasa binasa dan ikut nafsu lesu.Kalau ikut iman maka itulah yang sebaik-baiknya ikutan.ho..ho..bukan K-Pop tau!

Wanita ada 6 jenis bentuk payudara.Bentuk-bentuk ini menggambarkan perwatakan atau tabiat seseorang wanita.Benar atau tidak kalian fikirlah sendiri.HB sekadar berkongsi ilmu yang jarang-jarang diceritakan secara umum:

1)Bentuk piring

Bentuk ini adalah leper dan mendatar.Ya,sama macam piring.Mereka berasal dari keluarga yang ketat pelaturan hidupnya.Selalunya pendiam dan kurang mempercayai insan yang bergelar lelaki.Kononnya dikatakan kurang subur dan mudah diserang penyakit.Jika bertemu jodoh dengan suami yang baik maka kebahagiaan dalam tangan.

2)Bentuk mangkuk

HB tak pasti nak gambarkan mangkuk yang mana satu.Mungkin mangkuk porselin atau melamin.Payudara jenis mangkuk ini terbahagi kepada dua jenis.

Jenis yang padat merupakan wanita yang mempunyai keinginan nafsu batin yang tinggi.Sekiranya mendapat suami yang kurang kukuh kewangan maka rumahtangga akan sering bergolak.

Jenis yang lembut pula kurang nafsu batinnnya.Mereka sedia berkorban untuk menjadi ibu yang baik buat anak-anak dan isteri yang terbaik kepada suami.

3)Bentuk bola

Bentuknya lebih montok berbanding bentuk mangkuk.Jika suami kurang bijaksana maka kehidupan rumahtangga dipenuhi pertengkaran.Ini kerana wanita yang mempunyai payudara bentuk ini suka mementingkan diri sendiri.Mereka juga cenderung untuk curang kepada suami.Sebab itu suaminya mesti menjadi orang bijak untuk mengawal dan mendidik isteri kategori ini.

4)Bentuk bukit

Sesiapa memandang (dosa) atau terpandang sekali (rezeki) wanita yang mempunyai payudara berbentuk bukit akan terpesona.Wanita jenis ini sangat kuat dan tabah menghadapi cabaran hidup.Tidak akan mengeluh walaupun hidup susah,

Suami yang mempunyai isteri kategori ini mesti bersikap lemah lembut terhadap mereka terutama ketika berlaku konflik.Hebatnya mereka ini kerana mudah lembut hati terhadap suami yang dicintai dan boleh melahirkan ramai anak.

5)Bentuk betik

Jenis idaman ramai lelaki kerana bentuk seperti betik.Mungkin macam buah betik itu sendiri.Sedap dan menyelerakan.(jangan fikir bukan-bukan).Jenis bentuk betik ada dua jenis iaitu padat dan lembut.

Jika jenis padat maka hasrat dan keinginan untuk ‘gitu-gitu’ sangat tinggi.Sudah tentu sesuai banget kepada suami yang cenderung juga dalam bidang yang sama.Senang cerita satu kepala atau geng kamceng suami isteri.

Sebaliknya jenis lembut dalam kategori biasa.Mereka boleh menjadi suri rumah yang baik.Kebiasaanya tubuh mereka montok dan menyenangkan para suami mithali.

6)Bentuk V menurun

Rupanya hampir sama macam bentuk betik.Namun tidak berisi dan kendur macam orang yang dah lanjut usia.Perwatakan mereka suka diberi perhatian.Wanita kategori ini pandai urus rumahtangga dan menjaga anak-anak.Tentu beruntung kepada suami yang komited dengan kerja.Jarang berada di rumah namun ada isteri yang terbaik untuk menjaga anak mereka.


Kesimpulan dari admin,

Kalau dalam buku ada gambarajah.HB segan pulak nak lukis.Sebab itu HB biarkan kalian bermain dengan imaginasi untuk memahami bentuk payudara dalam mengenali tabiat mereka.

Sekiranya  betul mungkin kebetulan kerana pemikiran HB terletak pada keyakinan bahawa apa jua yang berlaku semuanya dengan izin Allah SWT.Yang pening jangan terlalu percaya.

Lagipun sesiapa yang berani nak mempertikaikan kenyataan,sebaik-baiknya kejadian ialah makhluk bergelar manusia.

Sekian.Salam motivasi dan semoga mendapat manfaat dari informasi yang HB kongsikan ini baik para pria maupun wanita itu sendiri.

Rujukan E-book Terbaik

[B] Panduan Percuma Untuk Suami Menjadi Hebat Atas Ranjang
[C] Panduan Untuk Wanita Yang Ingin Bekerja Dari Rumah
[D] Panduan Untuk Menjadi Orang Kaya Yang Diberkati
[E] Panduan Untuk Lulus Temuduga Pembantu Tadbir

20 ulasan

kalau nak besarkan, kena ikut keperluan dan panduan kesihatan.

aduh tak tahu nak komentar apa masalah ini tak ada pengalaman

:-)) tak perlu kata apa2...

tak boleh nak percaya sangat ni

bentu payudara pun boleh menentukan personaliti wanita tu ye.

original lagi bagus bro.he..he..

tak pe kalau tak komen ..

itu yang sebaiknya..

konon-kononya mcam gitu lah.

hahaha...dah jadi pakar sakit puan ke bro sekarang nie

ilmu mesti pelbagai bro..

Haha bagus info ini..
Tapi pucuk pakalnya dari hati wanita itu sendiri..

Singgah sini

Belajar SEO

Kain Cotton Cantik2

Jemput Singgah yer..

tapi tak digalakkan untuk percaya 100%

Membaca untuk pengetahuan :)

sekadar pengetahuan tak salah.

hehe...org pompuan baca terus tengok cermin. ekeke...

jangan pecahkan rahsia di sini.la..he..he..


EmoticonEmoticon