Kisah Pahit Rusuhan Natrah 1950 (2)

Kisah Pahit Rusuhan Natrah 1950…Sambungan kisah dari entri sebelum ini.HB telah kongsikan cerita tersebut dengan panjang lebar.Namun HB terpaksa berhati-hati supaya menjaga elemen sejarah tak lari dan sentiasa tepat dengan fakta.Memang mencabar namun demi perkongsian kisah yang bersejarah ini HB peruntukkan masa yang banyak untuk menulisnya.

rusuhan natrah

Perkahwinan Natrah dengan Mansor Adabi telah memberi peluang kepada ibubapa asalnya membuat saman semula melalui Ordinan Hak Penjagaan Anak.Mereka mendakwa perkahwinan tersebut tidak sah.Natrah mesti dikembalikan kepada bapanya di Belanda.Ternyata keputusan mahkamah pada 2 Disember 1950 memihak kepada pihak pendakwa.

Keputusan mahkamah ini telah mencetuskan kemarahan orang-orang Islam ketika itu.Mereka menyuarakan melalui akhbar.

Isu Natrah menjadi semakin panas setelah akhbar-akhbar di Belanda dan Britain serta Singapura mengecam Che Aminah dan Mansor Adadi.Serangan balas melalui akbhar Melayu dan Inggeris juga dilakukan dari Singapura dan Tanah Melayu.Misalnya akhbar Melayu Raya dan Dawn.

Pada mulanya kemarahan masih terkawal bagi umat Islam ketika itu.Namun tindakan membawa Natrah tinggal di Gereja Good Shepherd dan tajuk berita ‘Natrah Melutut pada Patung mary’ telah memberi kemuncak kemarahan.Berlakulah rusuhan rakyat pada 11 Disember 1950 yang mengakibatkan 18 maut,173 cedera dan 200 kenderaan rosak dan terbakar.

Pemimpin rusuhan seperti Karim Ghani,Dr Burhanuddin al-Helmi,Taha Kalu,Darus Sharrif telah ditahan selepas seminggu kemudian.Sehari selepas rusuhan iaitu pada 12 Disember 1950 Natrah berjaya diterbangkan ke Belanda bersama ibunya.Natrah tiada lagi di Tanah Melayu tetapi kesan tragis kisah ini menggemparkan isu agama dan kenegaraan.

Kisah hidup Natrah tidak seindah dibayangkan.Natrah bersatu semula dengan keluarganya di Bergen Op Zoom,Belanda.Ketika itu Natrah sudah  berumur 18 tahun dan telah berkahwin dengan J.G Wolkenfelt.Jodoh mereka tidak panjang kerana bercerai pada 1979.Ada dikhabarkan Natrah telah dituduh cuba membunuh suaminya sendiri.

Selepas penceraian tersebut Natrah berkahwin pula dengan Tom Ballermans.Mereka juga bercerai sehingga memaksa Natrah ke Amerika Syarikat bersama teman barunya iaitu Ben Pichel.Mereka hidup bersama tanpa ikatan dengan sekian lamanya.Pendek kata keseluruhan hidup Natrah tidak tenteram dan penuh penderitaan emosi dari kecil sehingga usianya dewasa.

 

Kesimpulan dari admin.

Kisah versi Natrah masih berlaku pada masa kini.Ia adalah perebutan anak yang berlainan agama dan bangsa.Paling sedih isu agama menjadi kontroversi.Sungguh perkara yang melibatkan agama amat sensitif.Ada yang sanggup mati demi agama.

HB berharap toleransi mesti dijaga supaya isu sensitif tidak menjadi seperti api dalam sekam.Pendapat HB tentang kisah ini ialah Che Aminah berjuang untuk agama kepada  Natrah walaupun tidak dinyatakan secara rasmi Natrah sudah memeluk Islam.( bapanya non muslim tetapi ibu asalnya muslim).Dalam masa yang sama soal penjagaan anak adalah perjuangan hidup dan mati kepada ibubapa asalnya.Nilai kasih sayang tidak dibatasi oleh sempadan dan suasana.

Sekian.Salam motivasi dan semoga mendapat iktibar dari kisah ini.

 

Kredit kepada sumber : Buku Gerakan Anti njajah Di Malaysia 1511-1950 hasil tulisan Dr.Abdul rahman Haji Abdulalh.

26 ulasan

Bagi kita umat Islam... kisah Natrah adalah satu kisah hitam dalam catatan sejarah panjang negara ini... mungkin sebelum tu sudah pernah berlaku tapi tak pernah diceritakan kepada kita dan tidak berlaku perkara besar seperti rusuhan... kalau kita ke Indonesia, cerita cerita permasalahan agama telah lama berlaku sejak dari zaman dahulu sampai sekarang...

nampak gaya banyak perkara yang saya kurang tahu akan sejarah seperti ini

kisah natrah ni memang jadi kontroversi besar jugak pada ketika itu kan. walaupun kisahnya dah lama berlaku tapi kesiannya natrah kerana menjadi mangsa pada keadaan..

Catatan penting sejarah malaysia,.,

dah macma drama..tapi kisah nie patut difilemkan..setahu aku kisah ni pernah dibuat teater

Saya pernah baca Mastika, dia ada kembali ke Terengganu. Melawat kubur Che Aminah. Mansor Adabi masih ada namun tidak banyak memberikan kerjasama. Pasti kisah ini pahit untuk ditelan semua orang. Semoga ia jadi pengajaran buat semua. Terima kasih HB.

Perebutan anak sememangnya memberikan kesan pada anak tersebut. Kesian sebenarnya pada Natrah. Beliau jadi mangsa.

permasalahan agama boleh diatasi dengan undang-undang yang ketat

tak semua perkara yang boleh kita tahu..

ya..memang kasihan dengan Natrah..

ia sebenarnya melibatkan 3 buah negara..Malaysia,singapura dan indonesia..

ya..memang ada pun..filem pun sudah

sama-sama diana..Mansor Adabi mungkin kecewa sangat tu..

soal anak adalah perkara universal..

Kesian Natrah menjadi mangsa keadaan

ya...memang sungguh kasihan!

Moga menjadi iktibar kita semua.. bila kak diana mention Mastika.. baru teringat pasal tu.. hehe

Menarik.
Ada mesej disebalik kisah ini.
Malah ada juga yang berlaku zaman sekarang.

Rasanya dalam silibus sejarah di sekolah memang tiada la.

isu Natrah banyak disentuh dalam media massa..

mungkin ada pihak anggap ia tidak sesuai untuk digembar gemburkan.

Teringat Diana Dianelle. Erma pernah arah teater kisah ni kan?

memang ada kisah ini diteaterkan..namun saya tidak pasti siapa pengarahnya!..

pada sisi yg lain, boleh nampak betapa umat islam pd zaman tersebut sangat menjaga n prihatin dgn agama saudara seagamanya . sesuatu yg kita perlu fikirkan, dengan keadaan umat islam hari nie yg semakin hari semakin ramai yg murtad.

cerita ni kalau tak silap pernah didrama kan di tv1 dulu...

salam kenal hb

iryantyahamad.blogspot.com

ini isu yang boleh kita fikirkan sejenak

tak sempat saya ikuti melalui tv ..


EmoticonEmoticon