Tips Atasi Jangkitan Sakit Mata

Tips Atasi Jangkitan Sakit Mata…Sekali lagi HB diberi ujian  kesihatan.Mata HB terkena jangkitan sakit mata merah.Nasib baik kena sebelah.Ketika entri ini ditulis HB baru sahaja mendapat sijil sakit dari klinik kerajaan yang berdekatan.Dapat satu hari sahaja dan kemungkinan jika belum pulih sepenuhnya maka akan ambil untuk dua hari.

jangkitan sakit mata

Ketika dalam pemeriksaan doktor HB sempat bertanya tips untuk atasi jangkitan sakit mata supaya dapat HB kongsikan dalam blog ini.

1.Jangan gosok mata

Tindakan mengosok mata menyebabkan kuman lebih cepat merebak.Jika nak lap boleh guna tisu dan pastikan lap sekali dan terus buang.Tak boleh kitar semula takut jangkitan terkena pada orang lain pula atau merebak ke mata sebelah.

2.Kerap basuh tangan

Orang yang terkena jangkitan sakit mata mesti perbanyakkan basuh tangan.Lebih-lebih lagi selepas menyentuh kelopak mata yang bermasalah.Jika tiada tujuan khusus buat apalah nak sentuh mata yang sakit tu.

3.Rawat guna ubat yang disyorkan

HB jenis yang percaya kepada kepakaran doktor.Jadi apabila ada masalah kesihatan maka HB akan mengutamakan rawatan doktor berbanding rawatan cara tradisional.Dalam kes sakit mata ini,HB ambik ubat dari farmasi klinik kerajaan.Selain murah iannya juga boleh dipercayai.

4.Jangan percaya jangkitan mata boleh tersebar dengan pandangan mata.

Doktor kata ia adalah mitos semata-mata.Jangkitan berlaku kerana sentuhan tangan yang tercemar kepada orang lain secara tak sengnaja.Kebenarannya memang ada namun kepercayaan ini sukar untuk dibuang dalam memori kita semua.Sampaikan ada pegawai farmasi yang menegah HB membuka cermin mata gelap yang HB gunakan.Pada masa itu HB tengah mengambil ubat.

5.Redha bahawa ia adalah ujian Allah SWT

Setiap perkara ada hikmahnya.Jadi apabila HB sudah dijangkiti sakit mata mungkin ia adalah balasan Allah SWT ke atas HB kerana tidak berusaha menjaga kesihatan sebaiknya.Lagipun kita tiada daya melain apa jua yang berlaku adalah dengan izinNya.La haula quwaata illalah billah.Sekarang terima dengan hati yang redha dan ingat bahawa apa jua nikmat yang kita terima boleh ditarik bila-bila masa.Jika ingat perkara ini mengapa mesti berbangga diri dengan kelebihan yang dimiliki.

 

Kesimpulan dari admin,

HB berharap dengan perkongsian ini para pembaca yang pernah atau bakal berhadapan dengan risiko jangkitan mata jangan panik.Amalkan budaya hidup sihat.Dalam pada itu juga kalian boleh membongkar rahsia perubatan herba bagi memastikan kesihatan kalian terjamin.

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.

19 ulasan

alhamdullilah saya jarang melalui jangkitan sakit mata... pernah jugak masa kekecik dulu bila kena jangkitan orang tua akan suruh masukkkan air kencing untuk lawan jangkitan tu... wallahualam

selalu sakit akan gosok tapi baik rendam mata kita dengan air seketika

semoga HB cepat sembuh...yang no 4 tu memang ramai yang masih lagi percaya..dan kadang-kadang kita pun secara spontan akan cuba elak dari memandang mata orang yang kena kangkitan mata kan :)

air kencing kaya dengan alkali dan ammonia...jadi ada logik untuk membunuh kuman yang suka dengan keadaan asidik..

cuci mata dengan eye mo bagus juga

terima kasih tuan puteri..ya betul..kepercayaan memang sukar untuk diubah!

Semoga cepat sembuh, Tanda Allah sayang :D

kalau mata masih tak baik lagi segera jumpa doktor buat rawatan susulan lanjut ya

ok..terima kasih kerana prihatin

amin..dan terima kasih kerana prihatin

sangat tak selesa bila sakit mata
budak2 tak digalakkan ke sekolah

Terima kasih kongsikan..biasanya saya gosok aje..tak tahan sangat..kadang-kadang gatal..

takut terjangkit..tu

bahaya kalau gosok mata..

Perkongsian yang sangat berguna..

kalau masa aku sekolah dulu...memang suka la kalau sakit mata sebab cuti sedanang dapat dan boleh cuti panjang

lain orang lain citarasanya bro...

Susu ibu juga ubat mata terbaik untuk anak-anak. Memang mujarab!!


EmoticonEmoticon