Siri Mula Bisnes Kedai Jahit

Siri Mula Bisnes Kedai Jahit…Ia adalah judul sebuah buku yang hebat.Buku yang banyak info dan ilmu yang amat penting kepada pengemar dunia jahitan.Bidang ini adalah sinonim dengan hobi wanita.Hakikatnya tidak begitu.Ada kaum lelaki yang berkecimpung dalam aktiviti jahitan.

Hero borneo2481

Buku setebal 98 muka surat amat sesuai untuk dibeli oleh pengemar dunia jahitan.Info dalam buku ini padat.Cuma tak berapa tebal sahaja.Lagipun bidang jahitan tak bermain dengan teori.Praktikal adalah diutamakan.

Ada 16 bahagian utama dalam buku ini termasuk pengenalan dan penutup.Antara bab yang HB suka ialah bab ciri usahawan berjaya dan promosi serta pemasaran.Ia cukup relevan untuk diguna pakai tak kira seorang tukang jahit,usahawan online maupun seorang blogger.

Sejujurnya HB amat berpuas hati dengan cara penulisan Rashidah Mat Nor.Beliau yang merupakan seorang penulis bebas di akhbar tempatan dan majalah yang tersohor di negara ini.Apa yang menarik perhatian HB ialah buku ini adalah hasil kajian dan temuramah dengan pengusaha-pengusaha kedai jahit.

Buat makluman semua buku kecil dan ringkas ini diterbitkan oleh PTS Professional Publishing Sdn Bhd pada tahun 2007.Ya,beberapa tahun yang lalu.Namun kalian jangan risau kerana ilmu yang disampaikan dalam buku ini tidak statik.Bak kata HB tadi,ia masih relevan dengan situasi yang ada sekarang ini.

Bayangkan kalian yang membaca buku siri mula Bisnes Kedai Jahit dan digabung dengan pengetahuan tentang Panduan Menjahit Baju Kurung Tradisional.Kesannya memang dahsyat.Pendapatan boleh mencecah ribu riban juga tau.

Kepada sesiapa yang berminat boleh cari dekat toko buku yang berdekatan.Sekiranya tak jumpa tunggu sahaja pameran buku yang biasanya akan diadakan hujung tahun.

Sekiranya tak jumpa juga.Tak apa.Dunia belum berakhir buat kalian.Boleh cari alternatif ilmu-ilmu begini dalam link Panduan Menjahit Baju Kurung Tradisional.

Nanti dah jumpa jangan lupa untuk mengamalkan ilmu yang diperolehi.Misalnya dalam buku siri Mula Bisnes Kedai Jahit kalian boleh amalkan tips penjagaan dan pembelian mesin jahit.Antaranya membeli mesin yang ada jenama dan berkualiti tinggi.Harga mahal namun berbaloi untuk jangkamasa yang panjang.Selain itu elakkan mesin jahit kalian dari terkena habuk.Bila tak guna simpan dan bungkus elok-elok.

Kesimpulan dari admin,

Nampak macam tak kena sahaja HB membaca buku tentang jahitan.Namun ia amat bagus sekali untuk pengetahuan am.dan sudah semestinnya bahan penullisan dalam blog ini.

Ingat ilmu amat penting dalam kehidupan kita.Dari ilmu kecil sehingga ke ilmu yang berat.Paling bagus kalau ada ilmu yang boleh menghasilkan duit sebagai mana ilmu tentang Panduan Menjahit Baju Kurung Tradisional.

Sekian.Salam motivasi dan cari ilmu untuk kebaikan dunia dan akhirat.

14 ulasan

Rajinnya Bro HB membaca.. terbaik :)

Jom baca entri CalrasePatrick - Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

kalau dah biasa..nak cakap rajin pun susah juga

menjahit ni aku rasa antara bisnes yang berterusan..sentiasa ada permintaan

menjahit dah jadi mudah skang ni sebab dah macam2 video di youtube.

menjahit..macam suri boleh jimat belanja

Peluang bisnes terbaik utk mereka yg meminati & berbakat.. Thanks sharing HB.

kombinasi 2 panduan tu pasti lebih menyakinkan bagi yg minat kedai jahitan...

betul tu..menjahit memang perlukan bakat dan minat

ya..memang saya harap begitulah hendaknya

Tanpa Nama delete 18:10

tuan saya mencari buku ini ...masih kah wujud buku cetakkan ini

cuba cari kat kedai atau toko buku utama..rasanya masih ada tu..

Tanpa Nama delete 10:11

Terima kasih ...puas saya mencari tapi tidak jumpe

cari secara online..atau request guna iklan di FB

mana tahu mereka boleh jumpa..

kalau saya ke kedai buku nanti saya tolong carikkan..tapi tak boleh janji..saya boleh dihubungi melalui 014-8837475


EmoticonEmoticon