Pengenalan Ilmu Hipnosis Secara Ringkas

pengenalan hipnosis

Pengenalan Ilmu Hipnosis Secara Ringkas…Istilah hipnosis atau hipnotis adalah sama.Namun pemahaman cetek  kita tentang hipnosis adalah ilmu pukau,ilmu penunduk atau apa sahaja yang konotasinya ke arah negatif.Sebenarnya bukan.Jauh sekali maksudnya.Nanti HB huraikan demi mengurangkan kekeliruan yang bermain di minda.

Hipnosis ada sejarah yang mesti kita selongkar dan bongkar.HB berharap sesiapa yang membaca entri ini akan lebih faham dan tidak tersalah anggap tentang hipnosis.Bolehkan.Ya pasti boleh.

Tenangkan fikiran,perasaan dan cuba fokus satu persatu apa yang HB tulis dalam entri ini.Letakkan diri diri kalian dalam suasana rileks dan santai.Jangan tergesa-gesa.Jika rasa kelam kabut lebih baik tutup mata dan tarik nafas dan hembus perlahan-lahan.Ini adalah contoh saranan minda akan membolehkan  kalian dihipnosis dengan persetujuan anda sendiri.

Proses hipnosis akan berlaku jika kalian setuju untuk berbuat demikian.Tiada unsur paksaan atau paksa rela.Demi memenuhi permintaan sahabat blogger HB, iaitu Blogger Lelaki maka HB cuba untuk menulis satu entri pengenalan tentang hipnosis.

Hipnosis berasal dari perkataan Yunani iaitu "hypnos".Ia bermaksud nama dewa tidur bagi orang Yunani.Sebenarnya tidak tepat jika kita merujuk kepada penggunaannya yang sebenar.Orang yang berada dalam hipnosis masih sedar cuma badan mereka sahaja seperti orang tidur kerana kesan relaksi yang tinggi.Fikiran dan minda mereka dapat mendengar suara dari luar.Malah boleh memberi respon sebagaimana orang yang sedar.

Orang yang berada dalam hipnosis boleh menjawab soalan yang dikemukakan.Mereka boleh menerima apa-apa saranan dari luar yang dilakukan oleh ahli hipnosis.Sebab itu tidak digalakkan menghipnosis orang lain tanpa ilmu atau pertauliahan yang cukup.Kesannya amat dahsyat kerana berlaku ekplorasi ke atas minda bawah sedar.Silap input boleh memberi mudarat.

Secara ilmiahnya hipnosis merujuk kepada “Hypnosis is the by-pass of the critical factor of the conscious mind followed by the establishment
of acceptable selective thinking”  Ia telah ditafsiran  di U.S. Department of Education, Human Services Division.
Ada sesiapa yang nak menterjemah bahasa Inggeris ke dalanm bahasa Melayu.

Pemahaman HB yang tak berapa pakar ilmu bahasa ialah hipnosis merupakan satu proses penembusan saranan logik akal terus ke minda bawah sedar tanpa sekatan.Apa-apa saranan kalian (selaku diri sendiri) atau ahli hipnosis  masuk tanpa dihalang oleh minda sama ada perkara itu baik atau tidak.

Dalam erti kata yang lain hipnosis ialah seni komunikasi ke atas minda separa sedar seseorang sama ada dengan melakukan dengan diri sendiri atau orang lain yang dikenali sebagai jurulatih hipnosis.Seni komunikasi ini berbentuk saranan minda atau ungkapan yang mesti difahami oleh akal.

Anak-anak yang berusia 3 tahun memang tidak boleh dihipnosis kerana minda mereka belum memahami apa jua bentuk saranan.Begitu juga orang gila kerana otak mereka memang tak akan masuk apa-apa bentuk komunikasi.Malah orang Afrika atau Negro pun tidak boleh menghipnosiskan kita kerana mereka tidak menggunakan bahasa yang kita boleh fahami.

Apa yang selalu berlaku mereka memukau dengan pandangan mata  melalui teknik paksaan penguasaan minda bawah sedar baik secara alami maupun dengan bantuan jin atau cara sihir.Perlu jelas bahawa hipnosis bukan proses memukau dengan kuasa magis atau melakukan tanpa kerelaan seseorang.Ia adalah seni saranan minda yang diizinkan.

Proses memasukkan saranan ini dapat dilakukan setelah seseorang berada dalam trance yang tinggi.Maksudnya seseorang yang berada dalam keadaan amat relaks seperti keadaan antara sedar dengan keadaan nak tidur.Misalnya gelombang otak Beta akan direndahkan menjadi Alpha atau Theta.

 

Kesimpulan dari admin,

Kejayaan memasukkan saranan postif dalam minda seseorang bukannya mudah.Cabaran sebenar ialah memberi keyakinan terhadap apa yang kita lakukan.Kuasa yakin seperti booster penting untuk merangsang keberkesanan proses hipnosis.

Ia bergantung kepada kemahuan dan keyakinan  seseorang.Sebagai seseorang bakal jurulatih hipnosis yang bertauliah proses hipnosis ke atas diri sendiri adalah wajib.Jika berjaya maka peringkat keyakinan menghipnosis ke atas orang lain juga meningkat.

Sekian.Salam motivasi dan ceria selalu dari HB.

 

p/s:Entri ini HB tulis dengan berhati-hati.Proses penulisannya mengambil masa yang cukup lama.Jadi tolong kemukakan soalan sekiranya masih belum faham atau keliru.Risiko kefahaman yang salah  mesti dielakkan.

 

Rujukan kredit kepada : http://www.masterhipnotis.com/  melalui Ebook Hipnotis Gratis.

Hipnosis Untuk Kahwin Dua’’

25 ulasan

Semoga dgn kefahaman ttg ilmu hipnosis ini dpt membuka ruang yg lebih besar membantu mereka yg memerlukan yg adakalanya tidak dapat dibantu dgn jln perubatan biasa..

apaa yang mak jemah faham adalah kawal minda bawah sedar..minda bawah sedar ni lagi power dari minda kita yang biasa...sebab tu kena rangsang minda bawah sedar ni dengan menyatakan kita boleh buat sesuatu dan benda tu akan mudah dapat kita capai bila minda bawah sedar dah diyakini...

dulu macam teringin nak belajar mende2 mcm ni... tapi rasanya ilmu memukau adalah beban kepada diri sendiri... kena selalu praktis dan kena ada subjek yg nak di pukau...

terima kasih sharing

mudah2an penglibatan n kemahiran HB dalam bidang nie dapat memberikan manfaat kepada mereka yg memerlukannya..iAllah.

Sronok dapat ilmu tentang hipnosis. Teringin nak blajar

barulah gua lega lepas baca entri nie bro..sebab dah banyak kali bro tulis pasal hipnosis nie..gua dah rasa macma nak kena pukau..hahaha..entri yang bagus bro..sebab mungkin ada orang tersalah faham antara hipnosis dan pukau

sukar juga nak faham
terutamanya bila nak buat hinosis ke atas diri sendiri

Takut pulak nak belajar menda gini. Bisik kat diri sendiri je la ayat-ayat positif. Hehe

best jugak kalau reti ni.. hhahahha

yakin posiitf dalam diri, ibarat hipnosiskan diri sendiri..kalau cara mak jemah biasa akan cakap ulag-ualang, atau bisik ulang-ulang, boleh buat boleh buat..lama-lama yang tak boleh tu dah jadi boleh...

saya faham maksud hipnosis tetapi tak paham maksud penulisan hipnosis.

wah..pandangan tuan cukup bernas sekali..

ya..kalau mak jemah bijak mengekploitasi ilmu ini...maka mak jemah akan menjadi orang yang luar biasa.

maafkan saya bro..nampaknya bro belum faham konsep hipnosis yang sebetulnya.Pukau lain dan hipnosis lain..pukau adalah ilmu yang salah manakala hipnosis adalah ilmu komunikasi minda yang kini diberi tauliah oleh badan tertentu.

terima kasih kerana memberi sokogan ..

ada kesempatan jom belajar..manfaatnya amat besar untuk kehidupan kita

proses memahami hipnosis memang sukar bagi kebanyakkan orang..ada yang senang faham jika ada pengetahuan dalam bidang minda ini..HB dah minat benda ini sejak sekolah lagi..he..he..

buat hipnosis ke atas diri sendiri tak susah,,,yang susah adalah istiqamah supaya ia benar-benar berlaku,,,insya Allah HB akan kongsikan teknik-teknik nak hipnosis diri sendiri dalam entri yang akan datang..

jangan takut..ia adalah ilmu semula jadi...semua orang boleh kuasai.
bisik ayat-ayat positif adalah hipnosis juga namanya ..cuma teknik yang betul boleh memberi kesan maksimum

ia adalah ilmu yang cukup bagus bro...

bagus mak jemah...insya Allah jika konsisten Mak Jemah boleh jadi insan hebat dengan cara hipnosis begini..HB saran mak jemah buat ketika nak tidur dan bangun tidur.pada masa itu otak mak jemah dalam keadaan trance..atau gelombang perlahan..semua benda absorb dengan maksima sekali.

jika berkesampatan ..HB akan buat penulisan hipnosis nanti..pembaca akan terpukau dan terpaku untuk terus membaca entri tersebut..pada masa ini HB belum mahir lagi..baru nak kenal asas sahaja..he..he..

Perumpamaannya,

Ibarat kapten kapal dan anak kapal.

Kapten kapal ialah minda sedar.

Anak kapal ialah minda separa/bawah sedar.

Minda separa sedar tidak tahu perkara baik mahu buruk.

Dia cuma tahu ikut arahan. Dan ia tiada batasan.

Minda separa sedar terletak di otak kanan (EQ).

Jadi, bila kapten kata terjun dalam laut. Anak kapal pun terjun dalam laut walaupun kita tahu ia berbahaya. Tapi anak kapal tak tahu benda ni.

Macam bro katakan tadi, kalau tersalah masuk info boleh jadi teruk.

Tapi bila masuk info betul, maka jadi bagus.

Sebenarnya, kita hari-hari dah kena hipnosis. Cuma sedar dan tak sedar ja.

Contoh:

Mak kata kat anak dia, "Kamu ni seorang yang bagus."

Hari-hari mak dia kata kat anak dia, maka bila dah besar anaknya jadi bagus.

Tapi bila mak dia kata kat anaknya perkataan negatif, berkali-kali. Maka itulah anaknya dah besar jadi negatf (nakal, banyak masalah dan sebagainya).

Oleh sebab itu, apa yang kita fikir, rasa dan buat hari-hari menentukan nasib kita.

Harap membantu. :)

Dan terima kasih bro sudi share ilmu ini.

pandangan bro memang tepat dan relevan sekali..terima kasih kembali kerana sudi berkongsikan juga pemahaman bro tentang hipnosis

agak jarang mendengar mengenai ilmu ini..
bagus juga untuk pengetahuan umum


EmoticonEmoticon