Blogwalking Gempak Edisi Pertama 2015

Blogwalking Gempak  Edisi Pertama 2015…Kehangatan kontest SEO Malaysia Best Blog 2015 masih terasa.Berpuluh-puluh blogger otai dan newbies mencuba peluang untuk merebut taktha juara pada halaman utama carian Google.HB tak ketinggalan dengan mempertaruhkan peluang yang nipis untuk merasai sendiri bahang kontest tersebut.

Tanpa harapan mengunung HB gagahkan juga impian untuk berjaya.HB berharap berjaya untuk membuat blogwalking gempak ke atas blog para peserta dan juga blog yang diwar-warkan terbaik oleh mereka.

Kejayaan blogwalking memang tidak menjanjikan potensi untuk menang secara fizikal.Namun jauh dalam lubuk hati dapat memenangi hati para peserta untuk  mengenali blog Hero Borneo.Mana tahu pada tahun depan blog Hero Borneo dinobatkan sebagai blog terbaik kategori mesra blogwalking.

HB sudah selesai berblogwalking ke atas blog-blog di bawah ini.Blog-blog tersebut adalah peserta terawal yang diluluskan pihak penganjur iaitu Ohduit.com dalam kontest SEO Malaysia Best Blog 2015 .

blogwalking gempak

1)Blog Hasrulhassan.com merupakan peserta paling awal dalam carta.Semua kenal pemiliknya iaitu blogger yang pemurah dengan ilmu seo blogspot.Kini mengelar dirinya sebagai Husband House yang HB rasa agak menarik.

2)HB juga sempat singgah beberapa kali ke blog orang bujang.Pemarah peramah juga orangnya kerana ada membalas komen yang HB tinggalkan.Blog yang cukup sederhana seperti blog HB ketika pembabitan awal dalam dunia berblogging dulu-dulu sekitar tahun 2009.

3)Jika tak kerana kontest ini,HB memang tak tahu tentang blog gadis menawan ini.Juga mempunyai template yang simple namun menarik kerana warna jambu.Blog ini ramai pengomen  dan HB susah nak komen lebih-lebih sebab baru pertama kali singgah.

4)Siapa yang tak kenal  pemilik blogginspired.com.HB kenal sewaktu beliau  bermain dalam platform Blogger.com lagi.Seorang blogger separuh masa dan mempunyai kepakaran dalam SEO.Bukan calang-calang tu.Biarpun kurang dikenali secara langsung namun pembabitan dalam dunia blogger mempunyai aura tersendiri.

5)Satu blog yang HB kenali sejak tahun 2012 lagi.Beliau yang suka dikenali sebagai Tok Puteh memang hebat orangnya.Dah beruban tetapi masih kacak muda bergaya.Orang Pahang yang berasal dari Ulu Cheka.Namanya antara top dalam menjana pendapatan lumayan dari affiliate.Blog yang ditulisnya juga mengguna bahasa yang mudah difahami.

6)HB juga baru mengenali blog Sally Adan.Tak banyak komen yang boleh HB katakan tentang blog ini.Apa yang pasti blog ini memang bagus juga untuk dikunjungi memandangkan ia berasaskan blogspot.Mereka ada geng yang gempak untuk saling menyokong satu sama lain.

7)Jika kalian lelaki maka amat wajar memberi sokongan padu ke atas blog yang dikenali sebagai bloggerlelaki.Setakat entri ini ditulis blog tersebut sudah mendominasi tempat teratas carian Google.com.my.Masih terlalu awal namun keupayaan blog ini amat mengkagumkan dalam bab SEO.

8)Sejujurnya HB suka blog ini.Domainnya yang menggunakan bakul2011.com mengingatkan HB tentang perumpamaan ambil bakul dan angkat sendiri.Jangan marah ye..wahai pemilik blog tersebut.

9)Selepas beberapa kali mengunjungi blog para peserta HB terjumpa lagi blog yang tak kurang hebatnya iaitu blog Solace Fasya.Memang blog untuk orang berfesyen.Memandang HB baru pertama kali bertandang ke blog ini jadi tak banyak komen la..tak pe kan.

10)Ada satu blog yang menarik juga.Domainnya adalah Kanvas Dakwat.Pemiliknya seorang yang kreatif.Penulisan memang santai.Tak berat mata memandang.Ternyata HB akui memang suka dengan blog ini.

 

Kesimpulan dari admin,

HB belum puas blogwalking secara gempak ke atas blog-blog para peserta.Ada terasa letih juga kerana jauh perjalanan.Lain la orang muda.’Keletihan’ lebih terasa pada bandwitch broadband HB.Dah semakin nipis.Jika macam tu HB terpaksa jarak untuk Edisi Kedua pula nanti.

Sekian.Salam motivasi dan gagahkan diri untuk terus berblogwalking dari hari ke sehari.Tak semua mampu buat kerana sebab tersendiri tau!

 

Rujukan Ebook Terbaik

[A] Panduan Untuk Persediaan Dan Temuduga  Separa Perubatan

[B] Panduan Percuma Untuk Suami Menjadi Hebat Atas Ranjang

[C] Panduan Untuk Wanita Yang Ingin Bekerja Dari Rumah

[D] Panduan Untuk Menjadi Orang Kaya Yang Diberkati

[E] Panduan Untuk Lulus Temuduga Pembantu Tadbir

31 ulasan

All the best HB... ramai jugak yang join kontes sebegini.... :)

eh! eh! ada bakul la kat sini...haha gud luck ye tuan tanah. Hamba datang berkunjung

sis tak join sekali ke.?

terima kasih kerana sudi berkunjung..

Terima kasih kerana singgah ke portal Pepatung. Pengisian blog saudara juga sungguh menarik. Jangan putus asa untuk blogwalking!

Hanya HH yg biasa CM terjah . Nak juga kenali blog mereka nanti ...

Ada diantaranya saya dah kenal...tapi kebanyakannya belum
In shaa Alah..boleh singgah..
Thanks HB

sama-sama.. ya semangat untuk blogwalking mesti kuat!

sekarang kod ada macam-macam..HH,HB,KK,CM,MJ dan LL

kalau macam mau usaha lebih macam HB buat sekarang ini..program singgah blog

tk kerana sudi dtg ke blog saya yang kerdil.

saya kurang rajin join contest. saya suka menulis realiti hidup jer...

persaingan ketat dengan semua peserta ini jago seo nampaknya

tak boleh join :-(( payah guna handphone..support dari belakang tabir aje boleh kan :-))

tak..pe...tulis blog realiti hidup pun ok.

para peserta semua hebat-hebat

sokong dari sebalik tabir pun bagus juga..

Senarai blog yang hebat-hebat belaka.

terima kasih bro ada mention nama blog saya sekali...kita sama-sama belajar...contest kali ni saya nak buat eksperimen smart work not hard work..hu3

blog yang akan mendominasikan halaman utama Google bro!

sebab bro terbaik ..jangan risau punya

blog BL tu memang blog wajib MJ kunjungi setiap hari..semua pun best!

sengit pertandingan ini.

HB juga akuinya begitu..pandai BL tulis blog

HB juga akuinya begitu..pandai BL tulis blog

sebab topik yang berkaitan secara langsung dengan blogger..

macam pernah aku download template nih semalam...

kalau macam tu..samalah kita...

Semuanya blog2 hebat di dunia blogging Malaysia. Tapi HB paling hebat... sebab Hero Borneo! :)

nampaknya dunia blog bakal jadi lebih meriah. :)

syukran kerana sudi singgah ke blog kak Anie.
Walaupun tak kenal lagi dengan blogger diatas,hakikat nye mereka hebat hebat termasuk HB sendiri. Semoga sukses

Thank you for the list! boleh kami blogwalking ke blog2 ni jgak. :)


EmoticonEmoticon