Bahaya Ilmu Pukau Kepada Manusia

Bahaya Ilmu Pukau Kepada Manusia…Tentu ramai yang takut mendengar ilmu pukau.Tambahan pula ilmu pukau lebih banyak buruk dari baiknya.HB faham ada yang cuba mengaitkan hipnosis dengan pukau.Maaf ya.Pukau adalah satu ilmu yang tak sama walaupun tujuannya untuk menghilang pemikiran sedar manusia.

ilmu pukau

Pukau adalah ilmu yang menggunakan  teknik sihir.Keberkesanan pukau banyak dibantu oleh makhluk halus,jin kafir dan keluarga syaitan serta iblis.Awas sama sekali.Orang Islam amat dilarang untuk bersetongkol dengan golongan yang direjam ini.Sebab itu ada negara yang tidak mengiktiraf aktiviti pukau walaupun untuk tujuan perubatan.Cuma di Malaysia pengamal dukun mistik masih bergerak macam biasa tanpa pemantauan yang serius.

Dalam ilmu pukau memang menggunakan mantera dan jampi serapah.Saranan ini tujuannya untuk memanggil jin agar minda,emosi dan jiwa manusia dapat dikawal.Penangannya amat dahsyat kerana pukau menyebabkan seseorang boleh mengeluarkan duit di mesin ATM,gelang emas ditangan dan merompak dalam rumah diam-diam.

Biasanya para dukun,bomoh dan pakar ilmu hitam akan mengajar ilmu ini kepada mereka yang berminat.Tujuaan mereka belajar rata-rata untuk kejahatan.Sebab itu  ilmu pukau tidak diajar secara ilmiah di pusat pengajian mana-mana dunia ini.Ingat belajar ilmu yang salah boleh memakan diri.Jadi jangan cuba-cuba kerana ilmu pukau bukan untuk hiburan.Ilmu silap mata boleh.Itupun untuk permainan dan keseronokan semata-mata.

Secara teorinya ilmu pukau memaksa mangsa untuk kepentingan pemangsa.Pukau ini menyebabkan kezaliman dan aniaya kepada mangsa.Sungguhpun jarang berlaku namun jangan kita terleka kerana pengamal ilmu pukau sentiasa mencari peluang untuk mengenakan mangsa mereka.

Bagaimana kita boleh mengelakkan  dari ilmu pukau?.Tak susah kepada mereka beriman kerana apa jua ilmu mistik begini semuanya berlaku dengan izin Allah SWT.Minta pertolongan kepada Allah SWT.Doa,baca surah 3 Qul dan ayatul Qudsi.insya Allah amalan ini menjadi pedinding kepada tubuh badan kalian.

Selain itu ada juga petua yang boleh diamalkan dalam memberi penawar kepada ilmu pukau.Antaranya memakai minyak wangi kasturi putih,minum air limau nipis dan mengamalkan meditasi sistem pelindung aura.Ia satu cabang ilmu dalam minda separa sedar.Jika ada info lengkap boleh HB kongsikan lain kali.Sekarang ingat-ingat lupa pula tentang sistem pelindung aura.Jangan pula keliru dengan Qu Puteh.

Kesimpulan dari admin,

Dalam entri ini HB cuma menjelaskan secara ringkas bahaya ilmu pukau kepada manusia.HB tidak ada minat mendalam untuk mempelajari apatah lagi mengamalkan ilmu pukau.

Sekian,Salam motivasi.Sehingga bertemu lagi jauhi diri anda dari ilmu pukau demi keselamatan diri dan keluarga.

 

Jika ada dikalangan kalian yang ingin sangat ilmu terbaik jangan segan untuk singgah mencari ebook dalam blog >>> BUKU ONLINE

30 ulasan

memang bahaya ilmu ini banyak disalahgunakan untuk menipu dan mengambil harta orang lain

Assalammualaikum... HB,

Bahaya amalkan ilmu pukau... moga2 kita dijauhkan daripada terkena pukau apatah lagi mengamalkan pukau.

mselim3

Bahaya...
especially kalau dlm keadaan terdesak atau orang itu sememangnya jahat..pasti sanggup melakukan apa saja tanpa ingat dosa pahala

Thanks sharing HB.
Salam kenal :)

MJ selalu pukau suami je hahaha

Memang bahaya... Kawan saya pernah kena. Di pukau sehingga banyak habiskan duit untuk lelaki berkenaan. Semoga Allah sentiasa melindungi kita dari perbuatan jahat ni...Amin...

memang itu tujuan mereka..

Waalaikumsalam... mselim3,

Harap-harap kita semua Allah lindungi dari terkena dan mengamalkannya,

biasanya orang berniat jahat memang terdesak

HB faham maksud MJ..tentu beruntung suami MJ selalu kena pukau..he..he..

salah siapa kalau layan lelaki macam tu..semoga menjadi iktibar kepada orang lain..

sebab tu seelok2nya kena ada pendinding diri dari ayat2 al-quran.
nak elak dari benda macam ni.

Pergh ~ aku selalu terpukau dengan bini aku.. haha..

Tapi benda ni memang bahaya.. banyak yang tak percaya benda pukau ni sekarang.. sebab tu tiada persediaan kalau terkena benda ni.. yang penting, sentiasa mendekatkan diri kepada Allah..

Saya suka bila Nabil pukau Hazama dalam MLM baru baru ni. Hehe.

Nenek saya pernah kena pukau, habis gelang emas.. duit semua dia bagi kat si pemukau tu.

jangan pukau orang tapi pukau pelanggan tak mengapa.

semoga tdk terkena ilmu pukau ni ... ngeri .

memang perlu terutama bila berada dalam khalayak yang ramai..

pukau macam tu bagus..jangan terpukau kepada bakal skandal...tak bagus!

mungkin Nabil guna stage hypnosis ke atas Hazama...

itu menyebabkan kita marah kepada si pemukau nie..kesian kan!

pukau pelanggan untuk gores dan menang ..tak baik juga tu

kalau sentiasa ingat Allah ..benda ini memang tak akan jadi punya..percayalah

bahaya. toksah la nak belajar ilmu khurafat ni

BLOG OH! BLOG

ya..jangan sesekali belajar!

nauzubillah...memang bahaya kena pukau ni..papa kedana dibuatnya

sebab itu perlu hati-hati..

memang bahay..silap2 ada yang kena rompak atau kena culik...

kena culik tu,paling bahaya moga kita semua dijauhkan..amin

risau juga ilmu pukau nie. sbb kita takde kesempatan pun nak bela diri pun (dah kena pukau, nak buat camne kan?) moga Allah melindungi kita semua..

Allah SWT..sentiasa lindungi hambaNya.


EmoticonEmoticon