Media Sosial Yang Melekakan Manusia

Pasti ramai yang mengakui media sosial yang melekakan manusia.HB mula terjebak dengan media sosial seperti Facebook sejak tahun 2009.Pada ketika itu media sosial tidak sehebat sekarang.Masih pada tahap biasa-biasa.Itupun jika kita meletakkan skala perbandingan dengan masa kini.Apa-apapun pada HB,perkembangan media sosial kini telah mengubah corak kehidupan secara tuntas.

media sosial yang melekakan

Manusia tak kira dimana jua berada memang ada sifat yang sama.Mereka mahu bersosial dan hidup dengan manusia yang lain.Untuk itu mereka perlukan satu media untuk berkomunikasi.Jika zaman dulu,entah benar atau tidak manusia menghubungi seseorang menggunakan burung merpati putih jika jaraknya yang jauh.( lain-lain kaler pun tak pe).

Itu kisah nostalgia.Kini kebenaran yang memang minda sedar kita mengakui.Sejak penciptaan telefon oleh mamat saleh yang bernama Graham Bell,dunia komunikasi dan sosial banyak berubah.Kadar perubahan sangat pantas sehingga sekarang telefon tak guna wayar.Semua jadi wireless.Sungguh mudah dan akhirnya menciptakan tabiat baru iaitu melekakan manusia.

Alamak.Panjang mukadimah HB untuk  tajuk entri ini.Mahu lari dari tajuk gayanya.Lepas ini pembaca pula lari.Dah tak nak membuang masa membaca benda-benda yang meraban seperti ini.

Berikut adalah media sosial yang melekakan manusia.Perlu HB ingatkan bukan semua tetapi majoriti.Sebab manusia itu sendiri cenderung kepada hal-hal yang melekakan.Jika kalian suka memerhatikan gelagat manusia (maaf bukan perhatikan awek cantik tau),ketika waktu maghrib dan solat jumaaat manusia berbondong-bondong ke pusat membeli belah.Seorang diri tak pelah.Ini siap sekali membawa satu keluarga yang lengkap.Isteri,anak-anak,ibubapa dan ipar duai semua pergi ke tempat yang HB maksudkan ini.

1)Blogger

Marah tak jika HB katakan kalian sebagai blogger, antara orang yang terleka dengan blog.HB sendiri mengakui seperti dulang paku serpih.Mengata orang lebih-lebih tetapi diri sendiri dua kali lima.He..he..Namun HB terleka dengan blog kerana niat untuk mencari rezeki dengan blog.Semasa mula-mula menceburi dunia blogger dulu,HB sangat melebihkan masa untuk blog.Masa banyak diperuntukkan dalam pemilihan template,mencari wiget,blogwalking dan kemaskini blog.Bukan satu blog.Ada lebih dari dua katakan.

2)Facebook

Seperti yang HB katakan awal-awal tadi HB sudah ternoda perasaan dengan Facebook dalam tahun 2009 lagi.Pada masa itu rakan-rakan sekerja ada akaun Facebook.Jadi mana mungkin HB yang masih muda remaja belia turut membuka akaun Facebook menggunakan komputer majikan.Jangan salah faham.HB habiskan tugas sebaik mungkin sebelum gatal tangan untuk berfacebook.Nampak tak betapa lekanya manusia dengan media sosial ini.Pada awalnya Facebook hanya boleh diakses dengan komputer peribadi atau laptop.Telefon pintar belum wujud lagi pada masa itu.

3)Youtube

Sampai sekarang pengaruh youtube masih kuat dan kental.Manusia bila dapat akses ke internet mesti fikiran mereka mengajak untuk menonton Youtube.Lagi pun media sosial seperti ini lebih menarik kerana gabungan visual,pendengaran dan pembacaan yang mudah.Sekali lagi manusia sudah terleka jika layan Youtube video klip baik yang sihat atau kurang sihat.Yang kurang sihat dan berpenyakit itu pencetus kepada keruntuhan akhlak remaja secara berleluasa.Hari-hari tengok mesti mau cuba rasa pahit atau manis benda tu.Huh..malunya nak cakap.

4)Twitter

Satu lagi media sosial yang tak kurang hebatnya dalam zaman ini iaitu Tweeter.Sejujurnya HB tak ada feel dengan Tweeter.Ia macam kelu dan tak bermaya.Lain orang lain citarasa nak buat macam mana.Apa yang tak eloknya Tweeter menyebabkan manusia leka untuk terus online.Fikiran dan perasaan asyik ingat perkara yang menjadi viral dalam media sosial.Kalau sikit tak pelah juga.Dah banjir infomasi mana nak fikir tentang perkara yang bersifat akhirat pulak.

5)Whatsapp

Sejujurnya HB belum guna lagi.Al-maklmum sahaja HB tak guna telefon pintar.Telefon ‘old timer’ masih lagi bagus dan tahap penggunaan pun masih pada tahap minimum.Pada pemerhatian HB,ada pengguna Whatsapp yang terlalu obses.Dalam tandas buat Whatsap.Itu belum termasuk waktu nak tidur dan selepas bangun tidur.Tengok betapa hebatnya media sosial ini melekakan manusia.

 

Kesimpulan dari admin,

Apa yang HB nyatakan ini hanya menggambarkan pendapat peribadi semata-mata.Tidak dinafikan ada juga yang bijak menggunakan media sosial sehingga mampu mengaut duit beribu-ribu ringgit setiap bulan.

Sekian.Salam motivasi dan jangan jadikan media sosial yang melekakan kalian.Ayuh ada perkara yang lebih penting dari itu.

 

Pesanan komersial

Dapatkan preview ebook terbaik di blog>>>> Buku Online

Untuk ibu yang  baru bersalin >>> Set Menyusu Mak Jemah

40 ulasan

blogger nomor satu ye facebook di bawah memanglah pertama ngeblog pilih template paling sering

no 1 dan 3 tu yan selalu buat :-))... pernah terleka sampai nasi hangus berkali2 :-P

Blogger tak salah tapi 'leka' tu yg salah ye tak hehee. Kemajuan yg ada mmg patut kita gunakan dgn sebaiknya tanpa sampai memudaratkan.. Perkongsian yg bermanfaat HB.. t kasih.. :)

media sosial ni jika digunakan sebaiknya boleh bagi keuntungan dan manfaat, tapi itulah kadang-kadang agak boleh leka, yg penting kena sedar diri hehehe

Media sosial sebenarnya banyak membantu.
Bergantung pada diri kita untuk buat menggunakan mcmna.
Kalau ke arah kebaikan memang sangat membantu.

media sosial, kalau tak buat duit ikut media sosial, mmg sia2 ler.

dalam byk2 media sosial dlm list tu, twitter je yg saya belum terjebak. dgn yg ada nie pun tak termanage masa dibuatnya. hehe.

Saya setuju dengan HB. Media sosial memang melekakan macam blog, FB, Twitter dan Whatsapp. saya kalau dah melekat kat blog tu, dua jam memang takkan berhenti.

Facebook lebih user friendly suatu ketika dahulu..

jangan buat lagi la ye..

ya tak ya juga..leka yang salah!

kalau selalu sedar diri tu baguslah!

ha..ha..ha..media sosial macam pisau juga maa..

tu la yang sepatutnya!

tu maksudnya dah terleka!

ya..betul tu..takut pulak di akhirat di tanya pula soalan tentang penggunaan masa..

kena displinkan diri. tetapkan had dan masa. kalau dah set sejam@dua kenalah patuhi. kalau tidak, sure leka dan hanyut depan lappy..

jangan terlalu leka..kalau leka susahlah sangat..sangat kerja lain banyak tertangguh

Kalau pandai bahagi masa.. InshaaAllah takde masalah..

Sekarang ni hanya tumpu dan leka dgn blog jer... itu pun kalau ada masa la... Yg lain tu dah lama tinggalkan. Macam dah sesuai lah pula, terlalu mengganggu...

saya sudah jarang berfacebook dan whatapps, kini menulis artikel blog :)

saya je ke yang perasaan blog ni x leh access tanpa www.
btw HB! saya tak aktif di twitter, hahah jeng jeng jeng.. di blog pun tidak.. facebook mungkin.. ada 1 lagi HB lupa tulis.. Instaggggeram... hahah

psst: sekarang business online ma.. haha

betul tu..disiplin diri mau ada!

yalah kan!..leka bawa banyak masalah

tak semua orang macam tu..harap kita jenis pandai bahagi masa..

leka pun dengan blog ada manfaat..ilmu dan pahala tetap ada jika niat yang betul punya!

tulis dan promosi blog juga melekakan..

ya..memang nak senaraikan pada mulanya..cuma saya suka ada 5 point sahaja maka Instageram..kasi out punya!

main facebook tanpa hasil adalah sia sia/buang masa, tapi ada jugak orang mencari maklumat/info, sekadar pandangan peribadi.

saya ada semuanya kecuali twitter... tapi concentrate pada blog lebih banyak berbanding yg lain... dulu kalau keluar ngan member selalu cakap... sapa2 keluarkan hp dulu atas apa alasan kecuali terima call... dia bayar makan... bestkan... saya keluar bawak hp biasa jer yg tak pakai internet tu

azam baru, not to do list not scrolling Facebook. bila mula scroll kerja yang dirancang nak buat semua tak kesampaian. HB pakai skin apa ni....sungguh sedap mata memandang.

mencari maklumat yang bermanfaat memang bagus!

best juga peraturan macan tu..

bagus macam tu..masa terlalu berharga

ya..saya guna template News Pro yang percuma..boleh down load kat link
http://www.seobloggertemplates.com/2013/12/news-pro-responsive-blogger-template.html

blog ok lagi sbb blh dpt pendapatan sampingan selain menambah ilmu dan kenalan . Klu FB saya mmg krg layan . Saya juga x de whatsapp sbb saya x suka waktu rehat saya diganggu ...

sy nombor 1 dah 5 je. yg lain2 tu mmg kurang sangat2 la. huu

Banyak sebenarnya kebaikan & keburukan media sosial nih... kita yang kena pandai membahagikan masa & jgn terlalu lalai..

http://supernifzvitamin.com/category/video-testimoni/kekal-bertenaga-walaupun-sibuk-seharian/

nampaknya CM seorang yang sibuk..he..he..

mana ada masa nak layan itu semua!

yang lalai tu ..bawak masalah.


EmoticonEmoticon