Ketahui Perbezaan MInda Dengan Otak

Ketahui  Perbezaan  MInda Dengan Otak  …Secara umumnya minda adalah otak yang berada kat kepala manusia.Secara khususnya istilah minda ada berbeda dengan otak.Tak sama tau!.Tetapi jangan keliru pulak,Rasa macam keliru mari kita teruskan pembacaan.

otak manusia
Minda merupakan suatu bentuk tenaga bukan fizikal.Dalam ertikata yang lain tak boleh disentuh sebagaimana udara.Minda merangkumi fikiran,perasaan,kenangan,mimpi atau imaginasi.HB mudah ingat dengan blog Cetusan Minda yang dipunyai seorang blogger perawan yang menawan.Pergh!..guna ayat power la.

Otak manusia pula ialah organ yang sangat penting.Berada ditempat yang tinggi dan dilindungi oleh tengkorak kepala yang keras.Jika kalian ada terjumpa orang yang degil maka selayaknya dia digelar keras kepala.Ada logik kan.Sungguhpun otak ditinggikan kedudukannya namun ketika kita sujud ia telah ‘direndahkan’ kepada Allah SWT.Wallahualam.

Pembahagian otak kepada dua bahagian.Bahagian atas adalah otak sedar.Ia pula terbahagi kepada dua lagi iaitu hemisfera kiri dan hemisfera kanan.Secara umumnya bahagian kiri mengawal sebelah kanan dan begitulah sebaliknya.

Bahagian bawah otak pula ialah otak separuh sedar.Ia mengawal banyak fungsi badan secara automatik tanpa melibatkan pemikiran sedar.Subahanallah,HB terkesima buat seketika dengan ciptaan Allah yang sangat mengkagumkan ini.

Itu kisah otak.Bagaimana pula dengan minda.Untuk memahaminya dengan mudah HB buat perbandingan manusia dengan haiwan.Apa nie…tak baik la kita dibandingkan dengan haiwan.Maaf la ye.
Manusia dan haiwan adalah sama kerana kerana ada otak.Namun titik perbezaan manusia dengan haiwan ialah minda.Bukan HB saja-saja nak bagi kenyataan ini.Ia menurut Rozman Haji Din dalam bukunya yang bertajuk Minda Suatu Kurniaan Yang Terabai.Ada siapa dikalangan  kalian yang pernah membaca buku tersebut.Best tau.Sama best dengan ilmu dalam blog Buku Online.

Minda sama macam otak juga.Ia terbahagi kepada dua iaitu minda sedar dan minda separuh sedar.
Minda minda dikawal oleh kesemua pancaindera manusia.Apa sahaja yang berlaku di depan mata,bunyi yang didengari telinga,makanan yang dirasa lidah atau bauan yang dihidu oleh hidung akan dirakam oleh minda sedar sebelum ditolak masuk ke minda  separuh sedar,Sudah tentu minda ini diperlukan manusia untuk ikthiar hidup secara fizikal.

Sebaliknya kehebatan minda separuh sedar ramai yang mengabaikan.Dalam minda separuh sedar telah tersimpan sikap,tabiat,persepsi,kesedaran dan pelbagai lagi keistimewaan yang Allah SWT bekal untuk kita mandiri dunia yang sementara ini.Itupun sebagai persinggahan sebelum ke alam yang kekal abadi.

Penguasaan ilmu dan teknik untuk menggunakan minda separa sedar ini akan menjadikan kalian seorang yang luarbiasa hebat.Ayat skema MLM.Bukan itu sahaja kalian boleh merubah diri menjadi sesiapa sahaja.Nak kaya.Nak jutawan atau billoinaire ataupun tak nak apa-apa,Insya Allah semuanya bisa dilakukan melalui garapan teknik dan cara yang betul menggunakan bahasa minda.
Apa dia bahasa minda?

Baru-baru ini HB berceramah berkongsikan dengan rakan-rakan sekerja tentang bahasa minda dengan mereka.Ramai yang tak tahu dan kerana tak tahu itulah yang boleh membezakan ada yang berjaya cemerlang dengan berjaya suam-suam suku.

Bahasa minda ialah gambaran atau lebih tepatnya visualisasi.Otak yang bertugas ialah otak hemisfera kanan.Segala input dari luar akan diterjemah ke dalam bahasa minda berupa gambar atau visual.Ia kemudiannya dihantar ke minda separuh sedar untuk proses penyimpanan.

Pada suatu ketika nanti ada input baru yang masuk ke dalam minda  dan dipadankan dengan rekod lama.Proses pemadanan input yang sama akan mempercepatkan proses akses dengan input yang lama.

Kalian perasan tak ada kawan lama kita yang berpisah 20 tahun dan ketika bertemu semula kita tak ingat nama tapi ingat mukanya sahaja.Sehingga terpacul kat mulut macam pernah jumpa tapi kat mana ya?

Kesimpulan dari admin,

Ilmu berkaitan otak dan minda sangat HB sukai sejak tahun 6 lagi.Tak sangka pula sehingga HB dah ada anak sulung yang kini berada di tahun 6 pun HB masih minat ilmu ini.
HB pasti ada pembaca yang pakar dalam ilmu jomlah kongsikan komentar kalian.HB amat menghargainya.

Sekian.Salam motivasi dan sehingga ke temu lagi.

20 ulasan

minda yang cerdas itu yang membezakan..kalau nk ikut otak sume oranga da otak kan..tapi minda tu yang membezakan. suka dengan perumpamaan otak di tempat tinggi tapi bila sujud jadi terendah..kuasaNya..

info menarik....:-))

Yan baca 3 4 kali baru faham :-P

Salam.. info menarik. Boleh disimpulkan Minda juga dikenali sebagai Akal la kan.. Alang2 sy juga sangat minat dengan misteri penciptaan manusia ni, izinkan saya berkongsi pautan http://memoirinsani.blogspot.com/2015/02/pembaziran-90-sel-otak-yang-tidak.html dimana saya menafikan teori Pembaziran 90% Sel Otak Yang Tidak Berfungsi.

Minda yang cerdas perlu otak yang sihat. Otak yang sihat perlukan nutrisi yang sihat dan badan yang sihat.

Betul tak HB?

gua suka makan otak lembu dimasak kerutuk..hu3

otak memang sama..minda sahaja yang berbeza..

maafkan saya..penulisan ilmiah begini memang sukar difahami jika tiada asas dalam ilmu minda..nanti HB tulis lebih santai lagi.

bahasa lainnya akal la tu..hint dah saya bagi dengan perbandingan manusia dan haiwan

semua perkara ini saling berkait antara satu sama lain..

sedap ke otak lembu..belum pernah makan..geli la bro

salam kenal om dari bisnis borneo visit juga om

Semua org ada otak cuma minda masing2 tak serupa.. Perkongsian yg menarik ni HB. T kasih.. :)

ho..ho...domain adik beradik

perbezaan dengan cara menggunakan ..

Minda dan otak..lepas nk blajar camne nk gerakkn minda separa sedar tu...

salam kenal om.. visit juga bisniskrakatau[dot]com ya

salam kenal mas , bagus artikelnya

senang tu..boleh ikut sahaja bengkel yang saya kendalikan..masa akan datang la ye..

boleh sahaja..no hal punya


EmoticonEmoticon