Jom Menulis Skrip Kejayaan Diri

Jom Menulis Skrip Kejayaan  Diri…Kejayaan adalah satu proses.Bukan satu titik.Bukan satu noktah.Ia adalah satu perjalanan dari satu titik ke titik yang lain.Sekiranya kalian ingin tahu bagaimana menulis skrip kejayaan ayuh teruskan bacaan sampai habis.Ingat.Fokus dari mula sampai akhir.

20131204_232940

Sebelum itu apa dia skrip kejayaan?Adakah sama seperti skrip yang digunakan oleh para penulis filem atau drama.?Oh ya.Hampir sama.Cuma skrip kejayaan diri lebih mudah.Bersifat peribadi dan mempunyai impak positif yang tinggi ke atas diri kalian dan pembaca yakni diri sendiri.

Penulisan skrip kejayaan bertujuan untuk memberi saranan ke atas minda separuh sedar.Proses memasukan saranan ini perlu dilakukan berhati-hati.Tidak boleh sebarangan.Jangan memasukan ayat negatif atau ayat protes kepada keinginan diri.Takut salah masuk lain jadinya.Ini adalah satu contoh proses induksi dalam ilmu hipnosis.

Sebagai orang Islam sebelum menulis skrip kejayaan, baca doa daripada gangguan syaitan yang direjam.Ini kerana ayat dalam skrip kejayaan sangat ‘power’ dan boleh melekat dalam minda buat selama-lamanya hingga akhir hayat.

Kita tidak mahu perkara negatif terus mengganggu hidup kalian.Kita hanya mahu kejayaan,kebahagiaan,kekayaan,kegembiraan dan apa sahaja yang boleh membawa kalian ke alam sukses maksima di dunia dan akhirat.Insya Allah.

Sediakan kertas atau buku ataupun notepad pada gajet kalian.Karang ayat yang ringkas,mudah difahami dan seronok dibaca.Siapa yang akan baca berulang-ulang skrip kejayaan ini selain dari kalian sendiri.Bagi masa selama seminggu untuk mengedit dan menghafal kalau boleh.Selepas itu jangan ubah lagi sehingga kejayaan pertama menyusul dalam hidup kalian.

Baca,baca dan terus baca.Buat secara berulang ketika hendak tidur dan sebaik sahaja bangun tidur.Jika sudah konsisten selama 40 hari,kalian telah menjadikan satu tabiat,Jangan fikir sangat kesannya ketika minggu pertama,kedua dan seterusnya.Insya Allah kesan dari membaca skrip kejayaan akan menjadi kalian lebih berdisiplin,fokus dan bermotivasi hari demi hari.

Rasa tak sabarlah nak tulis skrip kejayaan diri.Kalau macam tu buat sekarang sebaik sahaja habis membaca artikel dalam blog Hero Borneo ini,Ingat tulis apa keinginan dan impian yang realistik kalian.Buat biar bertahap dan langkah demi langkah.Misalnya:

Mulai saat ini saya akan bangun awal pagi tepat pada masanya.Saya mesti fokus,kreatif dan bertenaga untuk membuat apa jua pekerjaan hari ini.Saya amat gembira menikmati hari yang penuh bahagia.Saya insan yang tenang dan disenangi oleh sesiapa sahaja.

Apa yang ditulis tersebut adalah contoh skrip kejayaan diri untuk bulan pertama.Jika kalian sudah ada ciri-ciri fokus dan mudah bangun pagi maka ubah kepada skrip kejayaan yang lebih hebat lagi.Misalnya nak tambah isteri blog baru atau apa sahaja impian kejayaan kalian.

 

Kesimpulan dari admin,

Walaupun skrip kejayaan berbentuk ayat-ayat sahaja namun kesan pengulangan ke dalam minda bawah sedar amat dahsyat.Perkara ini memang diakui oleh ramai insan biasa yang kini sudah hebat dengan kejayaan mereka.

Akhir kata jangan sekadar baca sahaja.Buat dan istiqamah untuk melakukannya.Insya Allah.

 

p/s :Jemput singgah untuk menambah ilmu di blog Buku Online

28 ulasan

Setuju sangat. Buat pagi-pagi masa fresh lagi dan boleh juga bercakap depan cermin agar lebih yakin dengan apa yang diucapkan.

teknik ini diperkenalkan lama dulu oleh Napolean Hill. Memang berkesan sekali. Moga semua yang mencubanya berjaya Insyaallah

macam mana nak pasang check robot tu kat blogger ni ya?

pagi mudah semua kena gerak awal kalau lambat rasa hari akan berlangsung dengan kegagalan

cakap depan cermin idea yang hebat..

Napolean Hill seorang penulis buku best seller dan orang yang berjaya selepas mengalami kesulitan hidup..betul tu tuan!

saya pun tak pasti sangat tuan..rakan-rakan blogger boleh tolong jawap nie..

pagi adalah permulaan yang baik!

Bila kita ada skrip kejayaan, kita jelas dengan matlamat kita :)

Teknik yg pastinya berkesan utk mereka yg serius mengejar kejayaan.. thanks sharing HB.. :)

Sentiasa positifkan diri.. sememangnya salah satu teknik berkesan dalam memotivasikan diri.. terutama tambah bini.. eh? hehe

cakap pada diri sendiri tu yg memang tembus masuk. sama juga macam doa depan cermin. rahsia cermin ajaib boleh digunapakai..

Satu teknik yang bagus. Tapi yg lebih penting adalah disiplin diri utk istiqamah melakukannya...

rasa gementar pula nak menulis skrip nie bro...

Bro tumpang tanya, skrip macam ni elok guna lebih 21hari ke?

betul tu tuan..saya pasti ia cara yang terbaik

kejayaan wajib kita kejar tuan KK

bab tambah bini..tak boleh bising-bising bro!

konsepnya hampir sama..

beza orang nak berjaya ialah sikap

tengok cermin tak malu sebab nak balek muka tapi cuba tengok lagi medalam masih banyak pelru baikikan

terima kasih... sakan saya lakukan sebaiknya.... stay positive stay postive...

bergantung kepada betapa kuatnya keinginan untuk berjaya!

cermin boleh menceritakan diri kita tentang luar dan dalam

sama-sama..betul tu..skrip kejayaan yang cukup mudah

Tulis dalam buku untuk jangka masa pendek dan masa panjang.
Bangun pagi cakap pada diri sendiri.

So setiap hari rase bersemangat.
Takla duk astik stress atau down je kn.

itu cara yang bjak untuk kawal situasi ini


EmoticonEmoticon