Kehidupan Steve Job Masa Kecil

Kehidupan Steve Job Masa Kecil…HB terkena perangkap lagi untuk membaca buku omputih.Kali ini terbaca satu buku hebat tentang biografi Steve Job hasil tulisan Walter Isaacton.Tebalnya mak oii 630 muka surat.Ketika entri ini ditulis HB baru membaca dalam bab 6 sehingga pada helaian 75 muka surat.

steve masa kecil

Steve Job merupakan insan yang hebat macam kalian.Beliau  dilahirkan pada 24 Februari 1955 di San Francisco.Kehebatan mediang (dah meninggal beberapa tahun yang lalu) meninggalkan jasa yang besar dalam dunia teknologi informasi.Beliau merupakan pengasas syarikat gergasi Apple Computer yang kini masih menggungguli teknologi iPhone 6,mini ipad dan sewaktu dengannya.

Menurut sejarah ( HB minat subjek sejarah), Steve Job merupakan anak angkat kepada pasangan suami isteri,Paul Job dan Clara Hagopian.Kisah bagaimana Steve Job boleh mendapat keluarga angkatnya boleh rujuk sendiri dalam buku tersebut.Nak cerita lebih macam mengaibkan kisah sebenar ibu kandung dan bapa genetik Steve Job.

Paul Job merupakan  seorang mekanik kereta dan Clara Job adalah seorang book keeper.Dia akhirnya membuka bisnes kereta dikitar semula.Macam pelik je!Atas rasa cinta mendalam terhadap dunia mekanik,Paul telah mendidik Steve Job dalam bidang tersebut.Perlu juga kita tahu karekter ayah angkatnya banyak membentuk pemikiran Steve sehingga dewasa.

Steve Job diajar supaya membuat sesuatu perkara sehabis baik dan nilaikan dengan seni.Biar orang lain tak nampak tetapi kita mesti nampak hasil yang mengkagumkan.Ayahnya juga mendidik Steve menjadi seorang perunding yang bijak.Pengaruh ayah angkatnya itu telah mempengaruhi kehebatan Steve sehingga menjadi tokoh korporat terbaik.

Zaman kecil Steve Job merupakan budak nakal.Tak suka dengan sekolah.Nak main adalah nombor satu.Kenakalannya itu mampu dibentuk oleh ayah angkatnya dengan prinsip hidup kasih sayang dan menganggap Steve Job insan istmewa.Dia bukan terbiar tetapi dijaga penuh tanggugjawab.

Minat dan kecenderungan Steve Job memang dalam bidang elektronik.Selain itu suka mendengar lagu-lagu.Tahap pembacaannya juga tinggi.Ia bukan sekadar dalam bidang sains dan teknologi tetapi bidang kesusasteraan seperti Shakespeare,Plato dan Moby-Dick.

Cara pemikiran Steve Job dari kecil ialah suka berdikari,menyayangi ibubapa dan menganggapkan dirinya istimewa dan paling penting sekali bekerja keras semampu yang boleh.

 

Kesimpulan dari admin,

Jika tiada aral melintang atau arus merentangi HB akan kongsikan kisah zaman remajanya pula dalam entri yang akan datang.

HB berharap kalian  mendapat inspirasi bahawa kejayaan insan hebat begini tak akan berlaku begitu sahaja.Sejak kecil terdidik oleh ibubapa yang hebat juga.Mereka membentuk cara pemikiran untuk berjaya.

Sekian.Salam motivasi dan ingat bahawa kita adalah insan istimewa,hebat dan berbakat.Orang lain tak perlu tahu kerana yang penting kita sendiri mengakuinya setiap masa dan ketika.

 

Pesanan komersial

Set kesihatan wajib untuk ibu yang bakal melahirkan anak.>>>>KLIK SINI

34 ulasan

masalah yang menyayangi orang tua tuh yang penting agar dapat ridha Allah dan orang tua

orang yang menyayangi orang tua mudah mendapat hidup senang..

Steve Job ini bukan pandai pun sangat dalam komputer. Cuma dia ada idea.. Banyak idea utk dikembangkan oleh programmer-programmer dia. Mmg bagus baca kisah hidup dia. Boleh bagi kita banyak inspirasi.

terima kasih info..baru tahu :-))

kenakalan steve job adalah tiket kejayaannya.

jika buat perbandingan dengan Bill Gates .Steve Job memang kalah

nakal tetapi ada kemahuan untuk berjaya..

Yang baik kita jadikan teladan... jangan sampai mengagung2kan pula ya.
Beliau berjaya kerana menggunakan potensi diri dan merebut/menggunakan peluang yg ada sebaiknya.

Banyak nilai2 murni dalam buku ni lebih2 lagi bab family....

Parent terima kelebihan dan kekurangan anak. Jadi walaupun anak nkal, anak tetap sayang dan respect parent.

itu yang sebaik-baiknya..nilai potensi diri sendiri

nilai kasih sayang itu mesti ada..

tak sabar nak baca kisah sambungannya pula..HB memang minat sejarah kan dan selalunya cerita Hb suka MJ nak baca, mudah difahami

terima kasih..lain kali HB nak bercerita sejarah sahaja..itupun kalau pembaca lain suka juga dengan kisah sejarah

didikan itu membantu dia menjadi apa yg dia impikan ...

berharap sangat bro akan buat sambungan cerita nie..hu3

Merealisasikan impian buan sesuatu yg mudah kan... beliau sememangnya tabah. Semoga apa yg baik dpt kita jadikan contoh & inspirasi utk berjaya.. T kasih atas perkongsian HB..

Orang ramai suka dengan dengar presantation steve ketika melancarkan produk. Memang awesome!. Penerangan yang penuh berinformasi dilselitkan beberapa jenaka.

Menarik ceritanya... boleh update lagi selepas ni cerita SJ

sebetulnya macam tu..teruskan bacaan tahap dua

tabah dan hati cekal amat perlu..

Steve Job memang ada kemahiran PR yang tinggi.

ya..menang dah update tuan!

Saya suka dengan sejarah2 orang yang telah berjaya ni, ia memberi inspirasi lagi kepada saya untuk terus melangkah kehadapan.

Woww best HB.
Memang akan mempengaruhi apa yang kita bentuk anak-anak kita.
Tidak pelik bila tengok Steve Job boleh berjaya.

ya..saya juga begitu bro!

proses kejayaan SJ ambik masa juga tu..

Best baca kisah Steve Job ni. Rasa terinspirasi dengan kisah hidup dia. HB minat sejarah? saya pun sama.

Saya suka sejarah sila tulis lagi hehe. Pandangan ibu bapa tu yang penting dalam membentuk anak-anak. Tak perlu terikut-ikut orang lain

saya memang suka sejarah..cuba bukan rezeki sahaja tak jadi guru sejarah!

insya Allah saya boleh tulis lagi..

suka sejarah sooo much

pengajaran dari cerita ni,bukan senang untuk berjaya. Perlu berusaha n usaha

tak sangka ramai juga suka sejarah


EmoticonEmoticon