Petua Mudah Elak Jiwa Lara

Petua Mudah Elak Jiwa Lara …Bumi mana yang tak ditimpa hujan.Begitu juga dengan hati manusia.Hati siapa yang tak pernah dirundung lara dan dukacita.Selagi manusia itu berada pada paras normal maka senario ini pasti  kalian hadapi jua.Jika bukan dahulu.Mungkin sekarang.Kemungkinan juga pada masa yang akan datang.

jiwa lara

Punca jiwa lara dan hati berduka kerana mainan emosi.Mereka disaluti keresahan dan masalah dunia yang bertimpa-timpa.Bukan semua orang ada kestabilan emosi.Ada yang rapuh.Namun begitu ada yang terbaik.Orang tersebut jika memiliki hati yang kuat,sabar dan tenang dalam menghadapi apa jua dan keadaan.

Bagaimana petua mudah elak Jiwa Lara ….

Maafkan HB kerana entri ini hanya sekadar pendapat.Jika kalian betul-betul menghadapi masalah psikologi yang kronik dan komplek,jangan bertangguh untuk menemui pakar perubatan.Mereka ada kelayakan dan pengalaman untuk membantu kalian secara hand on.

1.Berfikiran positif

Satu teori mudah.Namun secara praktikalnya tak semudah teori yang dinyatakan ini.Berfikiran positif boleh kita perolehi dengan kuasa iman atau rasa yakin kepada Allah SWT.Semua yang berlaku atas keizinanNya dan memberi hikmah yang tak terjangkau oleh pemikiran kita masa kini.Jadi walau apapun berlaku  tolonglah diri sendiri untuk berfikiran positif tahap optimum.

2.Luahkan masalah

Jangan simpan terlalu lama.Jangan dipendam.Luahkan masalah kepada mereka yang dipercayai.Cari pakar kaunseling.Tak jumpa mereka boleh cari Pakar  Hipnosis .Mereka ada kepakaran untuk mengalihkan perasaan kurang sihat pada diri kalian.Jangan pulak cari HB kerana HB belum dapat lagi ilmu tersebut secara lengkap.Silap hari bulan HB pula merana kerana tak tahan mendengar  masalah kalian.

3.Pendekatan agama

Ini adalah panduan terbaik antara terbaik.Kalian tiada petua mujarab selain menggunakan pendekatan agama.Bagi penganut Islam, mereka terlalu beruntung kerana sudah ada manual kehidupan iaitu Al-Quran dan  As-Sunnah  dari penghulu segala Nabi, Rasullulah saw.Baca ayat al-Quran,berzikir,berselawat, dan beristighfar sebagai terapi hati yang paling berkesan.Ini belum lagi solat kerana kesan solat yang khusyuk terlalu luar biasa untuk memberi ketenangan kepada jiwa lara.

 

Kesimpulan dari admin,

Sejujurnya petua mudah elak jiwa lara terletak kepada diri masing-masing.Jika kuat emosi maka tidak mudah goyah.Sebaliknya jika hati goyah maka meranalah jawabnya.

Sekian.Salam motivasi dan berusahakan untuk tidak menjadi manusia yang mudah alami jiwa lara.Tak baik tau!

 

p/s :Jemput  baca preview ebook di blog Buku Online

26 ulasan

tips berguna...positif..istihgfar...selalu yan amalkan..tapi kadangkala nangis juga boleh melega kan hati yg lara...

Aku kalau jiwa kacau mudah je..ambik kunci keta, kuar jalan2 atau lepak dengan kawan2 share masalah tu.

berfikiran positif adalah pilihan saya, ia membantu saya bekerja dengan tenang.

sis selalu positifkan diri yg itu adalah ujian . dgn cra itu , kita dpt terima dgn redha ...

Petua yang sangat berguna.. Aya cuba sentiasa berfikiran positif.. kadang2 negatif juga..hihihi

Pada saya, untuk mengatasi jiwa lara ni kita kena kembali pada Allah macam yang HB sebut dalam nombor 3 tu. itulah sebaik baik penawar.

Dengan masalah ekonomi dan sosial dewasa ini memang ramai yang menghadapi masalah jiwa..Kalau tidak dirawat boleh masuk TR..

terima kasih dengan petua ni.

udah2 la tu bro meh sini gua pujuk tak payah nak berjiwa lara dah..hahaha

jiwa lara ni tak boleh dibiarkan melarat. kalau jenis yang tak kuat tu rasanya cara terbaik sibukkan diri dengan perkara2 lain.:)

kalau ada peluang nak nangis..apa salahnya

time memandu tu..hati-hati ye!

tidak dinafikan berfikiran positif adalah sebahagian dari cara untuk hilangkan jiwa lara.

ya..itu memang saya setuju..ambik hikmah dari ujian yang melanda diri...

itu memang cabaran buat kita semua..

semoga info ini bermanfaat kepada mereka yang memerlukan..

kalau dah kronik..TR adalah tempat yang sesuai!

kalau masalah dah selesai baru dapat guna LPG..kedai banyak tutup

kalau macam tu..sokongan !

Sentiasalah kita berdoa agar dikurniakan jiwa yg sejahtera setiap masa... aamiin.

kalau dah start rasa lara tu cepat-cepat baca al quran insyaAllah nanti tenang kembali..

doa adalah senjata orang mukmin..

ya..itu yang sebaiknya..

Setuju sangat nih.. tetambah part yang last tuh.. pendekatan agama... itu lah yg paling penting sekali...

http://supernifzvitamin.com/pancit-selepas-travel/

pendapat yang tepat sekali..


EmoticonEmoticon