Kisah Pahit Rusuhan Natrah 1950 (1)

Kisah Pahit Rusuhan Natrah 1950… HB amat tertarik dengan isu Rusuhan Natrah yang berlaku di Singapura pada 11 Disember 1950.Bagi pengemar sejarah isu ini memberi kesan mendalam ke dalam sanubari kita semua.Cuma masa HB sekolah dulu tidak dimasukkan dalam silibus matapelajaran Sejarah.

Natrah adalah simbul elemen sensasi.Nama Natrah ialah seorang wanita keturunan Belanda dan Serani (Eurasian).Nama sebenarnya ialah Maria Huberdina  Hertogh yang lahir pada 24 Mac 1937 di Tjimahi,Jawa.Bapanya seorang Sarjan Belanda iaitu Adrianus Petrus Hertogh manakala ibunya ialah Adeline.Dikatakan Adeline seorang Islam sejak berumur 5 tahun lagi.Namun telah murtad kerana berkahwin dengan Hertogh.

Natrah 1950

Sumber:

Kisah Natrah mempunyai rentetan yang panjang.Ketika Jepun menawan Indonesia dari Belanda bermulanya peristiwa Natrah ini.Bapanya Adrianus Hertogh telah menjadi tawanan askar Jepun.Tinggallah Natrah bersama ibu,neneknya dan adik beradik yang lain di Bandung.

Nenek Natrah ialah Nor Louise telah dapatkan perlindungan dari tekanan Jepun melalui kenalannya iaitu Che Aminah.

Siapa Che Aminah?

Menurut sejarah Che Aminah seorang yang berketurunan bangsawan di Kemaman,Terengganu.Pada tahun 1919 beliau telah berkahwin dengan Abdul Ghani.Pernah tinggal di Jepun selama 12 tahun kerana mengikuti suaminya yang menjadi Pensyarah Bahasa Melayu di Tokyo.

Selepas kematian suaminya,Che Aminah berkahwin semula dengan seorang usahawan barang-barang kemas di Bandung bernama Maarof bin Haji Abdul.Semasa di Bandung beliau berkhidmat sebagai penterjemah di pejabat tentera Jepun kerana kebolehannya menguasai Bahasa Jepun,Cina dan India.Semasa di sana Che Aminah cukup rapat dengan Nor Louise yang pernah dikenalinya ketika di Singapura.

Ibu Natrah iaitu Adeline sangat tertekan dan kesempitan ketika pendudukan Jepun di Bandung.Melalui kenalan emaknya iaitu Che Aminah,Adeline telah meminta bantuan.Ketika itulah Natrah atau nama sebenarnya Maria yang berusia 5 tahun diserahkan kepada Che Aminah.Pada mulanya Che Aminah keberatan memandang beliau sudah memiliki anak angkat perempuan ketika berada Jepun dahulu.

Natrah telah diserahkan kepada Che Aminah dengan disaksikan oleh abang Adeline iaitu Soewaldi.Namun ketika memberi keterangan dalam suatu perbicaraan Adeline telah mengatakan suatu yang bercanggah ketika penyerahan Maria sewaktu berumur 5 tahun dahulu.

Dibawah jagaan Che Aminah nama Natrah telah ditukar dari nama  asalnya Maria.Waktu berumur 7 tahun Natrah bersekolah di Bandung namun pada tahun 1947 Natrah bersama Che Aminah kembali ke Terengganu atas sebab-sebab keselamatan.

Ketika sampai di Terengganu,Che Aminah bertemu dengan Arthur Locke iaitu seorang pegawai Pentadbir (Timur).Che Aminah telah dinasihatkan membawa Natrah ke Singapura untuk pengesahan anak angkat.

Setelah 10 hari berada di Singapura,Che Aminah mendapat surat saman dari Ketua Hakim Mahkamah untuk mengarahkan Natrah supaya diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Singapura.Ini semua angkara Konsul Jeneral Belanda atas permintaan keluarga asal Natrah.

Pembicaraan untuk menuntut hak penjagaan Natrah kini bermula.Che Aminah bersama peguam M.A Majid dan Ahmad Ibrahim cuba mempertahankan hak mereka.Sayangnya keputusan mahkamah pada 19 Mei 1950 menetapkan Natrah mesti diserahkan kepada ibubapa asalnya di Belanda.

Che Aminah tidak berputus asa lalu membuat rayuan pada 28 Julai 1950.Bagaikan rezeki yang tak disangka mendapati ada kesilapan teknikal pada pihak pendakwa sehingga membolehkan Natrah dikembalikan kepada Che Aminah.Bermulalah episod baru dalam hidup Natrah.

Nampaknya Natrah menjadi hak penjagaan Che Aminah semula.Episod ini belum lagi berakhir.Selepas itu Natrah dilamar oleh guru pelatih yang berasal dari Kelantan bernama Mansor Adabi.Mereka berdua telah melangsungkan nikah gantung kerana ketika itu Natrah baru sahaja berumur 13 tahun manakala suaminya masih lagi dalam latihan menjadi cikgu.

 

Kesimpulan dari admin,

Adakah pasangan Natrah dan Mansor menjadi happy ending dalam hidup mereka.?

Sama-sama kita nantikan dalam sambungan artikel kedua.Harap bersabar ya.

Sekian.Salam motivasi dan hayati sejarah demi pembinaan bangsa dan harga diri di kemudian hari.

 

p/s:Kisah sejarah begini memang sukar untuk ditulis.HB minta maaf jika ada pembaca yang kurang gemar kisah ini.Namun HB berminat untuk merakamkan kisah Natrah kerana ingin mengingatkan kita semua bahawa soal agama,negara dan kepentingan diri sendiri membawa implikasi yang besar  mendalam menjaga keamanan sejagat.

p/s/s: Nak tambah ilmu di minda jom luangkan masa seketika untuk singgah ke blog Buku Online

21 ulasan

best kisah natrah ni cuma tak tau kisah detail..macam baca novel plak hehhee

ini sebuah kisah sejarah ke admin heeee...imbas masa sekolah suka pasal certa jepun masuk tanah melayu

Saya memang suka kisah Natrah ni. Ada juga follow tapi lupa-lupa.
Sedih kisahnya hmm.
Tulis lagi KB...
:)

Sedih cerita Natrah ni. Dan Natrah pun dah meninggal dunia.. Yang filem berkisar tentang Natrah tu dah keluar ke ye?

Kisah Natrah ni mmg isu besar buat msykt kita ni kan...

anatara kisah hitam di negara kita yang patut diambil pengajaran

memang kisah yg sedih.. kesian pada narah juga sebenarnya, jadi mangsa keadaan. :(

kisah detail ada ditulis dalam buku khas..

ini memang kisah sejarah.

insya Allah ada sambungannya

tentang filem tak tau la pulak..

ia isu agama dan undang-undang sivil serta syariah tuan

memang patut sangat ambik pengajaran

natrah tak salah..betul tu..cuma orang tuannya

Bagus kisah sejarah macam ni, tapi masa sekolah dulu tak ada pulak dalam buku teks sejarah.

awak memang berbakat..boleh tulis novel ni..jangan risau saya jadi pembaca setia..jemput ke blog

Tak sabar nak tahu sambungan seterusnya, lupa2 ingat sal sejarah natrah ni.. boleh refresh balik.. sejarah untuk dijadikan iktibar..

itu sebab ramai yang tak tau!

he..he..tulis novel masih berat..tulis blog pun ambil masa yang lama..terima kasih kerana memberi sokongan

sejarah perlu diambil sebagai iktibar tu..betu!


EmoticonEmoticon