Bakal Jurulatih Bertauliah Dalam Hipnosis

Bakal Jurulatih Bertauliah Dalam Hipnosis…Tahun 2015 bakal mencorakkan kehidupan HB ke arah lebih mencabar.Ya.Dalam tahun ini HB akan menceburi satu bidang yang baru dikenali namun sangat disukai.HB mahu menjadi seorang Jurulatih Bertauliah dalam bidang hipnosis.

jurulatih hipnosis

Bidang hipnosis atau hipnotis sudah lama bertapak di muka bumi ini.Ilmu ini sudah dianggap ilmiah sejak 200 tahun dahulu lagi.Dalam bidang perubatan ia sudah diiktiraf sebagai terapi alternatif di kebanyakan negara maju termasuk Malaysia.Maksudnya hipnosis adalah bidang yang membawa kebaikan,manfaat dan kesejahteraan dalam hidup manusia.

Sebelum kita berbicara lebih jauh adalah lebih elok HB luahkan bagaimana berputiknya minat HB dalam bidang perkembangan potensi minda manusia sehingga berjumpanya secara cinta pandang pertama dunia hipnosis.

Pada usia 12 tahun HB sudah tertarik dengan konsep otak kiri dan otak kanan.Konsep yang sudah sinonim dengan tokoh pemikiran kreatif iaitu Edward de Bono.Tak silap HB sudah memahami sedikit konsep pemikiran lateral.

Menjelang usia 25 tahap kesedaran HB dengan potensi otak semakin mendalam.Pada masa ini HB sudah berminat untuk mempelajari konsep Neuro Lingustic Programming atau NLP.Sayangnya sekadar minat.Belum serius.Jadi tak hairan tahap kehidupan HB masih biasa-biasa walaupun sudah terinspirasi dengan buku tulisan pakar motivasi dunia iaitu Anthony Robbin dan Napoleon Hill.

Ketika usia semakin menginjak tua sekali lagi HB didedahkan dengan ilmu Law Of Attraction atau Hukum Tarikan.

Ilmu ini pun HB berminat cuma tak begitu serius sehingga terjumpa ilmu hipnosis dalam buku Rahsia Hipnosis hasil tulisan Dr Helminiry Had.

Dari situ HB seakan-akan terhipnosis untuk mengetahui dengan lebih lanjut.Ada berlaku pencerahan minda bahawa ilmu hipnosis bakal membawa perubahan positif dalam kemuncak hidup HB nanti.Sudah terbuka hijab( macam keterlaluan) HB ingin menjadikan jurulatih hipnosis sebagai karier utama selain blogger seumur-umur.

Dalam ilmu hipnosis nampaknya HB sudah tekad untuk mendalami secara serius.Bukan sekadar minat tetapi ingin mempertaruhkan hidup ini sebagai usaha terbaik untuk memberi manfaat kepada insan yang memerlukan.Oleh itu HB ingin menjadi Jurulatih Hipnosis Bertauliah yang ada sijil,kemahiran dan lesen untuk berbuat demikian.

Ada beberapa agensi yang menyediakan latihan intensif kepada para pengamal hipnosis.Kalian boleh belajar di negara ini,Indonesia atau Singapura ataupun Amerika Syarikat.Syarat utama kalian boleh memahami bahasa yang dipertuturkan.

Di negara ini kita boleh merujuk kepada Pertubuhan Hipnoterapi Malaysia dan Malaysian Academy Of Hynopsis (MAH) manakala untuk di Indonesia boleh merujuk dengan Indonesian Hypnosis Association atau www.masterhipnotis.com

 

Kesimpulan dari admin,

Apabila sudah jelas hala tuju maka HB telah berazam untuk menjadi Jurulatih Bertauliah dalam hipnosis.Kini proses mengumpul maklumat supaya HB ada modul yang sesuai untuk dijadikan input semasa proses hipnoterapi kepada pelanggan.

HB perlu mencari dana supaya kelancaran memperolehi pertauliahan berjalan seperti yang dirancang.Oleh itu HB perlukan doa kalian supaya ianya mendapati kenyataan.

Sekian.Salam motivasi yang penuh ceria dari HB untuk kalian semua.

16 ulasan

Semoga dipermudahkan serta dilancarkan segala usaha utk mencapai apa yg dihajatkan... aamiin.. :)

hebat tu... saya doakan agar berjaya...

Recent Post by MananQayyim : Jangan Tertipu Dengan Majikan Anda.

semoga berjaya HB! menggapai impian..

tahniah, hb
selamat belajar dan semoga berjaya dengan cemerlang

terbaik bro..tapi aku masih keliru..hipnosis ni macam mana bro..kalau ada kesempatan bro boleh terangkan dalam satu entri lengkap

InsyaAllah...saya doakan kejayaan anda. Takut bah...nak baca entri akan datang disini, takut ter hipnosis, hehe

wah, tahniah..marilah hipnosis saya supaya kaya dan kaya dan kaya lagi

amin dan terima kasih kerana berdoa untuk saya bro!

cabarannya juga hebat bro!

terima kasih..mak jemah

boleh rujuk artikel sebelum ini..tapi tak apa teruskan pembacaan blog ini kerana HB akan menulis lebih kerap dan terperinci tentang dunia hipnosis..

he..he..ketakutan tersebut akan hilang selepas dihipnosis ..insya Allah HB akan sedikit sebanyak menggunakan ayat dan perkataan yang boleh menghipnosiskan pembaca

perkataan kaya dan kaya itu adalah satu cara hipnosis minda bawah sedar..ada 2 cara untuk hipnosis...

1.sesi terapi offline secara bersemuka
2.sesi jarak jauh melalui panggilan telefon

Sebenarnya bidang hipnosis sangat bagus.
Bukan sahaja untuk diaplikasikan dalam bisness tetapi untuk kehidupan harian kita.
Ia mengimbangi kehidupan kita kan.
Apa-apa pun semoga berjaya HB

terima kasih...AA sokongan moral begini memang HB perlukan


EmoticonEmoticon