Gangguan Internet Adalah Cabaran Online

dah letih

Gangguan Internet Adalah Cabaran  Online…HB sengnaja bangkitkan isu yang ramai yang tak nak ketika online.Perkara begini amat mencabar.HB dah letih nak layan.Namun terpaksa hadapi juga kerana ada sebab yang tidak dapat dielakkan.Ia adalah berkaitan isu talian broadband yang tidak stabil,

Internet bagi seseorang pengamal media atau blogger ataupun pedagang online terlalu penting.Tahapnya sudah menjadi keperluan pada masa kini.Kalau dulu setakat kehendak.Tak ada jawapnya tak apa.Persamaan dulu dan sekarang tetap sama.Mutu capaian internet 5 tahun dulu sama seperti sekarang.Kadar inflasi semakin naik  namun kualiti capaian internet masih rendah.Macam tak berubah.

HB telah membuat perancangan  untuk berubah pada tahun hadapan .Bertukar dari yang lembab macam ‘M’ ke penyedia internet yang lebih pantas dan berkuasa.Serius penantian begitu lama dari tahun 2012 hingga 2014.Sebaiknya azam pada tahun 2015 nanti  akan membawa sinar bahagia.Semoga iannya akan menjadi kenyataan.Insha Allah.

Talian internet yang lembap adalah cabaran terbesar bagi HB.Tanpa talian internet maka terputus segala hubungan dengan alam maya.HB sentiasa memikirkan cara terbaik untuk mengatasikan.Antaranya mencari dana yang dijana oleh blog-blog itu sendiri.

Blog mesra affiliate misalnya memfokus untuk produk affiliate.Selain itu blog buku online yang kini beroperasi untuk tujuan yang sama.HB perlu berusaha dengan lebih giat agar perancangan lebih menjadi dan membuah hasil.Sebab itu HB menganggap Panduan Asas Affiliate Untuk Blogger Baru (Newbie) terbaik dijadikan rujukan.

Peranan blog ini juga turut dipergiatkan.Mungkin dalam seminggu dua ini ada beberapa hari blog tidak dikemaskini.Sebab masalah talian internet  dan urusan peribadi yang sukar untuk dielakkan.Bagaimanapun harapan HB pada tahun 2015 lebih bersinar-bersinar.Apa yang perlu kepercayaan yang mantap untuk berjaya.

Gangguan internet memang mengganggu kelancaran online.Pernah ditempat kerja HB, line Streamix mengalami masalah berhari-hari.Bukan sekali dua tetapi berkali-kali meskipun ada juruteknik mereka datang untuk mengatasinya.HB terpaksa menggunakan sistem Fax untuk  tempahan stok yang biasanya menggunakan online.Kerja mudah akan menjadi susah.

Jika keadaan ini berterusan, tahap keyakinan bakal akan menurun.Kerugiaan awal pasti akan terasa.Sebab itu bagi mereka yang cukup serius untuk berurusan menggunakan online mesti ada sistem sandaran.Tidak boleh tidak dengan mengharapkan satu sumber sahaja.

 

Kesimpulan dari admin,

Kita ada kuasa memilih.Jadi pilihlah yang terbaik untuk nilai duit kalian.Jika tak puas hati memanjang lama-lama kelamaan makan dalam.Dalam erti kata yang lain sukar untuk bahagia dan ceria.Mana taknya emosi terganggu.

 

Info tambahan:

1.Nak servis blog……. [klik sini]

2.Nak baca buku online….. [klik sini]

3.Nak dapat hosting percuma …. [klik sini]

14 ulasan

Gangguan internet ada kalanya buat jiwa kacau terutamanya bila waktu2 tengah semangat berblogging.. tension ooo.. :D

Line internet yang lembap memang menguji kesabaran

ya..cabaran bagi kita semua.

Memang menguji tapi saya asal internet problem mesti cepat-cepat datang kfc..haha..maklum lah kita guna berukband je..tak lah terbeban sangat dari segi bayaran dan sebab internet problem maksud saya koneksi internet.. :).

Memang sangat betul.
Dulu saya pakai gak M tue. Asyik lembab dan kena topup kouta je.
Letih mcm tue.
Last sekali tukar ambil yg stabil dan pantas.
Puas hati.

kalau line internet slow memang menyakitkan hati...kalau terputus lagilah apa pun tak boleh

samalah tu..jenis berukband juga

M jenama cekek darah juga tu..

lihat betapa penting internet buat kita semua..

kami baru je hadapi masalah nie kelmarin, kena suspend penggunaan unifi. tapi gara2 terlupa bayar bil..memang salah sendiri lah. lain kali kena beringat. :p

tak .perkara biasa tu cuma jangan buat selalu

betul tue. memang sekarang ini talian internet merupakan keperluan. terutama yang menjalankan business online. malahan untuk fulltime blogger. fyna yang bukan fulltime blogger pun memerlukan internet nih. ^____^

Kalau internet sangat slow memang susah berblog. Tapi syukurlah masih boleh berblog walaupun susah tetapi kalau tiada internet lagi teruk bikin aku gila haha...


EmoticonEmoticon