Kerja Lebih Masa Menjelang 2015

Kerja Lebih Masa Menjelang 2015...Tak lama lagi tahun baharu.Itupun jika entri ini dibaca pada tahun 2014.Kalau dibaca pada tahun 2015 maka selamat tahun baharu.Seperti kebanyakan orang,HB akan sibuk memanjang pada minggu terakhir ini.Nasib baik kesibukan itu nanti tidak berlarutan berminggu-mingu.Mengikut jangkaan HB akan kesibukan dalam seminggu sahaja.

Ditempat kerja HB, teman sejawatan dah mula bercuti untuk menyambut perayaan masing-masing.Staff turut berkurang juga atas tujuan yang sama iaitu bercuti hujung tahun.Ditambah pula polisi majikan yang tak nak pekerja terlalu ramai maka bebanan kerja akan terpikul ke atas bahu mereka yang tidak bercuti.Mereka akan bekerja lebih masa.

kerja lebih masa

Sungguhnya budaya kerja begini kurang bagus.Lebih-lebih lagi kepada HB yang kurang gemar kerja lebih masa.Lainlah masa bujang-bujang dulu.Pernah bekerja selama 21 hari tanpa henti selama 12 jam sehari.Bukan sebulan dua.Malah berbulan-bulan sehingga pendapatan dikenakan cukai pendapatan.

Ditempat kerja sekarang ini,HB dihendaki bekerja selama 16 jam.Mungkin bagi orang muda bekerja dalam tempoh tersebut bukan cabaran utama.Lainlah bagi HB yang sudah berusia ini.Masa yang panjang ini amat meletihkan badan dan fikiran.Mungkin keadaan kerja yang kurang diminati dan digemari sepenuh hati.Sedihkan bekerja lagi dalam suasana kerja lebih masa.

Kini budaya kerja lebih masa seperti mahu berulang lagi.Bila kerja lebih masa maka kerja sebagai blogger akan terbengkalai.Aduh.Ruginya dan terkilan rasanya.Jangan hairan ada blog yang tidak dikemaskini dan aktiviti blogwalking bisa berhenti seketika.HB berharap diberi kekuatan  untuk mencuri masa sendiri untuk tujuan blogging.

Hakikat kerja lebih masa tetap HB lalui memandangkan ia tuntutan kerja.Semoga pada tahun yang akan datang HB lebih masa untuk keluarga,blog dan kerjaya impian.Insya Allah HB akan tulis tentang kerjaya impian pada kesempatan lain pula.

Baiklah HB nak kongsikan teknik supaya energy endurance berada pada tahap terbaik ketika kerja lebih masa:

1.Dapatkan tidur yang mencukupi

Tidur yang mencukupi membolehkan badan yang letih dapat rehat secukupnya.Jika tidak, kalian akan lesu sepanjang masa dan berisiko tinggi untuk demam akibat keletihan melampau.HB pernah demam kerana kerja lebih masa.

2.Makan makan yang berkhasiat

Apabila kerja lebih masa maka bajet untuk makan turut bertambah.Jangan takut berbelanja untuk makan makanan yang berkhasiat dan lazat.Jika makan ala kadar tetapi kerja berat badan akan merana.Makan suplimen seperti produk Shaklee baik untuk kesihatan.

3.Kuatkan semangat untuk bermotivasi tinggi.

Berada terlalu lama ditempat kerja memang kurang seronok.Perasaan bosan sukar untuk dibendung.Kalian tiada pilihan  selain menguatkan semangat untuk terus bekerja macam biasa.Jauhi pemikiran negatif kerana ianya boleh mengurangkan motivasi kerja.Tenangkan hati dan lapangkan fikiran.Insya Allah semuanya akan berjalan lancar.

 

Kesimpulan dari admin,

Secara logiknya kerja lebih masa dapat  duit lebih.Namun ada kerja yang macam biasa tetapi boleh menjana pendapatan luar biasa.Contohnya dibawah ini.

>>>>Rahsia Menjana RM50 ribu dengan jual ebook<<<<

Sekian.Semoga kita jumpa lagi dan jika terpaksa kerja lebih masa maka tabahkan hati dengan melaluinya dengan penuh motivasi.

17 ulasan

16 jam tu....kuatkan semangat HB, jaga kesihatan ya

Tuntutan kerja...terpaksa juga diturutkan. Bukan selalu tetapi seperti kata HB... perlulah bersedia.
Jaga kesihatan ya!

Kalau ada pendapatan masyuk ok juga tu, tapi kalau direct kerja berterusan, mata pun pandai jadi panda.. panda pun pandai gak tido.. haha..

Nampaknya kehidupan 2015 dilihat agak mencabar dari segi ekonomi & persaingan kerja kan.. Sama2lah kita beringat agar kesihatan kita semua tidak terabai. T kasih atas perkongsian & peringatan ini HB.. :)

saya pernah bekerja selama 18 jam sehari selama 2 bulan terus menerus termasuk hari minggu tanpa hari rehat... akhirnya saya mengalah... saya quit... selagi terdaya manusia akan terus membebankan kita...

Fuyoo sampai 16 jam.. Terbaik bro HB..

kerja lebih masa saya akan bermula hujung januari nanti..sebelum bercuti tiga bulan pada bulan tiga...

kerja 16 jam? takpe saya tahu HB gagah. apa-apapun jagalah kesihatan, oh boleh try makan supplemen ehehehehe

memang bersedia mental dan fizikal..terima kasih kerana ambik berat!

ada panda yang tak pandai tido..patung panda..he..he..

kerja perlu kuat..dan kesihatan mesti mau juga dijaga!

itu memang keja gila..atau ada juga orang kata kerja orang gila!

mana ada terbaik kalau kerja 16 jam..paling bagus kalau kerja cuma 2 jam sehari..he..he..

semoga perancangan ema berjalan dengan lancar!

kalau dah nama hero..mesti lah gagah..ya tak?

tidur yg mencukupi, pada saya, tidur saya dah mencukupi, tapi pada orang lain tu tak cukup hehehe.

income sampai kena cukai pendapatan tu kira masyuk la tu huhuhu


EmoticonEmoticon