Menulis Blog Dengan Sentuhan Emosi

sentuhan emosi

HB baru nak belajar menulis blog dengan sentuhan emosi.Dulu-dulu main belasah.Janji sedap dibaca.Senang difahami.Namun sekarang cuba menerapkan elemen emosi dalam penulisan.Tak sangka selama tiga tahun menulis blog dapat juga konsisten membelanjakan wang untuk syarikat penyedia internet.Jika dikumpul boleh membeli laptop baru tau!

Secara praktikalnya memang tak untung pun.Tak balik modal.Namun secara teorinya HB semakin yakin untuk menjadi blogger yang ada pendapatan  jenama.Walaupun bukan sekarang,insya Allah esok lusa akan menjadi juga segala perancangan dan strategi.

Semasa bergiat cergas dalam dunia Multi Level Marrketing suatu ketika dahulu,HB telah diajar untuk membuat promosi produk dengan sentuhan emosi.Ceritakan perasaan dan pengalaman.Itulah dinamakan testimonial.Lagi menarik testimonial maka lagi mudah untuk menjual produk.Letakkan diri bakal pembeli sudah menikmati produk tersebut.Baru mereka tertarik untuk membeli.

Konsep ini seakan sama dengan menulis blog.Lebih-lebih lagi blog yang mempromosikan produk Shaklee.HB saja nak kasi promosi untuk tolong rakan-rakan blogger.Tak salah kot.

Sebagai penulis blog Buku Online sudah tentu HB ingin menulis cara meluahkan emosi.Biar pembaca rasa seronok dan gembira ketika membacanya.Lupakan dulu soal dapat atau tidak habuannya.Apa yang penting dapat  menukar pembaca kepada pembeli.Jika bukan hari ini mereka boleh berkunjung lagi pada masa-masa yang datang.

HB cukup tertarik dengan cara denaihati menulis menggunakan sentuhan emosi dalam entri berkaitan Kisah Malang Di Kaunter Bank.Beliau menulis berdasarkan pengalaman dari pemerhatian sekeliling.Sesiapa yang membacanya pasti akan tersentuh emosi mereka.

Manusia suka dengan kisah peribadi.Lebih lebih lagi kisah yang ada persamaan dengan mereka.Misalnya kisah blogger yang berjaya menjana pendapatan dari blog.Kalau tak, kisah Fatin Liyana yang menemui pasangan hidupnya.Ramai yang teruja dan ada juga blogger bujang yang geram mengigit jari kerana terlepas peluang.Ini semua adalah kesan ke atas emosi ingin tahu,cemburu dan seronok.

Sebab itu menulis blog menggunakan niche peribadi lebih disukai pembaca.Mereka akan meninggalkan komen berbanding blog informasi.Cuba perhatikan pada blog begini hanya dibaca dan jarang-jarang ada reaksi berbentuk komen.

Kesimpulan dari admin,

Tulislah blog dari hati.Baru ada sentuhan emosi.Tak mesra SEO tak apa.Yang penting ada pembaca setia yang sudi singgah beberapa kali.Sebetulnya pembaca rasa puas dan berbaloi meluangkan masa dalam blog kalian.

Sekian salam motivasi dan semoga jumpa lagi.

Pesanan Komersial.
Khas buat kaum ibu muda >>>>Set Menyusu Mak Jemah

37 ulasan

saya harapkan blog ini bisa melangkah lebih jauh ke taraf lebih tinggi seperti para legend lainnya

ya..ini doa yang bagus!..terima kasih mas !

suka part kesimpulan tu. hehe.

all the best dan teruskan menulis. :)

walau niche apa yg kita pilih , walau gaya mana kita menulis , pembaca tetap ada . Manusia kat dunia ni kan ada pelbagai sifat dan kesukaan ... positif je .

Menulis dengan sentuhan emosi?..Macam menarik tu. Kalau apa yang ditulis tu dari pengalaman peribadi, mesti akan jadi lebih exclusive...sbb orang lain tak tulis, hanya itu lah satu.
***Pandangan dari pembaca,..mungkin setelah banyak membaca artikel2 yang hanya berunsur fakta, sesekali membaca 'sesuatu' yang lain dari yang lain...macam best aje...huhu

Memang best menulis dengan sentuhan emosi tapi tak semua orang berjaya buat kan ?
Apa pun moga blog HB terus sucess .

terima kasih... kita semua masih belajar untuk memberikan sentuhan emosi tahap tinggi... agar mampu dishare dengan sesama pembaca dalam apa juga media sosial

yalahkan..ada pembaca setia untuk menemani blog kita

nak pembaca datang ramai-ramai baru best

pengalaman peribadi itu penting..dan ia tak mungkin sama dengan orang

ya..betul tu..terima kasih kerana bagi sokongan..

proses belajar memerlukan masa..

Sama jugalah HB, saya pun masih belajar dan inshaa Allah akan terus belajar.
Baiklah HB ni suka tolong kawan-kawan, semoga HB juga akan terus kaya dan berjaya :)

tolong-tolong itu kerja mulia..tak rugi pun..

Susah jugak nak menulis dengan ada entuhan emosi ni...

bila dah berlatih ..semuanya akan menjadi mudah

Oh, Blog Buku Online tu pun HB yang punya. haha. ingat orang lain punya.

baru saya tahu kenapa blog saya tak ramai orang komen macam blog yang tulis niche peribadi sebab blog saya adalah blog melontarkan pendapat. baru sedar diri. haha

Memang setuju dengan HB... Kita kena lah tulis dari hati.. baru orang jatuh hati nak bace kan....

http://supernifzvitamin.com/category/video-testimoni/kekal-bertenaga-walaupun-sibuk-seharian/

ya..saya penulis blog tersebut..

Blog tuan memang menarik..faktor kurang orang komen mungkin blogwalking tak cukup lagi tu..

Idea yang sangat bagus. Mungkin ada yang terlepas pandang akan kepentingan sentuhan emosi ni melalui blog. Rata-rata akan menggunakannya ketika tengah meluahkan rasa marah terhadap sesuatu sahaja.
Alangkah bagus nya kalau dapat digunakan ke arah kebaikan. Dah tentu ramai yang suka singgah.

Kalau tulis dari hati memang yang membaca akan terkesan. InshaaAllah

kalau nak tahu sentuhan emosi biasanya ada dalam emel orang yang bermasalah

itu yang kita mahu..ada heart touching

ya..saya bisa juga setuju nie..

nak menulis kena datang dari hati. memang suka ayat tu

dalam blog pun memang kena ada unsur emosi, apatah lagi kalau kita tengok rancangan tv pun pandai betul memainkan emosi penonton, walau jalan cerita macam tak lojik tapi emosi tu buatkan orang tak berganjak dari depan tv.

hati gembira..tulisan juga gembira

yang penting jangan permainkan emosi orang

Emosi dimasukkan, elemen2 lain.. ramuan rempah ratus pastinya jadi bombastic tuh..hehe

Menulis dgn sentuhan emosi adalah yg sebaiknya sbb ia tak akan sama dgn yg lain kan. Semoga HB terus berjaya mencapai apa yg dihajati... aamiin.

gambar semua tak keluar kat blog ni, nape eh..misteri gak tunggu gambar apa tu..ehehee

saya suka bab ramuan rempah ratus..terbaik gitu!

memang betul tu ..tuan!

tadi saya juga perasan bila bukak blog ini kat pejabat guna PC..mungkin setting gambar salah kot..

Pembaca pun rasa seronok apabila blogger Menulis dari hati. Macammana nak cakap ye? Erm..pembaca boleh rasa tulisan itu ditulis dari hati atau tak...

(Wonder what people think about my writing..ehem ehem)

Setuju sangat, dan kalau ditambah sentuhan emosi dengan SEO tu mesti bertambah peminat

susah juga nak menulis dan menyentuh emosi..tapi tak mustahil jika menulis kisah sebenar dengan penuh perasaan dan penulisan yang baik


EmoticonEmoticon