Formula Terhebat Untuk Menjadi Jutawan (2)

Formula Terhebat Untuk Menjadi Jutawan…Sebelum ini HB ada menulis siapa dia yang mencipta formula ini.HB telah menulis dengan cukup panjang lebar kisahnya dari kecil hidup susah namun dewasa menjadi orang kaya.Memang hebat orangnya dan semoga kita semua diberi kekuatan untuk mencontohi beliau agar menjadi salah seorang jutawan di Malaysia.

Formula yang digunakan oleh Dr Jeffrey untuk mencipta kejayaan sebenarnya bukan baru.Bukan sesuatu luar biasa.Namun sangat berkuasa mengubah hidupnya menjadi seorang jutawan dalam usia yang cukup muda.

duit jutawan

Jom kita hayati dan teliti dengan satu persatu:

1.Berfikiran seperti seorang jutawan.

Persoalannya apa yang sentiasa bermain dalam kepala seorang jutawan.Secara umumnya ada yang berpendapat perbezaan orang kaya dengan orang miskin ialah cara berfikir.Menurut Dr Jeffrey, orang kaya mempunyai keinginan yang kuat,kepercayaan yang tinggi dan komited sepenuhnya untuk mencapai apa yang dihasratkan.

Sebaliknya orang miskin mengeluh dengan nasib menimpa diri,mencari alasan untuk gagal dan sentiasa berfikir mengapa mereka menjadi miskin,

Pendek kata seorang jutawan akan berfikir secara positif,kreatif dan diluar kotak pemikiran.Minda mereka dikerah untuk bekerja dengan konsep hari ini jauh lebih baik dari semalam.

Penggunaan minda mereka melalui kuasa bayangan,skrip kejayaan,mental programming dan tidak kecuali melalui proses hipnosis.Perkara ini boleh dilakukan sesiapa sahaja dengan syarat mereka boleh menggunakan keupayaan minda separuh sedar secara praktikal.

Jika tak tahu tetapi ada keinginan yang kuat untuk berjaya maka HB sarankan beli ebook yang dipromosikan dalam blog Buku Online.

Dr.Jeffrey Chiew sendiri amat percaya bahawa minda itu satu keajaiban untuk berbuat apa sahaja.Jika diaktifkan untuk berjaya,insya Allah pasti boleh.Malah untuk digunakan merompak bank pun boleh.Sebaik-sebaik jangan kerana ia adalah tindakan menzalimi orang lain.Orang zalim layaknya dilemparkan dalam neraka.

Minda separa sedar tidak ada bantahan kerana saranan negatif atau positif diterima dengan senada dan seirama.HB pesan kepada kalian semua jangan berbisik perkataan negatif kerana minda separa sedar  kalian tetap menerima dan merakam saranan yang baik atau buruk tanpa sangsi,

 

Kesimpulan dari admin,

HB baru mengupas formula terhebat untuk menjadi jutawan dengan langkah pertama iaitu berfikir seperti jutawan.Ada 6 lagi langkah yang akan HB kongsikan dalam entri akan datang.Harap bersabar kerana proses pencernaan ilmu hebat perlu dilakukan langkah demi langkah.

Sekian.Salam motivasi dan jomlah berimpian untuk menjadi jutawan di dunia dan akhirat.

22 ulasan

beza antara orang miskin dan kaya adalah yang miskin tidak bertindak walau ada idea, tapi yang kaya ada idea yang sama tetapi bertindak..

Untuk menjadi jutawan kena berfikir seperti jutawan... Ya...ada kebenarannya!

law of attraction tu penting bagi seseorang yang ingin jadi jutawan :)

Cara kehidupan jutawan yang paling menarik minat saya adalah kehidupan pengasas Ikea, Ingvar Kamprad. Beliau hidup amat bersederhana walaupun mempunyai kekayaan bernilai billion dollar.

ramai jutawan yg hidup sederhana, tp duit berkepuk2 dan rajin menderma utk kebajikan/bersedekah. mmg respect dgn orang sebegini. :)

Menarik tips ni. Berfikiran seperti jutawan..

ciri seorang jutwan adalah seorang yang berjimat cermat dalam perbelanjaan.

sebab itu ada dah menjadi jutawan kerana faham konsep berfikir cara ini

tidak dinafikan..betul tu

memang bagus juga..tapi kaya kalau tidak dinikmati tak best juga..

bersedekah sangat bagus kerana boleh membina kejayaan di akhirat pula nanti!

ha..ha...memang sepatutnya begitu!

persoalan begini akan saya kupas juga dalam entri yang akan datang..

kaum cina kebanyakkan nampak sengkek...tapi rumah biasa aje..tapi disebalik tu koceknya sentiasa penuh..bijak mencari peluang pun yer juga..

bila kita rasa kita nak buat, maka sebut hari-hari, susuli dengan tindakan setiap hari..

Inilah yang selalu saya cuba implementkan atas diri saya iaitu berfikir diluar kebiasaan... kita akan dikelilingi oleh teman2 yg menjadi sauh yg menarik kita ke dasar ketika kita cuba untuk ke permukaan... saya akan cuba mengatasi kelemahan itu...

mereka suka hidup dalam low profile

saya yakin cara ini memang boleh punya

satu sikap yang amat baik dan bagus tu..

Perkongsian yg sgt baik dan bermanfaat utk kita amalkan.. semoga terus sukses hendaknya... :)

ha..ha..terima kasih tuan KK


EmoticonEmoticon