4 Bidang Yang Menjana Kekayaan

4 Bidang Yang Menjana Kekayaan…Seandainya kalian nak menjadi orang kaya jangan lupa untuk menceburi 4 bidang yang akan HB huraikan dibawah ini.Bidang ini sama ada nak dikuasai semua atau salah satu daripadanya.Ia adalah kunci untuk membuka kekayaan ke dalam hidup kalian.Bukan HB yang kata tetapi orang telah berjaya dan kaya berkata demikian.

menjana kekayaan

Bidang-bidang yang bakal HB didedahkan ini bukan perkara baru.Dari dulu bidang ini tetap sama cuma potensi sahaja yang berbeza.Jadi kalian perlu pilih yang mana satu untuk diceburi.Nak pilih semua pun tak apa.Janji kalian ada kemampuan untuk melakukannya.

1.Perniagaan

Memang ada logiknya kerana sumber rezeki adalah 90 peratus dari perniagaan mana 10 peratus sahaja dari makan gaji.Belum pernah dalam sejarah seorang pekerja makan gaji RM1000 sebulan selama 35 tahun boleh menjadi jutawan tanpa ada sumber pendapatan lain.Baik dari simpanan atau pelaburan ataupun emas

Melalui perniagaan maka Tan Sri Mokthar Bukhary,Warrent Buffet,Ingvar Kampard dan semestinya ramai lagi telah menjadi kaya raya.

2.Hartanah

Seseorang yang berani dan berjiwa kental seperti Donald Trump telah membina sumber kekayaan melalui bidang ini.Bidang hartanah mempunyai potensi yang cukup luas dan persaingan tidak begitu sengit.Ini kerana menceburi bidang ini memerlukan modal duit yang cukup besar

Menurut pakar hartanah dunia seperti Robert Kiyosaki memulakan bidang ini kena bijak mencari peluang.Selain itu bersabar menghadapi sebarang spekulasi harga naik dan turun.Jika tahu ilmu lebih mendalam apa kata baca Rahsia Ejen Hartanah

3.Pemasaran kewangan

Lebih tepat lagi kalau kita merujuk kepada Financial Market.Ia satu bidang yang merangkumi insuran,unit amanah,komoditi,mata wang dan sebagainya yang berkaitan.Tidak hairan ada perancang kewangan yang menjadi jutawan kerana mahir mengurus pelaburan saham.HB cuma teringat  dengan kejayaan Adam Khoo dalam bidang ini.Beliau merupakan rakyat Singapura yang menjadi jutawan dalam usia yang amat muda,

Bagi HB bidang ini amat luas potensinya terutama kepada masyakat Islam dalam takaful dan unit amanah.Tambahan pula celik wang belum tahap maksimum ke dalam masyarakat bumiputera .Tabiat kita suka berbelanja wang daripada mencari wang lebih.HB saran teliti ilmu kewangan dalam panduan ini

4.Internet

HB mula kenal internet dari dulu lagi.Pada masa itu kecoh satu Malaysia dengan kejayaan Irfan Khairy yang berjaya menjadi jutawan dalam umur yang sangat muda.Ketika itu juga HB telah berimpian menjadi jutawan sebagaimana beliau.Sehingga sekarang HB telah berada dalam dunia internet sebagai seorang blogger yang memiliki beberapa blog.

Dalam dunia internet beberapa tokoh orang kaya muncul secara mendadak seperti Larry Page,Mark Zuckerberg,Michael Dell dan ramai lagi.

JIka nak berjaya macam mereka HB amat galakkan kalian membaca Panduan Income Hebat dari Internet.

 

Kesimpulan dari admin,

Kini terpulang kepada kalian nak menceburi bidang apa yang dimahukan.Tepuk dada tanya iman dan ketuk kepala tanya minda.

Perlukan diingatkan kalian hanya memilih bidang yang mempunyai permintaan tinggi dan potensi yang tidak tepu.

Sekian.Salam motivasi dan berimpian untuk menjadi orang kaya.

36 ulasan

saya baru cuba langkah yang pertama.

langkah pertama sebelum pergi langkah kedua..

bisness mmg mudah jadi jutawan tapi perlukan jiwa yg kental menghadapi turun naik bisness ...

bukan jiwa bisnes...:-))

Betul bro.. kalo buat secara sambilan pun.. tebal dompet terus.. huhu

Saya mencari yang bisa buat kaya dunia akhirat Bang

jiwa boleh dibentuk dengan keinginan yang kuat..

tak pe..ada 3 lagi bidang yang boleh diceburi..

sambilan atau sepenuh masa tak kisah..janji betul strateginya

kalau macam tu..buat bisnes dalam bidang agama.

baru nak belajar ni... ingat nak cuba dua dari yg disenaraikan di atas lah...

Antara 4 bidang yang disebutkan dalam entri ni, cuma bidang Internet je yang saya rasa saya boleh pergi jauh. Bidang-bidang lain tu, perlukan modal yang besor. Sekarang ni saya harap internet aje la sebab kalau ada keluarkan modal pun, takdalah sampai kena beribu-ribu. Takat puluh-puluh tiap bulan tu, orait la kan.

memang betul perniagaan adalah lubuk jadi kaya. zaman sekarang tak semestinya mesti ada modal ribu-ribu untuk berniaga. paling penting kesungguhan & dan sanggup berkorban

Cita-cita saya sekarang ke arah perniagaan dan hartanah, insyaAllah akan terlaksana.

perniagaan tu memang lubuk utama menjana pendapatan

cuba dan buat bro..insya Allah boleh berjaya

betul tu..saya keluarkan modal untuk internet kurang dari seratus setiap bulan selama 3 tahun dah..kalau simpan banyak gak tu!

bab kesungguhan dan sanggup berkorban tak ramai yang buat

bagus bro..semoga berjaya hendaknya

kebenarannya memang tidak dapat disangkal tu..

berniaga di internet salah satu bidang yang saya jalankan sekarang ini. Dan ianya menjadi salah satu lubuk utama pendapatan saya.

yang penting apa pun yg dicuba kena ada minat dan azam yang tinggi..kalau buat hangat2 tahi ayam memang apa sahaja perkara baik yang diceburi mungkin tak dapat hasil maksimum..

sedang mencuba dengan cara ke-4 tu
harap2 menjadi

Memang betul 4 bidang tersebut boleh menjana kekayaan. Tapi mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang itu juga perlu kaya dengan kerajinan, kesabaran, keyakinan & ilmu.

wow! bagusnya begitu..semoga terus sukses!

ya..minat dan azam yang paling penting..

insya Allah bro boleh berjaya..tapi ambik masa juga tu.

ya..itu adalah suplimen untuk berjaya..

Bak kata orang, bukan senang nak senang, bukan susah nak susah hehe

Yakin,usaha,doa,tawakal

sebetulnya begitu...

Skill..jiwa yang tabah serta minat juga adalah element yang penting

Skill..jiwa yang tabah serta minat juga adalah element yang penting

Skill..jiwa yang tabah serta minat juga adalah element yang penting

ya,..saya pasti setuju!


EmoticonEmoticon