Menulis Itu Seronok Jika Kena Caranya

Menulis Itu Seronok Jika Kena Caranya…Sedar tak sedar HB dah menulis 3 tahun.Boleh dikatakan hampir setiap hari.Sayangnya HB tak setia.Maaf tak setia dengan satu blog.HB ada pelbagai blog yang bersilih ganti menyebabkan tempoh 3 tahun itu macam  baru 3 minggu.Nak lebih dahsyat lagi macam 3 hari.

menulis itu seronok

HB menulis dengan pelbagai rentak dan gaya.Kadang-kadang guna ayat panjang.Tak kurang juga ayat pendek.Ada juga yang tunggang terbalik.Ayat,tak betul dan ayat tergantung.Pendek kata semua ada.Tak terkecuali maksud tak sampai menyebabkan pembaca tak faham.HB sendiri pun tak faham.Biasanya berlaku apabila mata dah mengantuk dan minda dalam proses migrasi ke gelombang separuh sedar.

Mengenang kembali tempoh 3 tahun sehingga ke hari ini rasa-rasanya macam tak pandai-pandai.Itupun kalau nak sebaris bersama blogger Hasrul Hassan dan blogger Bin Muhammad.Blog mereka dah boleh menjana pendapatan.Mahir ilmu SEO dan mutu penulisan yang amat HB kagumi.

Walau apapun pandangan orang luar,HB tetap percaya diri sendiri bahawa menulis itu ada keseronokkan yang tersendiri.Seronok meluahkan perasaan dan berkongsikan ilmu yang seberapa itu.Malah dengan rasa seronok itu telah melenyapkan rasa putus harapan walaupun  blog belum menjana pendapatan seperti penulis kitab SEO Merah Jambu.

HB juga macam tak percaya dalam tempoh 3 tahun berlalu masih ada kekuatan untuk HB terus menulis secara aktif.Dalam tempoh ini juga jenama Hero Borneo dan kakiblog masih menjalar liar (bukan spammer)membina backlink.Kekuatan ini bukan datang dari  duit tetapi rasa seronok menulis.Cuma yang tak seronoknya terpaksa meninggal blog seketika kerana turun bekerja makan gaji.

Sepanjang tempoh itu juga KB mendapat pendedahan untuk berblogging dalam dua platform berbeza.Maksudnya ada pengalaman di blogspot dan juga wordpress.Pendedahan begini membolehkan HB tahu sedikit sebanyak permainan SEO dalam menawan SERP halaman utama enjin carian.Mungkin ada pembaca yang tertanya-tanya.Tadi cakap tak mahir SEO.Sekarang pula tahu SEO di blogspot dan Wordpress.Penjelasan mudah.HB tahu pada tahap asas sahaja.Pada tahap pertengahan dan lanjutan masih merangkak-merangkak lagi la.

Untuk menjelaskan keliruan ini HB buat satu sinonim ringkas.Template blog adalah permaisuri manakala isi kandungan blog adalah raja.Jika raja dan permaisuri bersama maka akan nampak taring berbisa.Dekat situlah senjata utamanya iaitu penulisan isi blog.Mahu atau tidak mahu kalian yang bergelar blogger mesti kuasai teknik penulisan terbaik.Mari menulis dengan jiwa dan hati yang ikhlas.Hasilnya penulisan lebih asli,unik dan menawan hati pembaca.Dengan menawan pembaca maka  trafik blog boleh bertambah dari hari ke sehari.

 

Kesimpulan dari admin,

Entri ini adalah penghargaan kepada diri sendiri  kerana  telah berkecimpung dalam dunia penulisan blog secara aktif sejak Disember 2012 lagi.Sambutan ke 3 tahun HB rayakan dengan menulis itu seronok dan blogwalking .

Jika pembaca nak menangis bersama HB..please give me shouder, i’ll crying now….

Minta maaf,Saja nak merepek sikit. Sekian salam motivasi dan jumpa lagi.

16 ulasan

Semoga HB terus berjaya & mencapai segala impian dlm apa jua yg dilakukan... aamiin.. :)

yang penting tu rasa seronok tu HB...barulah kita sentiasa rasa nak menulis. Kalau hilang rasa seronok tu, blog pun akan bersawang kan

teruskan menulis. i follow! Terbaik!

terima kasih tuan..atas sokongan!

cabaran nak mengekalkan rasa seronok tu..

tentulah seronok jika kita buat benda yang kita minat..huhuhu

Ya, teruskan menulis, ia akan melatih minda, menterjemahkan idea ke dalam bentuk penulisan, yang lebih tampak, dan konkrit. :)

Sudah 3 tahun HB berblog. lama tu.. Saya belum sampai 5 bulan berblog huhu, masih kurang pengetahuan..

memang seronok..betul tu

dah mahir menulis blog..boleh tulis buku pulak!

walaupun 3 tahun berblog..pengetahuan saya masih cetek bah!

bagi aku sekarang satu kepuasan adalah dapat menulis dan dapat belajateknik SEO merupakan satu kepuasan dan dunia blogging

Menulis memang menyeronokkan, mengasah bakat menulis juga

Dapat juga memberi ilmu yang memberi manfaat kepada yang memerlukan

saya rasa puas bila dapat kuasai penulisan yang ada ciri-ciri seo..sekarang belum lagi nampaknya

paling penting memberi manfaat kepada orang lain..


EmoticonEmoticon