Masa Terbaik Untuk Melaksanakan Azam

Sedikit masa lagi kita akan berada pada tahun 2015.Jadi inilah masa terbaik untuk melaksanakan azam yang kita pernah fikir dan impikan selama ini.Jika tahun sebelum ini azam belum terlaksana maka sambung semula azam tersebut pada tahun hadapan.HB pasti ini bukanlah cara terbaik namun ia lebih baik daripada orang tidak memasang azam langsung.

masa terbaik

Mari kita lihat dan perhatikan apa azam yang biasa orang lain buat dalam hidup mereka.Azam yang biasa akan menghasilkan kesan yang biasa juga,Sebab itu ciri-ciri orang berjaya mereka meletakkan azam yang hebat dan terbaik.

1.Azam mahu ada duit banyak

Ramai yang berazam untuk mendapat duit banyak.Namun beberapa kerat sahaja yang betul-betul berjaya merealisasi azam mereka.Golongan ini fokus dan merancang untuk berjaya.Mungkin pengalaman mereka sebelum ini yang sering tertewas dalam merealisasikan  azam telah memberi iktibar dan kejayaan.HB boleh sarankan kalian untuk membaca info Buat Duit Dengan Google Adsense

2.Azam mahu menamatkan zaman bujang.

Khas untuk mereka yang masih single.Tahun baharu nanti peluang terbaik untuk menamatkan zaman bujan.Mungkin juga azam ini dah dibuat 3 tahun lepas maka pada tahun 2015 patut dilaksanakan.Sebab menempuhi alam rumahtangga adalah terbaik jika sudah bersedia dari segi kewangan dan ilmu pengetahuan.

3.Azam untuk memiliki kereta baru

Walau apapun alasannya membeli kereta baru merupakan azam yang sungguh menyeronokkan.Kereta baru dan tahun baru.Memang kombinasi yang sungguh molek.Namun sebelum membuat keputusan adalah lebih bagus untuk berfikir adakah ia keperluan atau kehendak.

4.Azam nak menjadi blogger yang berjaya

Khas untuk mereka yang bergelar blogger.Tahun baru adalah masa terbaik untuk menjadi blogger berjaya.Ya.Nak berjaya macam mana?Mungkin kalian yang nak menjadi blogger yang menjana pendapatan dari blog atau berjaya menulis blog dengan kehadiran trafik yang tinggi.

5.Azam untuk mejadi insan yang lebih bertakwa.

Dalam banyak-banyak azam,inilah azam terbaik dalam dalam kehidupan seorang muslim.Tiada sesiapa yang boleh menafikan kebenaran dan hakikatnya.Namun begitu praktikalnya tidak semudah teori.Sebab itu azam ini perlu dilakukan sedikit demi sedikit.Tak boleh dilakukan secara mendadak.

 

Kesimpulan  dari admin,

Kini terpulang kepada para pembaca sekalian.Buatlah azam mengikut kehendak sendiri.Selepas itu laksanakan sebaik yang mungkin kerana tahun 2015 adalah masa yang terbaik untuk berbuat demikian.

Sekian.Salam ceria dan semoga terus sukses pada tahun baharu,Insya Allah.

21 ulasan

Sekejap je masa berlalu, dah nak masuk 2015. Saya pun ada azam yang mahu dicapai pada tahun 2015, mudah-mudahan azam kita semua tercapai.

Betul inilah masa yang paling terbaik untuk melaksanakan azam yang belum terlaksana.

Apa pun jua azam yg ingin dicapai... lakukanlah dari sekarang. Hanya dengan tindakan yg akan menjadikan ia kenyataan.

Azam perlulah realistik dan ada target masa juga serta spesifik, baru nampak.

Selamat mencapai azam baru yer HB :)

Sekejap je dah masa berlalu sampai terlupa azam perlu diperbaharui untuk 2015.

lagi sehari dah masuk tahun baru....azam nombor 3, Alhamdulillah dah tercapai...menunggu untuk next year pula.

Semoga kita semua sentiasa bersemangat utk mencapai azam di tahun baharu nanti... aamiin.

Bila dah berazam ni, komitmen memang kena kuat. Maklum aje la, nak buat perkara baik ni memang banyak dugaannya.

Berdasarkan entri di atas, azam tahun baru saya adalah nak jadi blogger berjaya dan menjadi insan yang lebih bertakwa. Amin...

azam aku tahun depan nak tingkat taraf kehidupan keluarga aku

semoga berjaya melaksanakan azam masing-masing

ya..sememangnya begitu

tindakan adalah penting untuk berjaya dalam apa jua tindakan..

ya..itu yang sebaiknya.

boleh juga bro terlupa..tak pe ..masih ada masa.

tahniah kerana berjaya dah mencapai azam tersebut.

semangat amat diperlukan dalam mencapai azam..

memang betul..buat perkara memang banyak dugaannya

itu yang terbaik...semoga konsisten untuk berusaha mencapai azam tersebut

bagus bro ..semoga berjaya nanti.

1,4,5 ada dalam senarai saya, tapi saya ada satu azam yang dok berepisod dah lebih 10 tahun dah, iaitu azam nak berhenti merokok... hehehe


EmoticonEmoticon