Kisah Suami Jelek Dengan isteri Cantik

Kisah Suami Jelek Dengan isteri Cantik…Sekali imbas kisah ini seperti dongengan.Satu penglipur lara pada zaman moden.Walau apapun tafsiran kalian kisah ini sarat dengan pengetahuan dan pengajaran dalam kehidupan.Teruskan pembacaan kerana orang yang berjaya boleh bersabar dan bersyukur dengan apa yang menimpa mereka.

suami jelek dengan isteri cantik

Bagi mengindahkan kisah ini,izinkan KB menulis dalam bentuk dialog.Lebih kurang macam skrip drama atau filem.Baca pun mudah faham.Perlu HB ingatkan kisah suami dan isteri  ini tidak berkaitan kepada sesiapa.Baik yang masih hidup maupun yang telah meninggal dunia.

Ada sebuah tempat yang namanya  dah ditiadakan.Berlaku bila pun dah ditiadakan.Pendek cerita semuanya tiada kecuali sepasang suami isteri,Si suami tak begitu hensem tetapi isterinya adalah sangat cantik.Sama cantik dengan artis wanita korea.

Isteri : Dari dulu sampai sekarang,abang memandang sayang tak jemu-jemu.Naik segan sayang dibuatnya.

Suami : Abang melihat sayang sangat cantik.Orang kata  tak jemu mata memandang dan tak puas mata melihat.Sangat cantiklah sehingga tak terkata-kata lagi untuk mengambarkan kecantikan tersebut.

Isteri :Kata-kata abang itu entah beberapa kali sayang dengar.Ayatnya macam skrip.Sama je dari dulu sampai sekarang..

Suami:Abang sangat bersyukur kerana dapat mengahwini sayang dan sayang pula sudi menjadi isteri kepada abang.

Isteri : Jika begitu kita layak masuk syurga Allah SWT.

Suami Mengapa begitu wahai sayangku?

Isteri :Abang tidak tahukah ganjaran di atas dua perkara ini.

Suami:Apa dia?

Isteri : Syukur dan Sabar.Abang seorang yang sangat bersyukur maka layak untuk mendapat ganjaran syurga.Sebaliknya sayang sangat bersabar dengan keadaan abang yang sangat jelek.Muka yang tak hensem dan badan yang kurus melidi,Namun sayang tahan dengan keadaan tersebut  kerana sabar dengan ujian dariNya.Maafkan sayang berkata demikian.Bukan bermaksud untuk menghina ciptaanNya tetapi luahan rasa kerana kenyataannya begitu.

Suam: (muka merah padam..nasib baik tak padam terus) ????

 

Kesimpulan dari admin,

Gelak tak dengan cerita ini.Maaf cerita ini tak lawak sangat.Namun HB kongsikan kerana ada mesej yang cuba disampaikan.Ada moral of story kata jiran HB dalam bahasa yang baru dikuasainya tahun lepas.

Mesej tersebut ialah syukur dengan nikmat yang diberi.Tak kira dapat rezeki duit,anak atau isteri yang lawa atau suami yang kacak.

Selain itu sabar dengan ujian yang melanda.Secara lumrahnya kita kadang-kadang memang tak suka dengan apa yang terima.Namun Allah tahu ia memberi kebaikan kepada kalian.Ada hikmah tersendiri.

Sebab itu nilai syukur dan sabar terlalu tinggi hinggakan kalian boleh beroleh ganjaran syurga.Bukan kerana amal tetapi berkat rahmat dari Allah SWT.

Sebagai panduan tambahan untuk mengekalkan seri suami isteri maka HB amat galakkan kalian terus menghayati ilmu yang HB sertakan dalam pautan dibawah

Suami yang bersyukur mesti dapatkan ilmu ------->INI

Isteri yang bersabar mesti dapatkan ilmu --------->INI

Sekian.Salam ceria dan motivasi untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga.

18 ulasan

mesti sabar dan terima apa ada kala redha insyallah segala akan mudahkan

nak sabar bukan perkara mudah juga tau!

cerita yang sangat bagus, mantap sekali

orang yang sabar ni banyak kelebihan dia

ya..ini cerita yang boleh dijadikan iktibar

betul bro..tidak dinafikan.

heheheh maknanya kena saling bersyukur apa yang ada..

Nasib gua bukan kategori suami macam tu.. sal gua hensem.. haha..

Bersyukur apa yang telah ditakdiekan jodoh dan pertemuan. Cantik atau hodoh adalah ciptaan Allah Taala, bagi Allah Taala cantik dalaman adalah lebih lawa daripada luaran yang hanya sementara sementara cany\tik dalaman kekal hingga ke Syurga. Alhamdulillah... sampai sekarang hubungan saya bersama isteri masih utuh dah lebih daripada 16 tahun.

memang wajib saling bersyukur..

memang beruntung kalau suami hensem dan ada isteri cantik..

tahniah abang sensasi..saya dah 12 tahun...berkahwin..cinta sejati tak kisah cantik atau hodoh..

biar tak kacak atau atau tak cantik tak apa janji hati mesti mahu baik. Allah jangan sesekali kita tinggalkan. :)

Hehe nasib x padam si suami bila isteri meluahkan rasa

ya..itu nasihat yang sangat bagus!

suami masih ok..jantung sihat


EmoticonEmoticon