Mengapa Sijil Sakit Itu Penting

Mengapa Sijil Sakit Itu Penting…Nampaknya kesihatan mata HB semakin teruk.Jangkitan sakit mata dah kena pada kedua belah mata.Oleh itu HB terpaksa memohon cuti sakit untuk hari kedua,Sekarang sudah terasa bahawa kesihatan itu amat berharga.Jika sakit rutin bekerja terpaksa digantung buat sementara.Nasib baik aktiviti berblogging tak berhenti 100 peratus.

sijil sakit

Dalam situasi berehat begini, hati dan perasaan meronta-ronta untuk mengadap blog pula.Jadi buatlah apa yang patut.Kesempatan ini pula HB yang bercerita tentang kepentingan mengambil sijil sakit dari doktor.

Sijil sakit atau sangat popular dengan singkatan ‘MC’ adalah lesen seseorang pekerja untuk berehat dengan nasihat doktor.Gaji tetap berjalan dan bos pula tak boleh marah punya.Apa yang menjadi masalah, ada pekerja yang ambik sijil sakit untuk ponteng kerja.Yang itu memang tabiat buruk.

Pengalaman HB sendiri pernah pegang rekod peribadi ‘zero MC’ selama 3 tahun boleh menangkis tanggapan bahawa bekerja kuat boleh menjejaskan  kesihatan.Mungkin usia ketika itu masih muda.Sekarang dah semakin tua pulak.

Pihak majikan pula mudah merekodkan ketidakhadiran kita dengan alasan sakit.Kalau tiada dokumen bagaimana nak buat rekod.Sebab itu orang yang ada ambil sijil sakit tidak ada pemotongan gaji.Jadi kalian bercuti rehat tetapi gaji jalan.

Sebagai seseorang yang bertanggungjawab dengan kedatangan staff,HB melihat sijil sakit adalah perkara serius.Kalau tak sakit maka doktor tidak akan memberi dengan begitu mudah.Apabila ada staff sakit maka kesan kepada kelancaran operasi organisasi juga turut terjejas.Seorang pekerja yang tidak datang maka tempatnya perlu diganti oleh orang lain.

Pertukaran begini menyebabkan ada pekerja yang terpaksa melakukan lebihan tugas.Kerja lebih masa tak apa.Ada gaji lebih.Namun kerja yang berlebihan upah mereka tetap sama.Kelebihan untuk kenaikan gaji mungkin ada tetapi mahu tunggu setahun sekali.

Walau apapun alasannya,sijil sakit sangat penting.Pemberian sijil sakit secara berleluasa pun tidak bagus.Malah majikan boleh pertikaikan jika dalam sebulan asyik-asyik MC dan ia dilakukan orang yang sama.

 

Kesimpulan dari admin,

HB tak suka sijil sakit.Namun HB redha sakit kerana ia adalah ujian kepada diri sendiri.Apa jua alasanya HB mohon rakan pembaca sekalian mendoakan agar kesihatan mata HB kembali pulih.HB nak bekerja macam biasa.

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.

 

Dapatkan ilmu-ilmu terbaik di >>>>>Preview Ebook

20 ulasan

Semoga mata bro cepat sembuh..

Wah sakit mata ni serius...mudah berjangkit..semoga cepat sembuh ya..

ya..nak kerja buat agak susah

tahun ni..lom lagi ambil cuti sakit. rekod bersih. yehh!

semoga cepat sembuh matanya ...

Selamat beristirehat, semoga cepat sembuh.

Sakit ni kadangkala boleh menyentak kita dari mimpi yang indah agar menghargai masa sihat sebelum sakit.
Majikan memang suka pekerjanya tak MC ...:)

kena rehatkan mata tu HB...semoga cepat sembuh ye :)

sekarang ni aku ras sudah susah sikit kot nak beli MC...

ya..terima kasih kerana prihatin

betul..pekerja yang MC adalah kurang produktif

terima kasih..sekarang tengah berehat sambil berblogging

beli MC tak berbaloi..

sebab tu kot ada yg sanggup beli MC..doktor pun pelik sebab sanggup jual. hm..
apepun moga cepat sembuh ya. seksa juga nak buat apa2 bila sakit mata nie.

Semoga cepat sembuh dan sihat seperti biasa..:)

sijil cuti sakit jika tak disalahguna takde masalah..tahniah pada HB yang begitu menitikberatkan ketelusan sijil cuti sakit ni....

Semoga mata HB cepat sembuh


EmoticonEmoticon