Kisah Cinta Seorang Isteri Kepada Suami

Kisah Cinta Seorang Isteri Kepada Suami …HB sedang bercuti.Kesempatan ini HB untuk meluangkan sedikit masa untuk menonton siaran Njoi.Sedang asyik pilih siaran yang memangnya terhad,HB tertarik untuk menonton siaran TV.Ada filem klasik cina bertajuk ‘Love With Perfect Stranger’ telah menghipnosiskan HB untuk terus melekat depan TV.

isteri mencintai suami

Menonton siaran TV tanpa sari kata Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris memang payah juga nak faham.Lebih-lebih lagi siaran berbahasa Mandarin atau Kantonis ataupun Hokkien,HB tak pasti.Belasah sahaja sampai habis.Jika ditanya faham ke tidak,HB hanya mampu kata faham  50 peratus jalan ceritanya.

Siapa nama hero atau heroin pun HB tak tau!Yang pasti si hero kacak orangnya manakala si heroin cantik sangat-sangat.HB tak nafikan bahawa HB cuma tahu jalan cerita bahawa ada sepasang kekasih yang bercinta kemudian berkahwin.Namun niat berkahwin mereka berdua ditentang keluarga.Akhirnya pasangan ini ambil keputusan kurang bijak untuk kahwin tanpa restu keluarga.

Amaran.Kisah ini cuma dalam filem.Dalam kehidupan sebenar jangan sekali kali buat.Nak buat juga HB akan hipnosiskan kalian supaya sedar bahawa langit itu tinggi dan lautan itu dalam.Ala..gurau sahaja bah!

Konflik bermula ketika pasangan ini sudah berumahtangga.Si suami bekerja sebagai pegawai pemasaran manakala si isteri suri rumahtangga.Pada mulanya hidup bahagia.Biasalah orang baharu kahwin.Siapa yang dah ada kekasih dan ada kerja yang boleh menyara anak orang,jomlah kahwin.Jangan tunggu lama-lama nanti bertambah pula dosa.

Ketika si isteri sudah mengandung ada seorang kekasih lama isterinya datang kembali dalam hidup mereka.Pada ketika itu si isteri sudah seperti ada dilema.Nak terima kekasih lama atau kekal mencintai suami yang telah memboyotkan perutnya.Mak oii..kasarnya bahasa HB.

Kekasih lamanya mula ambil ambil berat dan berjumpa si isteri yang tengah sarat mengandung.Apa reaksi si suami kalau bukan stress dan cemburu sangat-sangat.Atas alasan tertekan si suami minum air kencing syaitan.Biasalah orang yang tak beriman.Stress sahaja pergi mabuk-mabuk.Kalau mabuk laut tak pelah.Ya la kan.

Si isteri membawa diri.Si suami kemurungan.Kedua-duanya telah diuji dengan konflik rumahtangga.Formula penyelesaian cuma satu.Tak lain dan tak bukan kalau azimat cinta.Si isteri mesti cintakan suami dan si suami pula mesti ada  rasa cinta buat isteri.Hanya perasaan ini sahaja boleh menyelamatkan rumahtangga yang bergolak.Bukan dalam filem sahaja.Dalam situasi sebenar juga begitu.

Kemuncak konfik rumahtangga mereka mula terlerai.Maaf bukan bercerai berai.Si isteri yang cantik jelita selamat melahirkan anak yang comel sangat-sangat.Ketika di hosptial kekasih lama dan si suami cuba merebut cinta seorang wanita yang menjadi heroin dalam cerita ini.Masing-masing cuba memberitahu pihak hospital siapa ayah kepada bayi comel yang baru lahir tersebut.

Nampaknya si isteri ada kuasa pilihan.Dia boleh memutuskan siapa ayah kepada bayi itu kerana ikatan perkahwinan mereka ini belum disahkan.Mungkin kalian belum faham bahawa ada budaya cina mesti ada anak dulu baru dapat kahwin secara sah.HB tak pasti sejauh mana kebenaran budaya ini.

Akhirnya si isteri memang memilih suami berbanding kekasih lama adalah ayah genetik kepada bayi tersebut.Kekasih lama mengundur diri dan meminta maaf kepada si hero.Habis cerita.

 

Kesimpulan dari admin,

Jika kalian tak faham apa yang HB ceritakan ini,minta maaflah ye.Filem tersebut HB tonton habis tanpa bantuan sari kata.HB mentafsir dengan bahasa badan dan logik akal berdasarkan kehidupan sebenar.

Moral of story dalam cerita ini senang sahaja,Si isteri mesti mencintai suami dan begitulah sebaliknya.Jika sukatan cinta berkurangan tambahkan dengan perhatian,doa,usaha dan menilai kembali nilai kasih sayang berpandukan ajaran Islam.Ingat hanya keluarga bahagia memberi sakinah kepada suami dan isteri serta anak-anak.

Sekian.Salam motivasi dan kekalkan kebahagiaan keluarga untuk memudahkan jalan ke syurga.

 

P/s : Nak tambah ilmu jangan segan silu untuk singgah ke blog Buku Online.Ada banyak ebook terbaik untuk santap minda kalian.

25 ulasan

Yang penting dalam sebuah rumahtangga adalah apa yang bernama KEJUJURAN... :)

Saya suka juga tonton cerita begini KB. Kita buat pemahaman sendiri. Kadang-kadang tak perlu sari kata ke, tapi ada sesuatu yang buat kita terpaku. Mesej tu yang paling utama

kisah yang cliche tapi inilah yang selalu berlaku juga..kes gini MJ pernah jumpa dan baca juga. tapi pada MJ walau apapun, bila sudah berumahtangga tak perlu lagi nak membuai rasa mengenang kisah cinta zaman dahulu kala yang tak menjadi. kerana kita hidup pada masa sekarang, bukannya hidup pada masa silam. terima realiti.

Mesej sesuatu cerita yg bermanfaat menjadikan kita terus mahu menonton walaupun adakalanya sukar nak difahami 100% kan.. Perkahwinan itu satu yg suci dan keikhlasan serta kejujuran tu sememangnya penting dalam berumahtangga. Saling percaya mempercayai adalah sgt perlu kan...

jujur sangat penting..tak boleh sama sekali dipertikaikan..

betul..mesej yang paling penting

orang kata..yang sudah tu biarlah berlaku.

yang bina rumahtangga memang sukar tetapi nak meruntuhkannya cukup mudah

Kena ada konflik baru boleh jadi cerita.
Sama dengan kehidupan seharian kita.
Pokok pangkalnya dalam satu hubungan kena ada 2 pihak untuk menjadikan lebih baik.

menghadapi konflik itu yang tak seronoknya

hahaha..hebat bro..walaupun tak faham bahasa masih boleh layan cerita tu...

baca dari atas... bercinta... kacak... cantik... kahwin lari... keluarga tentang... mengandung... konflik... kembali bertaut... tapi yg terlekat kat mata... pehhhhhhhh Hanafi dah boleh pukau orang ker??? dah boleh jadi guru ker?? nak belajar... boleh ker??? hahahaha...

kalau yan..langsung tak faham kalau tak ada senikata bahasa melayu..:-))

guna kefahaman hati sahajalah..

ho..ho..belum dapat lagi..ilmu masih sejengkal..sedangkan lautan masih terlalu dalam untuk di scuba..he..he..

guna kuasa minda untuk membayangkan maksudnya..payah juga kan!

cinta kena sentiasa di baja oleh kedua belah pihak utk kekal bersama ...

belum ada pengalaman berumah tangga lagi. ehhe jadi tak tahu

ya..itu yang sebaiknya..

belum ada tak pe..belajar dari pengalaman mereka yang dah berumahtangga..

saling jujur dan menjaga kepercayaan itulah yang utama serta selalu berkomunikasi

tips yang berguna nie..terima kasih kerana berkongsi

Pentingnya rasa cinta dalam sebuah perkahwinan...
Lagi kalau sudah ada anak..orang kata pengikat kasih sayang..

kasih sayang terpaksa diikat demi anak..betul kan!

Suami isteri mesti bersabar... jang cepat melatah... insyallahh aman rumah tangga..

http://supernifzvitamin.com/cara-hilangkan-parut-chicken-pox-yang-hodoh/


EmoticonEmoticon