Ustaz Azhar Idrus Daie Sejuta Ummat

Ustaz Azhar Idrus Daie Sejuta Ummat.. .Ia adalah judul sebuah buku yang HB baca baru-baru ini.Siapa yang tak kenal ustaz yang berjanggut tebal ini.Beliau menjadi viral di media sosial terutama platform Youtube.Sungguh beruntung HB sempat menghabiskan bacaan tentang buku ini.Mana taknya agak sibuk bekerja,berblogger dan berkeluarga bukan alasan untuk tidak membaca buku.

UAI
Sumber : Abunuha.wordpress.com
Ustaz Azhar Idrus seorang pendakwah yang menggunakan pendekatan santai.Sebab itu ramai anak-anak muda dapat dijinakkan naluri mereka kepada dakwah.Secara lumrahnya tak ramai anak muda termasuk orang tua gemar perkara-perkara yang melibatkan soal agama.Namun dengan kehadiran pendakwah yang popular secara maya dan nyata ini telah mengubah persepsi mereka.

Usaha yang dilakukan oleh penulis Riduan Mohammad Nor amat HB puji.Beliau telah menulis kisah perjalanan Ustaz Azhar Idris dengan begitu baik.Jadi dapatlah para peminat ustaz ini mengenali tokoh idaman mereka dengan coretan yang belum terbongkar di alam siber.
Buku ini nipis sahaja.Ada 212 mukasurat yang HB kira mudah untuk dihabiskan dalam seminggu.Ini pengiraan yang biasa.Kalau pembaca tegar pasti menghabiskan 3 hari.
HB kekurangan masa juga nak membaca.Sibuk menulis blog,blogwalking dan mencari ilmu hipnosis.Namun kerana persembahan buku ini terbaik dan menarik segala halangan tadi mesti diatasi segera.

Awal persembahan buku ini membicarakan beberapa tokoh pendakwah yang terkemuka.Mereka ini bagaikan pencetus fenomena walaupun zaman itu belum ada media sosial yang ‘gila-gila’ sebagaimana sekarang.Antaranya tokoh Imam Hassan al-Banna,Syeik Abdul Hamid Kisk,Kiai Zainuddin  MZ,AA Gym,Tuan Haji Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Ustaz Shamsuri Ahmad.
Kini kelahiran pendakwah Ustaz Idrus Azhar telah menyambung fenomena dakwah di negara kita.Pengaruh beliau cukup kuat.Tarikan aura bagaikan magnet.Kata-kata menjadi ikutan dan pegangan.

HB amat tertarik membaca buku ini.Terpaku dan terpukau dengan gaya bahasa yang mudah dan berkesan.Jadi sesiapa yang nak memilikinya jangan ragu-ragu kerana pelaburan ilmu tiada ternilai dengan wang ringgit yang kita keluarkan.Tambahan di akhir buku ini ada diselitkan soal jawab tentang soal agama.Pastinya cara Ustaz Azhar Idris merungkai segala soalan amat menyakinkan.Insya Allah.

Kesimpulan dari admin,

Membaca perihal seorang pendakwah seperti Ustaz Azhar Idrus memberi motivasi kepada HB.Lebih-lebih lagi pendakwah yang ada populariti dan kejayaan terbilang.Mereka boleh menjadi inspirasi kerana sumbangan mereka bukan untuk duit semata-mata tetapi lebih kepada manfaat agama dan kehidupan ini.Walaahualam.

Sekian.Salam ceria dan jangan lupa untuk menambahkan ilmu pengetahuan dengan singgah di blog Buku Online.

14 ulasan

Perkongsian dari seorang yg ilmuan itu pasti datang bersamanya keberkatan. T kasih atas perkongsian ini HB. Semoga bersama kita semua diberkati... aamiin.

UAI sememangnya pencetus kepada gaya ceramah yang santai yang dapat menarik semua golongan untuk mendengar ceramah agama beliau. Cara beliau menjawab persoalan pun sangat menarik.

memang minat dengan gaya penyampaian UAI..santai dan bersahaja..juga lawaknya dalam ceramah amat mencuit hati..

Amin..sama-sama tuan.

kalau buat blog macam tu..memang best juga kan..

lawak dan santai menjadi kesukaan ramai orang!

Memang aura Ustaz Azhar Idrus membuat ramai remaja tertarik dengan penyampaiannya yang bersahaja tetapi diselit dengan kurauan. Saya suka cara beliau berceramah tentang agama, ia mencetus dan membuka minda anak-anak muda.

tentu best baca buku nie sebab nak tahu perjalanan hidup UAI

UAI memang terbaik bro..

betul bro..memang best!

Dah baca dah buku ni.. memang UAI ustaz yang sempoi.. hehe

baguskan buku ini...

beliau berjaya menarik perhatian anak-anak muda untuk berubah ke arah yang lebih baik.

UAI memang satu fenomena! Kene beli buku ni sebab boleh tahu detail pasal tokoh agama yang bawa banyak perubahan pada arena dakwah kita


EmoticonEmoticon