Review Buku : Panduan Mencari Maklumat

Review Buku : Panduan Mencari Maklumat…Baru-baru ini HB berpeluang membaca satu buku.Kiranya buku yang cukup menarik dan amat wajar dibaca oleh peminat buku,pencari maklumat dan pencinta ilmu.Sebab dengan membaca sahaja otak kita boleh bekerja dengan optimum dan tak ‘berkarat’ begitu sahaja.

Hero borneo2505 

Buku ini ditulis oleh seorang pustakawan di Perbadanan Putrajaya iaitu Irma Indayu Omar dan Prof.Madya Dr.Yushiana Mansor,seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.HB amat berpuas hati dengan hasil gabungan idea mereka berdua.Satu perkataan  boleh menjelaskan pendirian HB iaitu terbaik.

Pada tahun 2005 buku ini telah dicetak.Ia diterbitkan oleh PTS Professional Publishing Sdn Bhd.Ketebalan buku ini cuma 155 mukasurat sahaja.HB percaya boleh menarik perhatian pembaca yang suka membaca buku santai,ringkas tetapi padat.

Ada 10 bab yang saling berkait antara satu sama lain.Misalnya bab Era Maklumat dan cabaranya ada kesinambungan dengan Literasi Maklumat.Lain-lain bab boleh diketahui dengan membeli buku ini di pasaran.

Janga hairan selepas habis membaca buku Panduan Mencari Maklumat kalian akan lebih faham apa itu maklumat.Malah hasrat kerajaan untuk melihat rakyat Malaysia menjadi celik maklumat  bakal terlaksana jika ilmu yang ada dalam buku ini dapat diterapkan dengan sewajarnya.

Harga buku yang ditawarkan ketika entri ini ditulis cuma RM18.00 senaskah di Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak ialah RM21.00.Tentu bukan bebanan untuk memiliki buku ini lebih-lebih lagi ilmu terlalu tinggi nilainya.

Sekiranya kalian terlalu mencintai ilmu tak kira dari buku atau buku online maka membaca adalah tindakan yang paling bijak sekali.Oleh itu kalian boleh mendapat ilmu yang terbaik dan pilihan ilmu yang luas dalam blog BUKU ONLINE.Jangan lupa untuk singgah di blog tersebut.

Kesimpulan dari admin,

Maklumat adalah kuasa sekarang ini.Orang yang bertindak dengan maklumat yang berkrebiliti akan lebih berkuasa.Jadi kalian sudah tiada pilihan selain mendepani arus maklumat tanpa batasan.

HB juga ingin memaklumkan kepada para pembaca setia blog (sekiranya ada) bahawa terbitan entri selang sehari.HB sudah kekurangan masa untuk mengemaskini setiap hari kerana hendak mengurus beberapa blog yang lain pula.

Sekian.Salam motivasi dan tetap ceria menjalani kehidupan ini.

10 ulasan

Buku itu gedung ilmu... Membaca, praktikkan dan sampaikan.

Membaca jambatan ilmu.
Sebab dengan membaca kita akan celik maklumat.

Menarik buku ni.. thanks sharing HB.

setuju dengan bro..maklumat amat penting zaman sekarang..

memang buku adalah gedung ilmu..

celik maklumat menjadikan kita orang yang power..

betul..buku ini memang menarik

sebab sekarang zaman maklumat..

nak berjaya kena juga banyak membaca..

itulah pilihan yang terbaik setakat ini...


EmoticonEmoticon