Kemahuan Yang Kuat Pencetus Kejayaan

Kemahuan Yang Kuat Pencetus Kejayaan…Tajuk agak skema.Bagi pembaca setia blog HB memang tahu dah.Baca tajuk tahu keseluruhan penceritaan entrinya.Tak akan lari tajuk kecuali HB mengubah rentak penulisan.Kekadang tu mahu gila-gila sikit.

Kemahuan macam api.Ia boleh membahang dan membakar.Namun boleh padam dan tak menyala lagi.Sebab kemahuan tak cukup kuat.Sebab itu kemahuan yang kuat memyebabkan seseorang berikthiar dan berusaha mencapainya sedaya upaya sehingga berjaya.

pencetus kejayaan

Tempoh yang panjang dan tidak mengetahui masa yang tepat untuk berjaya menyebabkan ramai yang berhenti setengah jalan.

Dalam memperkuatkan kemahuan untuk berjaya ada teknik ampuh diperlukan.Orang yang dah berjaya memang tahu.Orang belum berjaya juga sedia maklum.Tak lain dan tak bukan iaitu semakin banyak sebab maka semakin kuat untuk mencapai sesuatu kejayaan atau impian.Ambil contoh kemahuan untuk menjadi jutawan.

Berikut adalah contoh sebab-sebab  untuk menjadi jutawan.Ingat ini bukan sebab HB kalau nak menjadi jutawan.Lain hari kita ceritakannya.

1)Ada kereta besar

2)Rumah banglo mewah

3)Melancong setiap bulan

4)Tunaikan haji sendiri dan menaja haji orang susah

5)Bina masjid

6)Isteri yang cantik lagi  solehah atau tambah lagi

7)Anak ramai termasuk al hafiz atau hafizah

8)Tolong mak janda

9)Tak nak kerja kecuali tulis blog

10)dan macam-macam lagi.

Dalam banyak kemahuan tentunya kalian yang bergelar lelaki ingin sangat-sangat dapat yang no.6 tu..hu..hu..Jika kalian perempuan lebih baik dapat no.7 pulak.

Nampak tak bagaimana sebab yang banyak akan menyebabkan kemahuan semakin kuat.HB sarankan jangan buat senarai sampai sepuluh sahaja.Tulislah sehingga seratus atau seribu.Biar lenguh nak baca hari-hari.

Jika malas nak tulis dalam bahasa Melayu boleh buat dalam Bahasa Arab.Tulis dalam bentuk doa dan amalkan dalam solat.HB memang kagum dengan bahasa Arab ini kerana menurut Ust Muhammad Uthman El-Muhammady:

Bahasa Arab ialah bahasa paling kaya di dunia yang paling sesuai untuk setiap penulisan

Secara praktikalnya kemahuan merupakan kenderaan untuk berjaya.Sebagai kenderaan memang tak lengkap jika tidak disertai dengan elemen yang lain pula seperti minyak,alat GPS,modal wang dan masa.Banyak lagi tu.

 

Kesimpulan dari admin,

Ingat kemahuan yang kuat adalah pencetus kejayaan.Tanpa kemahuan tanpa kejayaan jawabnya.Kemahuan yang menyala-yala dan berkobar-kobar akan berlaku jika kalian sentiasa memperbanyak sebab untuk berjaya.

Sekian.Salam motivasi dan HB ada kemahuan yang kuat untuk berhenti setakat ini dulu.Lain kali sambung lagi la…

 

Rujukan Ilmu Terbaik

[A] Panduan Untuk Menyusu Badan Yang Terbaik

[B] Panduan Percuma Untuk Suami Menjadi Hebat Atas Ranjang

[C] Panduan Untuk Wanita Yang Ingin Bekerja Dari Rumah

[D] Panduan Untuk Menjadi Orang Kaya Yang Diberkati

[E] Panduan Untuk Lulus Temuduga Pembantu Tadbir

32 ulasan

dengan kemahuanlah bermula segalanya..kalau tak ada kemahuan macam mana nak bermula

Kemahuan yang kuat adalah push factor untuk berjaya.

Stelah berusaha dan kemauan yang kuat tidak boleh lupa tawakkal Kepada Nya serta doa setiap saat

betul sangat tu bro..

persoalannya bagaimana nak wujudkan kemahuan yang kuat..

itu yang terbaik sekali..

Kemahuan kena kuat, inshaAllah

kemahuan ... kerana kemahuan kita berusaha . tak kira apa pun kesusahan dan halangan , kerana kemahuan kita terjah juga ...

kemahuan no 6 tu buat para isteri susah hati walaupun dapat payung mas

patutla orang tua-tua kata di situ ada kemahuan di situ ada kejayaan maknanya carilah kemahuan di sana di sini di situ di mana-mana saja nanti adalah kejayaan di sana sini situ mana-mana aje

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Usaha tangga kejayaan.

Kemahuan yang kuat kalau usaha yang ada pasti dapat punya.

Kalau tambah bini, mahunya tidur luar ni.. hehe..

Kejayaan ni terpulang kepada individu pnya tafsiran..terkadang yang kecil dianggap besar, ada yang besar di anggap kecil..

Bagus sangat artikel ni, dimana ada kemahuan di situ ada kejayaan.

kadang-kadang kemahuan kalah dengan semangat untuk mengalah..

pikat suami dengan layanan terbaik supaya lebih setia!

ha..ha..orang tua lebih dulu makan garam dari kita ape..!

saya suka kenyataan tersebut..

ia mesti bergerak seiringan...

kalau takut dilambung ombak..jangan berumah ditepi pantai..ada maksudnya tu..

bila kemahuan kita kuat, tiada siapa yang boleh jadi batu penghalang.

Niat yang baik dan berusaha bersungguh2 utk merealisasikannya...InsyaAllah, Allah akan tunjukkan jalannya. Yakinlah...

Semoga kita semua juga sentiasa diberi kekuatan semangat utk terus melangkah menuju kejayaan & mencapai impian...

pandangan yang amat bernas..

amin..satu doa yang bagus untuk semua..

Betul, push factor penting untuk menyokog kemahuan yang mencetuskan kejayaan kita...

Carilah BIG WHY jika ingin berjaya. Kenapa nak jadi Jutawan? Kenapa perlu capai target.

cari kekuatan kat situ..pandangan yang bernas.

soalan begini amat bagus untuk aktifkan minda


EmoticonEmoticon