Kehidupan Steve Job Masa Remaja

Kehidupan Steve Job Masa Remaja…Sebelum ini HB ada menulis tentang kehidupan Steve Job masa kecil.Boleh baca  sekiranya belum membaca.Kini HB nak sambung semula pembongkaran kisah Steve Job ketika usia angkat bujang bak kata makcik-makcik  kat kampung.

steve job masa remaja

Steve Job sama juga macam insan yang sebaya dan seusia dengannnya.Steve Job jenis mudah berkawan.Antara kawannya ialah Stephen Wozniak.Ayah Stephen ialah seorang jurutera lepasan Cal Tech.

Perkenalan Steve Job dengan Stephen Wozniak amat bermakna.Ini kerana mereka berdua jenis obses bidang komputer elektronik .Tentu mudah menjadi kawan kepada orang yang sama minat.Selain itu mereka berdua amat berminat kepada muzik Beethoven dan Mozart.

Zaman remaja kalau tak bercinta tak sah,Betul ke?.Steve Job menemui cinta pertamanya dengan gadis yang cantik iaitu Chrisann  Brennan pada tahun 1972.Mereka berdua kemudian mahu hidup bersama dan meninggalkan keluarga.Harap pembaca jangan mencontohi budaya ini kerana mereka di masyarakat Barat manakala kita di masyarakat Timur.

Ketika zaman remaja ini juga Steve Job berminat untuk membaca buku falsafah spiritual.Antaranya Zen Mind oleh Shunryu Suzuki,Autobiography of a Yogi tulisan Paramahansa Yogananda dan Cutting Through Spiritual Materialism oleh Chogyam Trungpa.

Malah semasa zaman remaja juga Steve Job telah menjadi vegetarian kerana terpengaruh dengan bacaan dari buku Diet For Small Planet oleh Moore Lappe.Semangatnya untuk menjadi vegetarian semakin menjadi-jadi selepas membaca buku Mucusless Diet Healing System oleh Arnold Ehret.

Pada tahun 1973 Steve Job dan rakan Daniel Kotthe telah pergi ke India untuk mempelajari ilmu spiritual timur dengan Ram Dass dan Maharaj-ji.Pengaruh ilmu ini telah membentuk pemikiran dan tabiat Steve Job menjadi seorang manusia yang fokus dan keinginan yang kuat untuk mencapai sesuatu.

Sekembali dari India,Steve Job pergi Los Altos untuk mencari pekerjaan.Kebetulan pula pada masa itu zaman mudah mencari pekerjaan.Dia diterima bekerja di syarikat pembuat permainan Video,Atari.Sebelum mendapat pekerjaan tersebut dia telah dipelekeh pekerja di situ.Namun Steve Job memberi kata putus bahawa dia hanya akan beredar dari situ setelah diberi pekerjaan.

Pendiriannya yang sangat kuat itu menyebabkan pengasas syarikat Atari iaitu Nolan Bushnell campur tangan.Dia terlihat karisma Steve Job.Melalui seorang ketua jurutera bernama Al Alcon berpendapat Steve Job seorang berkarisma,bijak dan berminat dalam teknologi.

Ada sesuatu yang menarik berlaku di Atari sewaktu permulaan kerjanya di sana.Para pekerja tidak menyukai Steve Job dengan alasan badan terlalu berbau.Mereka mahu Steve Job beredar namun Nolan Bushnell tidak bersetuju .Bushnell kemudian mencadangkan Steve Job bekerja  pada waktu malam setelah pekerja lain pulang.

Pengalaman bekerja di Atari dan hubungan rapatnya dengan Nolan Bushnell telah memberi satu nilai kepada diri Steve Job.Dia menjadi seorang mahir dalam perniagaan,rekabentuk,fokus dan budaya kerja jangan alang-alang.(keluar pulak bahasa kampung)

 

Kesimpulan dari admin,

Dari apa yang HB perhatikan ketika zaman remajanya, Steve Job sama dengan remaja yang normal lain di dunia ini.Seorang lelaki muda yang suka dengan perempuan,rajin mencari ilmu dan mampu berdikari untuk mencari duit sendiri.

HB berharap masih ada kekuatan untuk terus membaca buku tersebut dalam mengetahui bagaimana Steve Job mengasas  syarikat Apple Computer.Nanti dapatlah menerbit entri seterusnya,

Sekian.Semoga kalian bermotivasi untuk berusaha mengapai impian masing-masing. 

 

Panduan Berguna!

[1] Set Menyusu Mak Jemah

[2] Ebook  Percuma Atasi Ejakulasi Awal

34 ulasan

MJ suka juga baca kisah-kisah orang berjaya ni sebab boleh dapat motivasi dari situ bagaimana mereka kejar kejayaan

steve job vegetarian ya ?

tak sangka kan dari orang biasa..jadi terkenal..zero to hero...

Setiap orang berjaya ada kisah hidup yang agak menyedihkan kadangkala dan susah kehidupan mereka sebelumnya, kan. Berbaloi lah dengan apa yang mereka telah perolehi sekarang sebagai orang berjaya.

itu sebab juga saya suka membaca kisah autobiografi

ya..memang vegetarian..sama group dengan mahatma ghandi

itu kelebihan masing-masing!

lain kali saya nak tulis kisah blogger pulak!

tak sabar nak baca selanjutnya nih..

Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Banyak benda yang perlu dikorbankan oleh Steve Jobs ni untuk tempuh kehidupan yang mencabar walaupun akhirnya beliau berjaya mendapatkan apa yang dicitakannya.

Saya suka dengan sejarah2 orang yang telah berjaya ni, ia memberi inspirasi lagi kepada saya untuk terus melangkah kehadapan.

Tak sangka kan...orang yang luar biasa macam dia sebenarnya orang biasa saja. Dia pun bukan senang nak jadi kaya dan terkenal macam sekarang. Macam macam dugaan yang dia kena hadapi.

Memberi inspirasi, tak sabar nak tunggu next entry pasal Steve Job

kisah selanjutnya ada lambat sedikit..

itulah ciri-ciri orang berjaya..

semangat begitulah yang saya suka

kelebihan pada dia ialah semangat yang kuat

ya..begitulah harapan saya..agar memberi inspirasi kepada pembaca..kisah Steve job seterusnya masih dalam draf lagi..

ambilnilai positif daripada beliau
yang negatif biarkan saja

Sudah baca tips drp Steve Jobs utk menjadi blogger yg berjaya?..boleh baca entri itu diblog saya...

Huhu..lepas ni nak jadi manusia yang yang fokus agar berjaya mencapai kejayaan besar macam steve ni..

saya sudah baca dan ia memberi dorongan untuk menulis tentang entri berkaitan steve Job..

harap kita fokus dengan apa yang dilakukan..

Semasa muda lagi beliau memang bernilai.

setahu aku Steve Job ni juga antara remaja yang terpengaruh dengan budaya Hippies..sebab tu dia jadi vegetarins..hu3..dan aku perasan ada ramai remaja barat yang lahir dan hidup di zaman Hippies ni berjaya hari ini..dan yang musnah teruk pun ramai juga..huhuhu

belum terbit artikel steve job sesama jadi dewasa

Saya suka dengan cara beliau memberika ucapan didepan orang ramai ketika melancarkan produk-produk Apple. Memang thorbaik.

orang macam ni sepatutnya ada pada kita..

ya..dia memang seorang yang hippies..

baru-baru ini saya tealh terbitkan..

bakatnya terhasil kerana banyak membaca..

boleh dijadikan contoh dan tauladan yang baik

sebetulnya begitu bro..


EmoticonEmoticon