Review Buku: Serangga Dan Manusia

Membaca buku tentang Serangga Dan Manusia mengingatkan HB pada zaman sekolah terutama subjek Sains bagi menengah rendah atau subjek Biologi untuk tingkatan 4 dan 5.Memang tidak dinafikan dengan pengetahuan tentang spesies serangga kita akan lebih menghargai kehidupan ini.Kita tidak hidup bersendirian dalam komuniti manusia semata-mata.Sebaliknya kita berkongsikan planet bumi ini dengan tumbuhan,serangga dan 1001 makhluk hidup yang lain.

serangga dan manusia

Buku yang HB baca baru-baru ini telah diterbitkan  oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1989.HB pasti ada dikalangan kalian yang belum lagi lahir pada tahun tersebut.

Penulisnya ialah Mohamed Salleh.Beliau merupakan seorang pensyarah Entomologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (ketika buku ini diterbitkan).Meskipun buku ini ditulis secara ilmiah untuk golongan intelek seperti pelajar pusat pengajian tinggi namun gaya bahasa penulisan amat santai.Pasti mudah difahami oleh orang kebanyakan seperti HB ini.

Buku ini agak tebal dengan jumlah halaman 204 mukasurat.Dengan usia buku dah menjangkau 25 tahun,HB tidak pasti adakah informasi tentang serangga ini masih relevan dengan kehidupan masa kini.Pada pandangan HB memang ada ilmu yang masih diterima pakai lagi walaupun ia sudah menjangkau 100 tahun.

Ada 15 bab dalam buku serangga dan manusia.Bab yang HB paling  suka tentang Al-Quran dan Serangga.Jika kita membaca buku tulisan orang non muslim sudah pasti perkara ini tidak akan disentuh.Namun bagi penulis seperti Mohamed Salleh, beliau telah mengaitkan kewujudan serangga lebah,nyamuk,lalat,belalang,semut,kutu dan anai-anai telah dikaitkan dengan beberapa ayat Al Quran.

Selain itu diceritakan juga perkembangan ilmu kajian serangga dari zaman Yunani sehingga zaman Kebangkitan di Eropah.Pihak sarjana barat telah menidakkan sumbangan pengkaji orang Islam dalam buku-buku terbitan mereka.

Sikap tidak adil begini jelas nencerminkan anti kefahaman agama mereka walaupun dalam ilmu yang bersifat universal.Sebagai contoh sumbangan Al-Ismai,Ibnu Jubair,Ibnu Battutah,Ibn al-Bukhtyishu dan Kamal al-Din al-Damiri tidak diangkat pada tempat yang sewajarnya

Mereka menganggap pengetahuan dalam ilmu ini tidak diperolehi dalam Islam.Sedangkan dalam Zaman kegelapan di Eropah telah banyak dibantu oleh Zaman Kegemilangan Islam selama 800 tahun dalam semua disiplin ilmu.

Maafkan HB kerana mengajak pembaca sekalian ke dunia tamadun dan sejarah lampau.Namun itulah realitinya sehingga fakta-fakta sejarah ada diputar belitkan oleh mereka demi kepentingan tertentu.

 

Kesimpulan dari admin,

Apa yang HB perolehi dari membaca buku ini cukup mudah tetapi amat bermakna.Dunia serangga itu sendiri menyingkap kehidupan yang penuh misteri.Selagi tidak dikaji dan diterokai maka misteri terus tinggal misteri.Paling rugi seandainya serangga tersebut pupus sebelum kita mengenali habitatnya.

Sekian.Semoga jumpa lagi dan hargailah kehidupan lain selain kehidupan manusia itu sendiri.Ingat manusia adalah khalifah kepada alam ini,

 

Info tambahan:

1.Nak servis blog……. [klik sini]

2.Nak baca buku online….. [klik sini]

3.Nak dapat hosting percuma …. [klik sini]

11 ulasan

itulah selepas kemenangan dalam perang salib..sebenarnya kita kalah dari segi ilmu dan kemajuan

Semestinya setiap kejadian serangga itu ada maknanya.
Allah sengaja memberi peluang kepada kita untuk berfikir.
Contoh kejadian seekor serangga bernama kelkatu.
Kenapalah kelkatu tu suka sangat cahaya lampu dah tengok ramai rakan-rakannya patah sayap tapi selagi kita tak tutup lampu tu kelkatu-kelkatu lain tetap terus terbang ke arah cahaya tu.

Dengan melihat makhluk ciptaan Allah seperti serangga ini, kita dapat melihat betapa hebatnya Allah kerana setiap sesuatu yang diciptakannya tidak sia-sia. Semoga kita dapat sebarkan ilmu yang baik kepada masyarakat.

orang barat lebih cintakan ilmu..

lepas ini bagus buat kajian...dan kemaskini melalui blog..he..he..

itulah mesej yang terbaik sekali..setiap kejadian tidak ada yang sia-sia.

Benar, selepas perang salib, semua catatan ilmuan islam telah dibakar dan dimusnahkan. Barat sesekali tidak akan mengakui bahawa Islamlah itu lebih maju dan berilmu dr mereka

Ilmu dunia ni pastinya akan kembali kepada apa yg telah dinyatakan dalam Al Quran... begitu juga ttg serangga ini kan. Thanks sharing HB..

memang berat juga topik ini kalau diperhatikan betul-betul..

Best juga kalau baca tentang dunia serangga ni sebab banyak benda yang kita tak tahu lebih lebih lagi bila dikaitkan dengan Al Quran.


cara kurangkan stress

betul tu bro..saya memang akuinya


EmoticonEmoticon