Formula Terhebat Untuk Menjadi Jutawan (3)

Formula Terhebat Untuk Menjadi Jutawan…Ada 2 entri sebelum ini telah HB tulis dengan panjang lebar tentang Dr Jeffrey Chiew.Beliau telah mencipta satu formula ajaib untuk membolehnya menjadi seorang jutawan dalam usia yang begitu muda.

Dalam entri kali ini,HB cuma membongkarkan secara ringkas sahaja formula tersebut.Jika nak lebih lanjut boleh dapatkan buku yang bertajuk ‘The Millionaire Formula’ tulisan Dr Jeffrey Chiew dan Tan Thiam Hock.Bagus untuk dijadikan panduan terutama kepada mereka yang ada keinginan menjadi jutawan.

Formula yang dicipta beliau dinamakan tujuh langkah mudah menjana jutaan ringgit yang pertama:

formula jutawan terbaik

1.Berfikir seperti seorang jutawan

Penerangan yang cukup kaw-kaw telah HB tulis sebelum ini.Kalian amat disarankan untuk membaca (bagi yang belum) di --->SINI

2.Cari berapa pendapatan yang kita boleh dapat

Senaraikan sumber-sumber yang boleh mendatangkan pendapatan.Jika kalian makan gaji dan itu satu-satunya sumber maka proses menjadi jutawan lebih perlahan.Lainnya kalian ada pendapatan dari kerjaya mewah dengan perolehan RM50 ribu sebulan.Kalau tak pun dari sumber blog seperti blog Buku Online (sekadar contoh je)

3.Buat matlamat yang jelas

Hanya matlamat yang jelas dan realistik boleh dicapai dengan keinginan yang kuat.Jika kalian ingin sangat menjadi jutawan tetapi sekadar mimpi-mimpi sebelum tidur,HB tak berani buat jaminan bahawa kalian boleh mencapainya.Keinginan yang membuak-buak dan keyakinan setinggi gunung Everest serta usaha seluas lautan Hindi, insya Allah kalian boleh merealisasikan apa jua matlamat.

4.Merancang kejayaan dengan bijak

Orang selalu kata gagal merancang maka merancang untuk gagal.Mari HB perhalusi kenyataan merancang kejayaan dengan bijak.Perancangan kita boleh terbahagi kepada harian,mingguan,bulan dan tahunan.Mulakan merancang dengan aktiviti harian.Rancang sebaik yang mungkin malam hari sebelum pagi esok.

5.Belajar untuk dapat lebih.

Hidup ini adalah pembelajaran yang berterusan.Sejak lahir dan sehingga ke liang lahad kita semua terus menerus belajar.Apa yang Dr Jeffrey tekan ialah belajar untuk dapat lebih ilmu dan wang.Sesuatu yang lebih adalah syarat wajib membina status jutawan dalam hidup kalian.Belajar strategi untuk mendapat pendapatan yang lebih-lebih.

6.Simpan duit dan uruskan hutang sebaik mungkin

Sebanyak mana pun pendapatan kalian besar atau kecil budaya menyimpan mesti ada.Simpan 10 peratus dari pendapatan adalah minumum.Jika ada upaya boleh simpan 90 peratus dan hanya 10 peratus dibelanjakan.Senario ini berlaku, maka kalian lebih cepat menjadi jutawan.

Dalam masa yang sama juga kalian yang terikat dengan hutang-hutang  mesti bijak mengurus sebaik mungkin.Selesaikan pembayaran secepat yang boleh.Kurangkan tempoh maka memendekkan perjalanan untuk ke dunia jutawan.Teorinya tampak mudah namun praktikal ada cabaran yang tersendiri.

7.Jadikan duit bekerja keras untuk kita

Orang cina memang berpegang teguh kepada falsafah ini.Jadi tidak hairan mereka adalah antara golongan paling ramai menjadi jutawan.Sebaliknya orang kita masih disumpah tujuh keturunan untuk bekerja keras demi duit sampai tua.Sungguh menakutkan jika ia tidak diatasi dengan pemikiran biar duit cari duit.Pelaburan adalah teori mudah untuk memastikan duit beranak pinak.Itupun pelaburan yang betul dan tepat.

Ada banyak cara untuk melabur bagi menambah nilai pelaburan.Selain main saham, pelaburan amanah,emas,hartanah dan aset bangunan kedai maupun perniagaan itu sendiri.Pada tahap ini kita tak bekerja sangat tetapi duit yang bekerja keras.Sebagai orang Islam masa untuk mencari duit boleh diganti untuk beribadah sebanyak mungkin.Nak tinggal di masjid tetapi duit masuk berkepuk-kepuk tiada siapa yang tahu.

 

Kesimpulan dari admin,

Apa yang HB kongsikan ini cuma asas sahaja.Teori selengkapnya ada dalam buku tersebut.Formula untuk menjadi jutawan tak susah.Yang susahnya sikap dan mentali kita untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan para jutawan sedia ada.

Jika ditanya dengan para jutawan apa yang membezakan diri mereka dengan kita cuma satu sahaja.Mereka ada impian besar.Impian untuk menjadi jutawan tanpa memperdulikan apa juga cabaran,halangan dan rintangan.

Ada berani? Jika berani jom berimpian untuk menjadi jutawan dengan menjadikan formula di atas sebagai panduan asas.

Sekian.Salam motivasi dan jumpa kalian di alam jutawan suatu hari nanti.

10 ulasan

duit bekerja untuk kita. ye sbb kita tak perlu jadi hamba duit tapi duit yang jadi hamba kita..

Formula ni bukan saja boleh guna untuk dapat duit lebih malah kalau ubahsuai sikit boleh dijadikan formula untuk buat amal ibadat untuk pahala yang lebih...

Mengendalikan kewangan dgn cara yg bijak.. come money come hehee.. Thanks sharing HB.. :)

selamat menjadi jutawan bro

itu prinsip yang bagus sekali..

soal pahala lagi bagus!

faktor urus wang amat penting untuk menjadi jutawan

terima kasih atas doa tersebut bro..

TQ bro HB, tips yang sesangat berguna... memang tak di sangkal aaa memang susah nak menyimpan kalau kita tak puanyai ilbu menyimpan yang betul..

http://supernifzvitamin.com/jerawat-tumbuh-lepas-makan-vitamin/

kalau dah tabiat..perkara yang sukar akan menjadi mudah!


EmoticonEmoticon