Tip Bijak Memilih Isteri Idaman

Tip Bijak Memilih Isteri Idaman…Sungguh topik ini memang berat  untuk ditulis.Tambahan pula menulis tanpa berpandukan fakta kajian.Penulisan ini cuma pendapat dan luahan hati secara peribadi.Pengisahan ini tidak merujuk kepada diri sendiri atau sesiapa sahaja baik yang masih bernafas maupun sudah menghembuskan nafas terakhir.Walaahualam.

Memilih isteri tidak seperti memilih baju.Tersalah pilih baju boleh dikembalikan atau disedekahkan kepada orang lain.Memilih isteri bagaikan keputusan paling gentir jika ada lebih dari satu calon.Kalau satu calon bukan pilihan lagi.Ia seperti tak ada pilihan kedua atau ketiga.Serius kalau calon cuma satu kalian akan berhadapan risiko tiada lagi pilihan.

isteri idaman

Mari kita semak tip-tip yang bijak untuk memilih isteri buat teman sehidup tetapi kubur lain-lain:

1.Perbezaan umur

Umur yang sebaya atau lebih tua bukan pilihan bijak.Bukan salah dan bukan juga tak boleh.Kelebihan umur bakal isteri yang muda 5 tahun atau 10 tahun dari kalian akan memberi rasa hormat lebih.Dari segi logik biologi,tempoh penggunaan gitu-gitu lebih panjang tempohnya.Sebagai contoh mudah.Umur kalian masuk 50 tahun.Isteri pula baru mencecah 40 tahun.Maknanya aktiviti gitu-gitu masih aktif kerena belum terkena monopause.Nampak tak kebijakan memilih isteri yang berumur lebih muda.

2.Taraf pendidikan

Suami yang bijak akan memilih isteri yang mempunyai tahap pendidikan yang sama atau lebih rendah.Rasionalnya ialah isteri yang sama kedudukan tidak mudah naik egonya.Memang lelaki perlukan ego yang tinggi kerana ia adalah sifat kepimpinan.Jika ego suami dan ego isteri sama tinggi maka daya kepimpinan suami akan lenyap.Rumahtangga akan kurang bahagia.KB ambik contoh.Seorang isteri yang ada kelayakan pHD dan berkedudukan tinggi dalam kerjaya akan merasanya suami bukan tempat pergantungan hidup jika suami cuma pekerja biasa yang ada kelulusan SPM.Kenyataan ini bukan betul 100 peratus tetapi ada potensi ke arah itu.

3.Wajah menarik

Kelemahan lelaki pada matanya.Jika terlihat wanita yang cantik maka si suami yang normal akan hilang pedoman dan iman seketika.Bayangkan kalau si suami yang bekerja di pejabat dan dikelilingi rakan –rakan sekerja kaum wanita yang cantik belaka mana mungkin tak tergoda.Penyelesiannya satu.Pilih isteri yang cantik supaya tak rasa ingin memiliki orang lain lagi dalam hidup mereka.Ini tak bermakna wanita tak cantik tiada jodoh mereka.Perlu diingatkan tak semua lelaki obses dengan kecantikkan wanita.Golongan ini adalah jodoh kepada wanita yang kurang cantik.Adilkan dunia ini.

4.Keluarga yang baik-baik

Kisah penglipur lara perbezaan dunia darjat masih relevan sehingga ke hari ini.Seorang lelaki bijak mesti boleh menilai kualiti keluarga bakal mertuanya.Ibubapa bakal isteri yang hidup bahagia lebih baik daripada orang ibubapa yang asyik hidup perbalahan dan konflik sepanjang hidup mereka.Anak perempuan mereka akan ada potensi seperti ibubapa mereka.Rugi sangat jika terpilih isteri yang sama tabiat macam ibubapa mereka.

5.Pegangan agama yang kukuh

Isteri adalah pendidik kepada anak-anak.Hasil didikan yang bagus dalam soal agama menjadi anak yang soleh dan solehah.Namun begitu peranan yang terpenting adalah suami.Dia adalah ketua keluarga yang banyak mempengaruhi tahap pegangan agama.Dalam pada itu isteri yang kuat agamanya akan lebih taat dan lebih bertanggungjawab terhadap suami.

 

Kesimpulan dari admin,

Apa HB kemukakan adalah pendapat peribadi.Sebaik-baiknya nilaikan rasa suka itu kepada bakal isteri melalui doa dan solat sunat istikaharah,Minta petunjuk supaya segala keputusan tidak menimbukan rasa kesal dikemudian hari.

Ingat sebagai suami perlu membongkar Rahsia Menambat Nafsu Isteri - Ebook terbaik buat para suami yang ingin memuaskan isteri dengan cara yang sensasi

Sekian.Salam bahagia dan gembira selalu.

13 ulasan

sebab itu ustaz sarankan kita pilih agama terlebih dahulu..

boleh thn juga calon pilihan HB ni ... ahaks .

pilih agama adalah yang terbaik

oh..oh...dah terpilih pun! bukan calon lagi dah he..he.

bukan mudah nak cari ya sabar doa selalu samping ada usaha niat yang betul.amin

HB, betul tu. Apa yang disarankan Islam penuh hikmah :) .

Dari mata turun ke hati. Ye tak? Tapi kalau pilih mengikut saranan agama memang terbaik, InsyaAllah :)

doa dan sabar adalah paling utama..

Islam..memang sempurna..

pilih ikut saranan agama adalah yang terbaik antara yangn terbaik

bila agamanya baik, iAllah hal2 lain tue pun akan terlihat indah n menyenangkan hati sang suami juga. ;) tapi sebaiknya kedua2nya ada halatuju perkahwinan yg sama..barulah kurg konflik dlm rumahtangga, kan?

ya..sememangnya begitu.

tip bijak memilih suami idaman takde? haha astagfirullahh ingat suamiii


EmoticonEmoticon