Panduan Mudah Ketika Alami Batuk

Panduan Mudah Ketika Alami Batuk…Gejala batuk bermusim.Biasanya hujung tahun.Kini HB dan salah seorang anak HB terkena gejala batuk.Ditempat kerja salah seorang staff juga menghadapi gejala yang sama.Boleh dikatakan sekarang musim batuk.Sana sini isyarat batuk boleh kedengaran.Paling kelakar jika kedengaran batuk  saling bersahutan antara satu sama lain.Seolah-olah batuk seperti komunikasi semulajadi.

gejala batuk

Sungguhpun begitu batuk bukan sesuatu bagus.Si penghidap akan mengalami kegatalan anak tekak.Selepas itu akan batuk beberapa kali sehingga mengeluarkan kahak.Ada yang tidak.Paling menguji kesabaran jika batuk ketika kita tidur malam.

Ketika ini HB menghadapi gejala batuk yang berat.Blog pun tidak dikemaskini kerana mood blogging jatuh merudum.Bagaimanapun kerja utama terpaksa juga dilakukan kerana tanggungjwab kepada majikan.Kalau berterusan tidak bekerja susah juga,Rakan sejawat yang menjadi mangsa.Mereka akan memangku tugas yang terpaksa kita tinggalkan.

Oh ya.Berbalik dengan apa yang HB kata dalam tajuk di atas,panduan mudah ketika alami batuk.:

1.Lebih banyak berehat

Aktiviti berblog semakin kurang buat sementara waktu.Memang blog penting namun kesihatan jauh lebih penting.HB berusaha untuk tidak tidur terlalu lewat.Balik kerja buat kerja-kerja offline yang menjurus kepada kerehatan minda dan fizikal.

2.Kurangkan makan makanan berminyak

Nak kurang 100% memang tak boleh juga.Kalau sedikit bolehlah dipertimbangkan.Makanan bergoreng atau berminyak memang sedap.Buat masa sekarang elakkan kecuali tiada pilihan lagi.Selagi ada pilihan maka bersabar sahaja hadapi dugaan tersebut.

3.Perbanyakkan minum air kosong

Semasa batuk kerongkong akan rasa gatal dan perit.Untuk melancarkan secara semula jadi minumlah air kosong.Minum dengan kerap walaupun dengan kuantiti yang sedikit.Lebih kuat batuk maka lebih kerap untuk minum air kosong tersebut.Kesannya segala lendir-lendir yang bersarang dalam kerongkong mudah untuk keluar.

4.Jangan makan buah rambutan

HB pun tidak tahu kenapa.Cuma selepas makan buah rambutan rasa hendak batuk akan bertambah-tambah.Tekak lebih gatal dan batuk pula menjadi-jadi.Pada waktu itu HB semakin percaya makan buah rambutan pengalak batuk.

5.Jumpa doktor untuk rawatan lanjutan

Ini panduan paling penting.Dah sakit pergilah jumpa doktor.Biar doktor buat pemeriksaan rapi.Sebab ada banyak jenis batu.Antaranya batuk yang paling bahaya ialah penyakit TB.Mudah berjangkit dan berisko untuk menemui ajal jika memang sudah ajal tiada rawatan intensif

 

Kesimpulan dari admin,

Tanamkan dalam fikiran bahawa setiap penyakit ada penawar.Usahakan untuk berubat dan tetapkan keyakinan bahawa sakit adalah dari Allah SWT.Maka dengan Dia sahaja kita memohon kesembuhan setelah berusaha sedaya upaya.

Sekian.Salam ceria dan sebarkan kebahagiaan untuk orang lain.

 

Info tambahan:

1.Nak servis blog……. [klik sini]

2.Nak baca buku online….. [klik sini]

3.Nak dapat hosting percuma …. [klik sini]

32 ulasan

saya mkn asam jawa je bila batuk ...

terima kasih dengan info ni

bagus juga makan asam jawa!

bila batuk boleh jugak minum air perahan lemon campurkan sedikit madu..

saya pun baru je baik batuk..memang gatal tekak kalau makan benda berminyak nie. hehe.

batuk menguji kesabaran.belum lagi kalau kita batuk ada pula ornag tak suka/selesa mendengar...

sekarang mmg musim batuk ..terima kasih ya utk artikel ini boleh jadi lngkah penjagaan..

Bila batuk jangan tahan, tapi pastikan tekap mulut dengan tisu untuk mengelak sebaran kuman pada air liur yang tersembur. Terutama kalau ada kanak-kanak di sekeliling.

Bagus artikel ni.

poyoblogger.blogspot.com

semoga bro cepat sembuh. musim hujan sekarang senang dapat demam dan batuk.

dengan cuaca yang yang tak menentu sekarang nie memang mudah kena penyakit

Batuk memang seksa. Tekak tu rasa nak buang je bila batuk. hahaha.

Musim batuk kan, pastikan minum air yang cukup

Pernah batuk tahap dewa.. sampai sakit betul dada.. makan ubat batuk pun lama baru ada kesannya.. huhu..

fyna asyik selsema je. sakit penghapus dosa kecilkan.

musim cuaca tak menentu memang mudah batuk dan demam. Semoga cepat sembuh :)

Batuk.... waktu paling seksa ialah bila perlu menghadiri mesyuarat & terpaksa menahan batuk.. boleh smpi berair mata menahan..

Semoga cepat sembuh HB.. :)

petua yang sangat bagus..

mereka pun faham juga tu..

makan suplimen sebagai pencegahan..

komen ini pun sangat bagus!

memang betul tu..antibodi lemah cepat mendapat jangkitan

betul tu..minum air dengan mencukupi

bila dah kritikal macam tulah jadinya

betul. tu! redha sahaja

terima kasih..puteri

sama juga..ketika berdepan dengan pelanggan....seksa bukan main lagi

dah musim dia.. kena kurangnya aktiviti luar dan lebihkan minum air masak


EmoticonEmoticon