Formula Terhebat Untuk Menjadi Jutawan

Formula Terhebat Untuk Menjadi Jutawan…Jom HB kongsikan satu formula yang telah dibuktikan oleh seorang jutawan.Bukan HB ya.HB belum lagi menjadi jutawan dan boleh menjadi jutawan sekiranya kalian terus mendoakan kejayaan HB.Terima kasih kerana doa tersebut.

formula jutawan

Formula ini telah digunakan Dr Jeffrey Chiew sehingga beliau menjadi seorang jutawan ketika berumur 25 tahun walaupun berasal dari keluarga yang melarat.Siapa Dr Jeffry akan HB kisahkan selepas ini.HB pasti ramai yang berminat untuk mengetahui cara orang telah berjaya menghasilkan kekayaan mereka.

Dr Jeffrey Chiew

HB berkesempatan untuk membaca sebuah buku bertajuk ‘The Millionaire Formula’ hasil karya Dr Jeffrey Chiew dengan Tan Thiam Hock.Dari situ HB amat tertarik dengan kisah Dr Jeffrey yang berjaya menjadi jutawan dalam usia yang amat muda.Ketika usia ini HB baru sahaja tengah berhempas pulas membanting tulang empat kerat bekeja makan gaji.Namun Dr Jeffrey dah menjadi jutawan.Sungguh mengujakan.

Dr Jeffrey Chiew berasal dari Kuala Lumpur di kawasan setinggan.Beliau sudah menunjukkan kecemerlangan dalam pelajaran sejak dari kecil lagi.Ketika itu Dr Jeffrey belajar tahap gaban kerana kasihan melihat orang tuanya yang bekerja keras tetapi mendapat imbuhan sejemput sahaja.Kadang-kadang masa kecilnya beliau tidak cukup makan dengan 7 adik beradik yang lain.Dalam pemikiran Dr Jeffrey hanya dengan pendidikan sahaja boleh mengubah kemiskinan.Ada tak budak-budak sekarang fikir macam beliau walaupun hidup susah seputar alam.

Dunia pekerjaan Dr Jeffrey bermula di syarikat kejuruteraan sebagai juru runding dalam penjualan dan pemasaran.Pendedahan ilmu ini memberi satu kelebihan kepada beliau berjumpa dengan pelbagai peringkat jawatan dalam sesebuah organisasi.

Perjalanan pekerjaan Dr Jeffrey seterusnya menjadi Pegawai Senior Teknikal dalam urus niaga disk brake pad.Ketika ini beliau menghadapi kesukaran bekerja kerana berjumpa dengan pelanggan yang pakar dalam bidang mereka.Dalam masa yang sama beliau telah mengidap satu penyakit resdung yang teruk.Ketika berjumpa dengan pelanggan beliau terpaksa dalam keadaan berhingus tanpa henti.Sudah pasti memalukan dan menghilangkan keyakinannya.

Doktor yang merawat penyakit beliau berpendapat penyakitnya itu tidak boleh sembuh lagi.Beliau diberi ubat yang hanya memberi kesan mengantuk sepanjang hari.Dalam pemikirannya ingin mengalah untuk hidup begitu seumur-umur (pinjam bahasa orang Sabah).

Apa menjadi turning point dalam sejarah hidup Dr Jeffrey Chiew apabila beliau membaca buku tentang minda separa sedar.Beliau mencuba teknik minda bawah sedar (proses hipnosis sendiri)  untuk merawat penyakitnya itu.Dengan pengambilan multivitamin dan dua gelas air setiap hari serta kuasa keyakinan,beliau telah berjaya menghilangkan masalah resdung kronik yang dihadapi.

 

Kesimpulan dari admin,

Kisah hebat untuk menjadi jutawan oleh Dr Jeffrey belum lagi berahir.Ia baru sahaja mukadimah.Bayangkan satu entri HB tulis untuk cerita permulaan sahaja.Insya Allah ada sambungan lagi bagaimana Dr Jeffrey mengubah hidupnya dari orang makan gaji sehingga menjadi seorang jutawan.

 

Kalaulah ada pelanggan berpusu-pusu membeli ebook dalam blog Buku Online tak mustahil HB duduk di meja jutawan bersama Dr Jeffrey Chiew.Itu kuasa bayangan HB..he..he..jangan marah!

30 ulasan

pad amak jemah motivasi terbaik ada dalam diri sendiri..sebab tu dikatakan kekuatan otak dan minda kita ni memang sangat power. ia boleh menjadikan yg mustahil jadi nyata

In Shaa Allah satu hari nanti HB pun akan menjadi JUTAWAN

Entri terkini Manan : Kuasai Aliran Tunai Anda

Berkat usaha HB, insyaAllah dipermudahkan jalan menjadi jutawan satu ketika nanti. Amin :-)

ha..ha..betul tu mak jemah

Amin..terbaiklah doa tersebut

terima kasih atas doa tersebut..

Hebat sekali dr jeffrey, boleh jadikan motivasi ni

Semoga diperkenankan Allah SWT atas cita2 HB tu.. tuah manusia tiada siapa yang tahu :)

memang begitulah niat saya sebenarnya

ada yang buat lawak..tuah manusia terpijak tahi ayam..ada kah patut he..he..

p/s : terima kasih atas doa

kuasa minda..memang power kalau digunakan betul2, kan?

itulah power yang sebenarnya!

InsyaAllah... Pasti Jutawan.... Tugas kita meminta doa pada yang ESA.. Dan memberi pada yang memerlukan... Jutawan dunia dan akhirat.. ameen Ya Allah...

saya dah lama jadi jutawan, cuma dalam rupiah saja lah hehehe

usaha dan ikhthiar..kerja keras dan keinginan yang sangat kuat..adalah elemen yang sangat penting

jutawan rupiah hanya sah untuk rakan-rakan kita di tanah seberang bro..

Moga tuan juga akan jadi jutawan satu hari nanti... insyaallah!

tahniha bro dah nak jadi jutawan

wah bagus betul, rajin buat research pasal jutawan2 ni ye. terima kasih dengan perkongsian bermanfaat ni

Ramai yang mengimpikan untuk menjadi seorang jutawan nih

amin..satu doa yang menggujakan .terima kasih!

ya..betul insya Allah akan datang

sama-sama kita ambil manfaatnya

ramai yang bermimpi tetapi sedikit sahaja yang berjaya mencapainya kerana kesungguhan belum berada pada tahap luar biasa.

In shaa Allah... saya akan ttp mendoakan kejayaan HB.. rezeki manusia hanya Allah jua yg tahu kan... :)

Baca dan bertindak. Itu paling penting. Kalau setakat baca, teori, kumpul semua ilmu tapi tak bertindak hasilnya kosong. Saya suka baca kisah kejayaan orang, sebab dapat jadi inspirasi.

amin..semoga tuan kk juga beroleh kejayaan seperti ini.

orang yang berjaya ialah orang bertindak atas peluang yang ada di depan matanya

In shaa allah, kita semua akan menjadi JUTAWAN ISLAM yang menuju kejayaan ke syurga..
saya suka membaca kisah2 org hebat ni..sebab ia akan menaikkan smgt saya..
betul kata HB...org berjaya bertindak atas peluang yg ada depan mata...

slowly saya akn baca post HB nnt...

jemput jengah blog Elly.... ;)
Bisnes Part/Full Time?.. Jom YES SHAKLEE!!

terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya..


EmoticonEmoticon