Tips Hadapi Hati Gundah Gulana

Tips Hadapi Hati Gundah Gulana…Setiap manusia ada cabaran yang pasti dihadapi.Cabaran itu datang dari pelbagai sudut dan dimensi.Ada yang serius dan ada juga yang ringan-ringan sahaja.Dalam pada itu juga,pastinya cara seseorang itu menghadapi cabaran juga berbeza.Ia amat bergantung kepada cara pemikiran dan kekuatan emosi seseorang.Jika hati rapuh maka mudah kecewa sebaliknya hati yang kuat akan hadapi dengan tenang dan bijaksana.

gundah gulana

Jadi kesempatan yang sangat berharga ini HB ingin berkongsikan tips hadapi hati yang gundah gulana.Tidak dinafikan ada manusia yang mudah terganggu emosinya.Ada yang berhari-hari lamanya.Tak terkecuali ada yang sekejap sahaja seperti sekelip mata.Mereka hadapinya seolah-olah tiada apa yang berlaku.Jadi alangkah elokkanya kita bincangkan satu persatu.

1.Akui kelemahan diri sendiri

Mana ada yang manusia sempurna sifatnya walaupun sebaik-baiknya kejadian makhluk ialah manusia.Dalam diri manusia itu sendiri terbahagi dua sifat.Baik dan buruk.Jika baik menjadi dominan maka baiklah keseluruhan hidupnya.Sebaliknya jika negatif menguasai diri maka kehidupan akan mengalami masalah demi masalah.Oleh dengan mengakui kelemahan diri sendiri mampu mengurangkan rasa gundah gulana yang bersarang di hati.

2.Latih pemikiran dengan meletakkan setiap kejadian ada hikmahnya

Ketika kalian susah hati.Emosi tidak menentu dan mengalami apa-apa situasi yang menyenangkan fikir balik.Fikir sejenak bahawa setiap kejadian ada hikmahnya.Hikmah yang membawa kebaikan dan kadang-kadang kita tidak sedar ia bagus untuk kita.Mungkin kita yang menerima kurang menyukainya namun ada kebaikan yang tersendiri.Jadi redha dengan apa yang berlaku.

3.Atasi dengan cara kerohanian

Dalam banyak kaedah yang kita bakal lalui dan ketahui ,cara kerohanian adalah yang terbaik sekali.Bagi penganut agama Islam melakukan solat lima waktu amat memenangkan.Baru hati akan cool walau apapun dugaan.Persoalan dunia terlalu kecil nilainya.Apa yang dihairan.Yang penting iman itu terus terpelihara.Selain solat,zikir atau membaca al Quran sangat dituntut.Tiada cara lebih baik selain daripada cara ini.

 

Kesimpulan dari admin,

Jika ada pembaca yang merasa gundah gulana  ketika ini,mari berhenti sejenak memikirkan  perkara tersebut.Alihkan pemikiran dan perasaan untuk menjadi ceria dan bahagia dengan mengikuti tips yang HB nyatakan di atas tadi.

Malah HB amat galakkan kalian menambah tips yang berkaitan dengan apa yang HB bincangkan ini.

Sekian.Salam motivasi dan ceria-ceriakan hidup kalian.

 

p/s :Tak mustahil panduan Ketahui Betapa Mudahnya Poligami Jika Kena Pada Caranya boleh mengurangkan rasa gundah gulana,

15 ulasan

Aduh perasaan saya sedang gundah gulana ni. Hehe Pekongsian yang sangar berguna :)

jangan gundah gulana..tak baik tau!

tips yang sangat bagus untuk perkongsian bersama. terima kasih.

Part akui kelemahan sendiri tu jarang kita buatkan...tapi itulah punca sebenar...

bertabahlah bro jangan bergundah gulana lagi

Kita perlu sentiasa muhasabah diri.. dgn mengakui kelemahan diri sebenarnya mampu menjadikan kita insan yg bersyukur. Bila bersyukur, hilanglah gundah gulana... in shaa Allah.. Thanks sharing HB.. :)

point no. 2. paling menarik... Allah did something with a reason kan HB.

kadangkala terasa juga gundah gulana ni..

tak ramai mengakui kelemahan diri sendiri..

itulah yang terbaik..

teknik bersyukur dengan apa yang ada memang penting tu..

ya..terima kasih..dan memang pasti setiap kejadian ada hikmahnya

itu adalah perkara biasa..emosi susah nak stabil 100%

tiada lagi perasaan sedemikin slpas mmbaca post ni.. cewahh


EmoticonEmoticon